27

348 39 10
                                    

🌹🌹🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌹🌹🌹

    Kiara pening kepala melihat gelagat Lee Know dan Hyunjin yang dari tadi lagi bertengkar hanya kerana seketul ais.

  "Cepatlah, Hyunjin! Kau ambik ais daripada mulut aku ni, guna mulut kau. Lepastu kau pass dekat Mingi." gesa Lee Know.

  "Ehh tak nak aku! Agenda apa ni?!" Hyunjin menolak.

  "Aku pun tak tahulah dia ni. Yang penting kenapa nama aku dipetik?"

  "Alah, Mingi. Kau ingat aku tak tahu ke kau dengan San pernah menari sama-sama dengan penuh seksinya? Itu belum aku mention kau dengan Yunho." Lee Know angkat-angkat keningnya dengan bangga.

  Kiara ketawa. Siapa yang tak kenal duo maut itu, Yunho dan Mingi. Dia kadang-kadang tak faham apa yang bermain di dalam fikiran dua orang itu. Yeosang duduk di sebelah Kiara, disuapkan daging yang sudah masak ke dalam mulut Kiara.

  Sementara Han selamba saja meratah daging mentah yang baru saja nak di grill oleh Seonghwa.

  "Woi! Dasar.. aku belum masaklah tu!" marah Seonghwa.

  "Alah, tak payah masaklah."

  "Kau behave sikit boleh tak, kita dekat tempat public, bukan dekat rumah lah." Seonghwa separuh berbisik.

  Han senyum kambing, diletakkan kembali daging yang belum masak tadi ke dalam pinggan. 

"Aku kata makan, makanlah!" desak Wooyoung sementara mulut San sudah penuh dibuatnya kerana dari tadi dia dipaksa makan.

  "Penowhhh..."

  Pipi San dicengkam Wooyoung, memaksa lelaki itu membuka mulut. Mulut San terbuka, sekali lagi disumbat. Mahu nak menangis San dibuatnya. Adakah ini penderaan?

  "Haa bukan susah pun! Sedap kan?"

  San buat muka menyampah. Kenapa bukan Kiara yang disuap Wooyoung?

  "Haa tengok, aku boleh angkat meja ni." Changbin tunjukkan kekuatannya kepada Jongho, lelaki itu sedikit pun tak tergugat.

  "Hyung tengok ni." epal di tangan Jongho dibelah dua tanpa sebarang masalah, mahu melopong Changbin dibuatnya.

  "Woarrghh!! Macam mana kau buat tu?!" 

  "Aku kan vampire terkuat dekat dalam keluarga ni. Hyung lupa ke?" Jongho gigit epal yang dibelah tadi, sebelah lagi dirampas Yunho yang kebetulan lalu di situ.

 "Kalau macam tu.. boleh tak kau angkat aku?" Changbin tawarkan dirinya.

  Jongho angguk, epal itu diletakkan di atas meja. Diangkatnya tubuh Changbin tanpa sebarang masalah seperti mengangkat bayi yang baru lahir. Tubuh Changbin kemudiannya dihumban ke dalam kolam.

DejaVuWhere stories live. Discover now