KELOPAK mata Arissa masih belum terbuka lagi membuatkan fikiran Anis dan Amna berlegar dengan sesuatu yang semakin meresahkan mereka.
Muka Arissa penuh dengan percikan darah, pakaiannya pula menjadi serba merah kerna darah asbab menikam Laurens tadi. Suasana menjadi hening.
"Arissa, bila kau nak bangun. Aku nak tengok kau ceria seperti dahulu lagi, boleh sembang-sembang," Amna mulai merintih. Kak Anis di sebelahnya hanya memasang telinga.
"Aku tahu kau masih hidup, Arissa. Aku tahu dan tiada siapapun yang boleh menidakkan kata-kataku," sambungnya lagi.
Dia memandang langit melihat kumpulan kejora menerangi malam mereka yang duka ini.
Sementara mereka sedang meratapi Arissa, sekumpulan kawan-kawannya sedang melalui bukit lalu masuk ke laluan yang lebih dalam. Berkemungkinan tanggapan mereka bahawa Arissa dan yang lain mungkin hilang tersesat takpun disembunyikan di kawasan yang lebih dalam.
Salihah menggenggam lampu suluhnya erat. Butang on ditekan, dia menyuluhkan lampunya pada sebuah pokok besar yang berdiri bertentangan dengannya.
Sosok seorang wanita bertopeng putih sedang menggenggam sebilah pedang turut kelihatan sejurus sahaja lampu suluh tersebut dikenakan. Salihah tersentak buat seketika waktu.
Butang lampu suluh tersebut terus ditutup dan sosok tersebut terus menghilangkan dirinya.
"Mereka---pasti---tidak jauh dari sini," Zubaidah bersuara dengan helaan nafas yang agak berat. Yang lain terus mengalihkan pandangan kearahnya.
Tiga ratus enam puluh darjah kawasan sekitar tersebut disuluh namun tiada apa-apapun yang boleh membantu untuk mencari kawan-kawannya yang hilang itu.
Di suatu sudut, mereka ternampak akan seorang remaja perempuan dengan wajah dan pakaian yang penuh dengan percikan darah. Tangannya masih menggenggam erat sebilah pisau dan tampak seperti keluar air mata dari birai matanya yang kian merah itu.
"Arissa," Didi tiba-tiba bersuara.
Arissa memandang mereka semua dengan satu renungan tajam yang mampu menghiris kalbu. Tiada senyuman terlakar.
"Seandainya aku dapat bunuh dia," ucapnya dengan jelas sekali. Dia mulai melutut, badannya jatuh rebah menghadap ke tanah tidak sedarkan diri.
"Arissa, Arissa," sebuah suara yang tidak asing baginya berdesir sayu di gegendang telinga. Dia bangkit dari pengsannya, kembali ke alam nyata.
"Arissa, akhirnya kau bangun!" Amna terus memeluknya. Dia terkedu kerna tidak tahu akan apa yang sebenarnya terjadi.
"K-kenapa ni, apa yang dah jadi?" Arissa menyoal dengan nada yang penuh kehairanan.
"Kau terjatuh sewaktu melalui tangga tadi, maklumlah hujan tadi maka anak tangganya menjadi licin kemudian kau terus tidak sedarkan diri. Pengsan agaknya," terang Amna ringkas supaya senang untuk dia melumatkan informasi tersebut ke dalam otaknya.
Wajah Arissa tampak seperti ada sesuatu yang sedang difikirkan.
"Kenapa muka kau nampak resah?" Soal Amna ingin mendapatkan kepastian namun tiada balasan yang diberi.
Wajah Arissa tampak seperti ingin menceritakan sesuatu namun ianya tidak dapat untuk dilontarkan. Mulutnya terkumat-kamit tidak tahu sama ada dia sedang berzikir mahupun berkata-kata pada dirinya sendiri. Amna dan Anis hanya memandang resah setelah memandang keadaan Arissa.
Laungan suara teman-temannya tiba-tiba terdengar dari arah hadapan; Amna, Anis dan Arissa bingkas bangun menuju ke arah suara tersebut didengari. Mereka kedengaran memanggil nama teman-teman mereka yang hilang.
YOU ARE READING
PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)
Mystery / ThrillerBERMULALAH sebuah kisah apabila sekumpulan kawan talian akhirnya diajak untuk berjumpa dan membuat sebuah perjalanan. ❝Apa kata kita buat trip!❞ Aku menaip dengan sekuat hati untuk mengalihkan pandangan mereka ke skrin gajet. Satu demi satu mesej d...