"Sudah, semua sudah ada ya? Kita gerak jom!" Kak Husna bertanya kepada mereka semua.
Ketiga-tiga van tersebut pun mula bergerak secara konvoi menuju ke destinasi.
Di van pertama...
"Eh gila kau, sejak bila aku macam tu pulak!" Zul meningkah pantas.
"Maksud aku waktu-
"Waktu bila? Ha waktu bila? Kau jawab sekarang," ingin Zul memberi Syed tekanan.
"Ish sudahlah, menyesal aku berbual tentang perkara ini," hanya mampu untuk Syed berserah.
"HAHAHAH, eh tapi kan, aku suka betul melihat kau berdua bertengkar ni," tawaan Danial didengari mereka berdua. Hanya mampu mereka terkedu.
"K-kau suka?!" Terkejut Zul mendengar.
"Ini macam gurau manja saja sebenarnya untuk anggapan kita orang," terang Syed untuk memudahkan pemahaman Danial.
Zuhayra pula sementara di belakang, sedang asyik melihat kenderaan lalu-lalang di atas jalan raya di bawah kesamaran cahaya tiang lampu. Kepala disandarkan pada dinding.
Brek ditekan James sejurus melihat seperti seorang perempuan tua ingin melalui lintasan pejalan kaki berbelang putih kelabu seperti zebra tersebut. Zuhayra menarik nafas dalam, air matanya mulai berkaca. Dia seperti teringat akan sesuatu apabila melihat perempuan tua tersebut. Baju hitam yang dipakai perempuan itu juga seperti lebih menguatkan ingatan Zuhayra akan perkara silam yang berlaku padanya.
Flashback...
Terlihat seorang perempuan tua berjubah hitam lusuh berdiri menghentikan van kami daripada terus bergerak. Pemandu kami, James terus mengorak langkah keluar untuk menegur perempuan tersebut.
"Yes? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?" Walaupun perasaannya gelisah, dia tetap terus menyoal perempuan tersebut. Walaupun sudah berulang kali, tetap dia membisu. Kali terakhir James mengulang, dia berkata
"Bawa semua penumpang lain turun juga. Arahkan mereka kalau kau nak selamat," ujar perempuan tua tersebut. Suaranya lirih.
"Semua, turun," beritahu James pada kami semua. Kami hanya mengikut apa yang dikata.
Setelah semua turun sambil memandang seram pada perempuan tua tersebut, jari telunjuknya seperti mengarah kepada pohon tua tersebut.
Terus semua mengalihkan perhatian pada pohon tua tersebut.Terlihat seorang perempuan dewasa bergaun hitam tergantung tinggi di dahan pohon tua tersebut dengan darah yang mengalir deras daripada lehernya kerana digantung.
Setelah mereka memandang sekali lagi, muncul lagi beberapa orang turut sama digantung bersebelahan dengan perempuan bergaun hitam itu.
Benaknya sentiasa berucap.
"Aku bukannya Ci- !" Sentiasa perkataan tersebut berlegar-legar di fikirannya. Pasti dia akan teringat susuk badan seorang perempuan tua berpakaian hitam melitupi wajah. Lehernya yang masih mengalir titisan darah segar akibat digantung.
"ZU!"
"HAY!"
"RA!" Sebutnya berulang kali.End of flashback...
YOU ARE READING
PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)
Mystery / ThrillerBERMULALAH sebuah kisah apabila sekumpulan kawan talian akhirnya diajak untuk berjumpa dan membuat sebuah perjalanan. ❝Apa kata kita buat trip!❞ Aku menaip dengan sekuat hati untuk mengalihkan pandangan mereka ke skrin gajet. Satu demi satu mesej d...