25

315 37 11
                                    

🌹🌹🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌹🌹🌹

    Kiara buka peti ais, matanya tajam memerhatikan botol-botol yang berisi cecair merah tersusun rapi di dalam peti tersebut sehinggalah ada tangan yang menutup peti ais tadi, membuatkan Kiara tersentak.

  "Kau.. kenapa kau?" soal Hongjoong lagak penyiasat.

  "Apa?" Kiara buat muka tak bersalah.

  "Kau lapar eh.. Hmm, betul lah mengikut pirate.com. Manusia yang ditukarkan ni memang susah nak kawal dahaga pada peringkat awal."

  Kiara terkup mulut Hongjoong, sedaya upaya lelaki itu melawan namun akhirnya dia mengalah saja. Kiara kecilkan mata, tanda memberi amaran kepada Hongjoong.

  "Kau nak semua orang tahu ke?!" tegas Kiara, separuh berbisik.

  Hongjoong mengeluh, dia alihkan tangan Kiara daripada mulutnya. Dia tak faham betul dengan Kiara dan Wooyoung ini. Susah payah nak sembunyikan identiti Kiara, kenapa? Bagi tahu sajalah!

  "Kenapa nak berahsia pula? Jujur kan lebih bagus."

  "Wooyoung cakap, mungkin Yeosang akan mengamuk kalau dia tahu. Kalau dia tinggalkan aku macam mana? Kau nak tanggung? Mestilah tak." Kiara tarik satu kerusi, dia duduk dengan tenang. 

  Hongjoong turut duduk di sebelah Kiara.

  "Aku dapat baca fikiran kau, Ara.." Hongjoong berwajah muram. "Dendam tu, tak membawa ke mana. Apa kau nak buat dekat I.N pula? Seungmin dah masuk hospital dah pun semalam. Tak puas lagi ke hati kau tu?" soal Hongjoong, tidak ada kiasan.

  "Engkau.."

  "Hai guys!" Han muncul dengan senyuman, terus meluru ke peti sejuk dan mengeluarkan susu coklat daripada peti tersebut.

  "H..hai." balas Kiara, risau kalau-kalau perbualan tadi didengari, Hongjoong buat wajah tenang sahaja.

  "I.N call semalam, Seungmin masuk hospital. Aku ingat nak melawat dia. Kiara, teman boleh? Lee Know, Hyunjin dengan Changbin tu semua merajuk dengan aku sebab diaorang kalah lumba lari dengan aku."

  Kiara senyum, angguk sahaja. Kalaulah Han tahu siapa punca Seungmin terlantar di hospital. 

  "Boleh. Pukul berapa?"

  "Oh sekaranglah. Tunggu aku tukar baju, kau pun pergilah bersiap. Tapi kau macam dah siap je, pagi-pagi pakai makeup."

  "Aku dah siap, aku tunggu kau je. Pergilah."

  Han angguk, terus meluru ke tingkat atas setelah usai meneguk susu coklatnya. Hongjoong tahan ketawa. Memanglah pagi-pagi dah pakai makeup sebab kalau tidak, muka tu pucat macam mayat! Eleh, kata orang, dia pun sama pucat je macam mayat. Dasar minion.

  "Apa gelak-gelak? Bagi kang.." Kiara menjeling.

  "Bagi lah, bagi." Hongjoong menjelirkan lidahnya. "Eh, kau nak keluar tu tak nak makan dulu ke? Karang kau meroyan dekat hospital, aku tak tahu.. bapak kau tak ada. Haa.. bapak kau pagi-pagi lagi dah ikut San pergi memancing. Yunho pun pergi sekali."

DejaVuWhere stories live. Discover now