🌹🌹🌹
Kiara termenung di atas sofa di ruang tamu rumahnya. Air matanya masih mengalir, mengharapkan semua ini tidak berlaku kepada dirinya. Lee Know, Changbin, Hyunjin malahan Yeosang masih setia di sisinya.
Lee Know pegang tangan Kiara, dia juga hairan kenapa Bangchan tiada di sini. Andai saja Bangchan ada, pasti Kiara tak akan bersedih sebegini rupa.
"Ara, kami nak kena balik ni. Kau okay duduk sini?" soal Lee Know, sekaligus mengesat air mata Kiara dengan ibu jarinya.
Kiara pandang Lee know, mengangguk senyum. "Terima kasih, kauorang. Aku okay, Yeosang ada." balas Kiara, silih berganti memandang tiga sahabatnya itu.
Changbin pandang Yeosang. Dia perasan Kiara dan Yeosang ini agak rapat. Mungkin Yeosang teman lelaki Kiara? Ah, terlalu awal untuk bergossip mengenai ini. Kegembiraan Kiara adalah keutamaannya.
"Sang, jaga Ara elok-elok tau." pesan Hyunjin.
Yeosang angguk. Mereka bertiga bangun daripada sofa, masing-masing memberikan pelukan kepada Kiara. Yeosang iring mereka bertiga ke pintu, dah macam rumah dia pula.
"Eh Sang, kau dengan Ara ada something eh?" soal Changbin tiba-tiba.
"Kalau ada pun kenapa?" soal Yeosang.
Riak wajah Lee Know berubah. Mungkin ketiadaan Bangchan di sini ada kaitan dengan Kiara dan Yeosang? Mungkin Bangchan sudah meluahkan perasaan tetapi ditolak Kiara kerana Kiara dan Yeosang ada hubungan?
Oh patahnya hati Bangchan!
"Kalau ada baguslah. Ada juga orang di sisi Ara tu. Kau kalau sakitkan hati Ara, aku hisap darah kau nanti macam vampire!" ugutan Hyunjin membuatkan Yeosang senyum.
"Jaga Ara, bro." Lee Know tepuk bahu Yeosang, Yeosang angguk.
Setelah ketiadaan tiga manusia itu, pintu ditutup dan dikunci. Yeosang berpaling daripada pintu, tersenyum sinis.
"Manusia hisap darah vampire? Nice plot twist." Yeosang ketawa sebelum dia melangkah semula mendekati Kiara.
Senyumnya hilang melihat Kiara teresak-esak menangis sambil memeluk foto mendiang bapanya. Jauh di sudut hati, Yeosang menyalahkan dirinya sendiri. Kenapa dalam ramai-ramai manusia, bapa Kiara yang perlu membuat perjanjian dengannya?
Dan kenapa dia yang terikat sama dalam perjanjian?
"Jadi sekarang, aku milik kau?" soal Kiara, air matanya dihapuskan.