Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
🌹🌹🌹
Kiara turun daripada kereta setelah tiba di hadapan rumah tuan Park. Bangchan menunggu di hadapan pintu rumah bersama Felix. Kiara yang menghantar pesanan teks kepada Bangchan mengenai hal ini.
Yeosang bawa keluar bagasi Kiara, berat hatinya nak lepas Kiara pergi. Dia pegang tangan Kiara dengan senyum sayu.
"Jaga diri, i love you." pesan Yeosang, dia tarik Kiara ke dalam pelukan.
Kiara balas pelukan Yeosang, tak mampu dia menolak lelaki ini. Dia terlalu sayangkan Yeosang, cuma buat masa sekarang biarlah dia tenangkan hati dan fikirannya dulu. Pelukan dileraikan, Kiara melangkah ke arah Bangchan.
Felix senyum, dicuit pipi Kiara. Kiara senyum tawar, dia memandang saja figura Yeosang yang mulai membolos masuk ke dalam kereta. Kereta Yeosang hilang daripada rumah agam ini, membuatkan dia berasa sebak pula.
"Jom masuk!" ajak Felix, macam ini rumah dia pula. Tsk.
Bagasi Kiara diangkat Bangchan, dibawa masuk ke dalam rumah. Kiara duduk di atas sofa di ruang tamu, keluhan berat dilepaskan. Felix duduk di sisi Kiara.
"Abang dengar semua dah daripada Chan. Sampai hati Yeosang buat macam tu." ucap Felix, geleng kepala.
Kiara diam tak menjawab.
"Kalau betul dia sayang Ara kan, kenapa perlu ada perempuan lain? Mesti dia cakap semua tu salah faham. Salah faham apa kalau dah nampak depan mata kan? Abang rasa, nanti mesti dia buat lagi." tambah Felix lagi.
Kiara masih diam.
"Abang pernah juga dengar, lelaki ni kalau sekali dah curang, memang akan selalu curang. Tak pernah nak berubah!"
"Lix, sudahlah. Ara penat tu." Bangchan mencelah.
"Aku cuma geram. Sampai hati Yeosang buat adik aku macam ni."
Bangchan mengeluh kecewa. Kiara bangun daripada sofa, meminta izin untuk pergi. Dia malas nak dengar apa-apa buat masa sekarang. Felix senyum sinis setelah Kiara menghilang daripada situ.
"Soon she will be yours." ucap Felix.
Bangchan turut tersenyum sinis.
🌹🌹🌹
Yeosang melangkah masuk ke dalam rumah agam lama itu. Lee Know kerut dahi melihat wajah Yeosang yang sepertinya baru lepas menangis. Han dan Hyunjin turut risau. Selalunya Yeosang senyum saja.
"Kau okay ke?" soal Lee Know, jujur dia risaukan sahabatnya.
Yeosang pandang Lee Know, dia angguk. Dia tak mahu tunjuk sisi lemahnya kepada sesiapa. Dia perlu sentiasa kuat, namun jauh di sudut hati dia betul-betul terluka.