BAB 1 : KEHIDUPANKU

215 17 10
                                    

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh semua reader and Salam Sejahtera <3. Izinkan saya untuk memulakan kisah wattpad pertama saya ini.

 Izinkan saya untuk memulakan kisah wattpad pertama saya ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puncak Alam, Selangor.

Simfoni Perdana, tempat yang aku gelarkan sebagai tempat tinggal. Aku sebenarnya baru sahaja berpindah ke sini beberapa bulan yang lalu. Sekarang ini aku masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baru ini. Aku masih ingat lagi sewaktu aku baru saja berpindah ke sini pada malam Ahad.

Malam itu jugalah dimana aku teringat akan PdPr ku esok hari. Dengan barang-barang yang masih banyak belum dibawa naik, aku senang-lenang mencapai selimut di bucu katil lalu meninggalkan cermin mata dan terus tidur. Memang aku sangat penat waktu itu, tapi bagus jugalah tindakan aku itu kerna esok hari, aku juga perlu belajar dalam talian menggunakan medium Google Meet juga Telegram. Kalau tak bertenaga, bagaimana nak mengharungi hari besok kan?

Ahad 28 September, Satu hari sebelum Peperiksaan Pertengahanku Tamat ...

Jarum jam menunjukkan pukul 9 pagi. Hatiku terdetik untuk membangunkan aku dari buaian mimpi indahku itu. Dengan keadaan rambutku yang serabai juga mukaku yang tampak seperti orang lesu, aku terus berdiri cuba untuk menjejakkan kakiku ke tanah. Tapi, oleh kerana rasa mengantuk, aku rasa perkara itu memang tidak akan pernah terjadi. Kalau aku bangun tidur, berdiri juga aku sudah rasa penat.

Tidak mandi semasa awal pagi sudah tersemat dihatiku bagai rutin harian. Terus aku mencapai telefon Huaweiku yang telah penuh dicas di bawah katil lalu berjalan keluar bilik. Jari telunjukku terus menutup suis kipas juga lampu dan terus menutup pintu. Hidangan Nasi Goreng bersama Telur sudah terhidang diatas meja. Perut aku yang terus berkeroncong ketika melihat itu menandakan yang aku memang lapar waktu itu. Lantas aku pun mengambil sebatang sudu dan terus menyuap.

"Uish, sedapnya!" Aku memuji walaupun dalam mulut masih dipenuhi dengan butiran Nasi Goreng.

Nafsu makan? Memang aku tidak dapat hentikannya. Sekali-sekala, aku teringin saja untuk menghabiskan sasi-baki nasi yang masih ada tapi aku terus sedar yang sasi-baki itu adalah untuk santapan adikku. Dengan perasaan kasih sayang terhadap adik perempuanku sendiri, aku meluluhkan nafsu makan aku dan cuba untuk menahan.

Selesai saja makan, aku terus menuju ke penimbang untuk menimbang beratku ini. Sudah kuduga, pasti 50 kilogram lagi! Perasaanku pada ketika itu bercampur kerana aku sangat tidak kisah akan beratku ini tetapi pada masa yang sama juga aku berasa risau jikalau beratku ini semakin bertambah. Seperti biasa, aku hiraukan saja kedua-dua perasaan itu dan terus ke ruang tamu. Terus aku bersandar di kusyen sofa sambil menghembus keluar semua nafas penat lelahku. Rasa leganya aku sewaktu itu hanya Tuhan saja yang tahu.

Lantas aku mencapai alat kawalan jauh televisyenku itu yang sedang berlegar di hujung bucu meja itu. Perkara pertama yang aku buka setelah selesai membuka televisyen ialah Youtube. Kebiasaan aku pada waktu pagi, aku akan membuka kartun animasi sama ada Doraemon mahupun Shin Chan. Aku hanya tergelak melihat telatah juga lawak jenaka yang dilemparkan ke dalam animasi tersebut. Memang aku ketawa riang.

"Abang?" Emakku kelihatan keliru melihatku. Lantas pula aku menjawab iya.

"Esok kan abang ada exam hafazan, tak mahu murajaah ke?" Aku terkedu mendengar kata-kata tersebut. Hanya mampu aku membalas sebentar lagi saja kepada emak. Jujur, memang aku agak lemah dalam subjek Hifz Al Quran tapi oleh kerana ini memang sudah pilihanku, aku perlulah berusaha bersungguh-sungguh. Tanpa ragu-ragu, aku pun mematikan televisyen untuk mematuhi perintah emak.

Sifat kesungguhanku tiba-tiba pudar. Fikiranku mengatakan seperti gajet sedang memanggilku. Aku hanya mengikut saja apa yang difikirkan. Lantas aku mengambil telefon lalu membuka sosial media untuk melihat video baru dan juga perkembangan semasa. Aku juga telah bersembang rancak didalam Whatsapp juga Telegram. Kebiasaannya, aku menghabiskan masaku didalam medium Telegram. Di antara semua telegram group yang ku pernah masuk juga mesej, mataku terus mengalihkan pandangan ke suatu group yang dinamakan SWA FAMILY. Hanya mesej mereka sajalah yang ingin aku lihat juga dengar. Mesej mereka semua tidak pernah pudar dalam ingatanku. Sampaikan telatah mereka juga aku masih ingat.

Semakin lama, telatah mereka kian pudar kerana ada segelintir ahli yang ingin keluar dari group tersebut. Awal pagi apabila aku mula membuka telefon, sudah pasti ada saja yang ingin keluar dari group.

Kak Wawa, antara ahli yang paling tua didalam group tersebut. Dia selalu menghantar lawak jenaka juga kata-kata semangat untuk kami semua. Kalau ikut dari cara dia mesej, nampak sungguh kegarangannya itu. Tapi, dalam hati ada taman dia takkan selalu begitu. Oleh kerana kekerapan dia memesej kami semua, sudah pasti kami akan merindukan dia apabila dia sudah keluar. Memang aku tak boleh nafikan yang aku sememangnya rindu akan dia apabila dia sudah keluar. Perasaan rintih masih sebati dengan diri aku ini.

Aku tahu yang mereka semua akan keluar dalam masa sekejap saja kerana mereka memang sudah sebati dan memang tidak dapat melupakan group SWA FAMILY itu. Jadi dalam masa yang terdekat aku akan nampak seorang demi seorang akan masuk semula. Aku hanya tertawa kecil melihat tingkah laku mereka itu.

"Abang," emakku memanggil dengan suara yang kuat. Kalau aku buka lagu pun, suaranya masih boleh ku dengar. Aku segera menyahut, rupa-rupanya sudah hampir pukul 12 tengahari dan makan tengahari pun sudah terhidang dan tersusun di atas meja. Aku sedar yang aku hanya membuang masa melayan mereka semua tapi memang aku tidak kisah akan hal itu. Terus aku bergerak menuju ke sinki untuk membasuh tangan dan terus bergerak ke meja makan. Kerusi pun diseret, bunyi gesekan terhasil. Ayahku amat pantang apabila mendengar bunyi tersebut, nampak seperti tiada adab! Aku pun terus mengangkat kerusi untuk meredakan kemarahan ayahku itu.

Selesai aku menjamu makanan, terus aku mengambil tuala dalam lemari lalu bergerak mandi. Jujur aku katakan yang sememangnya masa yang kuambil untuk mandi adalah lama. Pernah suatu hari, aku mandi sejam waktu lamanya. Telefon yang aku bawa ke bilik mandi adalah sememangnya untuk memesej mereka semua.

Pernah suatu hari aku memberitahu mereka semua yang aku sedang mandi. Aku mungkin menyangka yang mereka tidak akan kisah tapi ada juga segelintir yang membalas mesej aku. Aku hanya mampu membaca saja mesej yang diberikan. Seperti mesej Kak Wawa, aku lihat yang dia seperti kecewa akan aku oleh kerna baru saja ingin mandi. Aku ketawa lalu tersenyum.

Selesai mandi ...

"Haih," aku keluh resah kerana tidak jumpa akan pakaian yang ingin ku pakai. Aku cuba mencari di sekitarnya tapi masih belum dijumpa. Oleh kerana terpaksa, aku memakai semula baju lama aku.

Aku membuka semula group tersebut dan mendapati bahawa ada sedikit pertengkaran sewaktu pagi tadi. Sudah terang lagi bersuluh, kadangkala aku memang rajin untuk membuka telegram dan juga kadangkala aku tidak buka langsung. Kebiasaannya aku hanya akan buka sewaktu hampir waktu Maghrib.

Apabila aku selidik, mereka sebenarnya marah apabila Danial keluar juga masuk group tersebut.

Danial, seorang remaja lelaki 15 tahun yang amat suka akan muzik industri Korea. Aku mula berkawan dengannya sejak dari dia mula masuk dalam group anuck ii didi. Group tersebut adalah group kami yang kedua selepas SWA FAMILY. Apa yang berlainan ialah group ini tidak dibuat oleh admin dan hanya puluhan ahli saja yang ada. Pemilik group itu juga ada kata yang dia tidak ingin akan jumlah ahli yang terlalu ramai. Takut akan rimas. Kami hanya ikut saja arahan dia.

"Abang?" Adik perempuanku Sofia menyergah bilikku secara perlahan.

Aku tersentak mendengar suara Sofia yang agak kuat dan bernada girang "iya Sofia?".

"Sini kejap," gerak-geri jari-jemari adikku itu seolah-olah ingin mengajakku. Aku hanya mengikut gerak-geri langkahnya itu.

PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)Where stories live. Discover now