Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌹🌹🌹
Kiara melangkah masuk ke perkarangan dewan. Hari terakhir bagi minggu orientasi. Hal dia dan Yeosang tidak dia lupakan, merinding setiap kali bertentang mata kerana dia tahu lelaki itu bukan manusia. Bahkan dia positif rakan-rakan Yeosang juga bukan manusia.
Patutlah ketampanan mereka itu luar biasa. Dia duduk di atas kerusi di atas pentas, matanya tunduk memandang lantai. Dia tak berani nak memandang manusia-manusia di hadapannya itu. Terutama lagi Yeosang dan 5 yang lain.
"Ara, sepatah dua kata?" Lee Know yang memegang mikrofon beralih memandang Kiara, tapi Kiara senyum dan geleng.
Lee Know angguk, dia tahu Kiara tak ada apa yang nak dikatakan. Bangchan yang berada di sebelah Kiara perlahan-lahan menggosok belakang gadis itu, niatnya untuk tenangkan Kiara. Bagi Bangchan, mungkin Kiara gemuruh.
Usai aktiviti bergambar, usai juga minggu orientasi tersebut. Kiara baru saja hendak melangkah keluar daripada dewan sehinggalah dia secara tak sengaja dilanggar daripada belakang. Atau mungkin sengaja?
"Ohh maafkan saya." Kiara kenal suara itu.
"Kau sengaja kan?" Kiara ketap gigi sambil bersuara, geram dengan Yeosang yang senyum suci di hadapannya.
"Is it obvious? Sorry." Yeosang kenyitkan mata.
"Ara!" Bangchan peluk bahu Kiara dengan senyumnya yang lebar, tak sedar Yeosang ada di situ. "Malam ni kita buat BBQ jom kat rumah kau. Uncle yang cadangkan, siap bagi duit lagi!" Bangchan angkat-angkat keningnya, tanda idea nya genius.
Yeosang hanya memerhati dengan pandangan dingin. Mahu saja dia patahkan leher Bangchan dan hisap semua darah lelaki ini. Sabar Yeosang, sabar.
"Nak Jongho bunuh dia, hyung?" tiba-tiba ada bisikan di telinganya, Jongho berdiri di situ.
Yeosang mengeluh. "Behave." balas Yeosang, juga berbisik.
"Eh Yeosang dan Jongho!" akhirnya Bangchan sedar kehadiran dua makhluk itu. "Bila masa berdiri dekat sini?"
"Sejak tadi." Yeosang balas dengan senyum singkat. "Kami pergi dulu, sunbae." Yeosang tarik tangan Jongho, beredar daripada situ.
Kiara gulingkan mata. Tahu pun Yeosang angkat kaki. Dia pandang Bangchan semula, berbalik kepada rancangan BBQ mereka.
"Mantap lah baby girl! Jom!" tangan Kiara ditarik kasar.
"Mohon selamatkan tanganku."
🌹🌹🌹
Pintu rumah agam itu nak tercabut rasanya apabila kehadiran tetamu tak diundang mengganggu ketenangan. Seonghwa turun dengan bantal peluknya. Mungkin sekarang sudah pukul 2 petang, tetapi dia perlukan tidur kerana banyak hal di tempat kerja.