"Tapi kenapa?" Soalnya lagi. Amna hanya pasrah kerana Shaf asyik mengajukan soalan kepadanya.
"Ih dahlah aku nak pergi makan," terus Amna mencapai beg telekungnya dan terus keluar dari bilik solat itu. Shaf tercengang.
"Weh Amna tunggulah aku, weh!" Laungan Shaf hanya diendahkan sahaja oleh Amna.
"Dah cepat jom, kita makan. Sekarang dah 7:30 malam," ujar Kak Wawa. Shaf hanya memasang telinga.
Telekung dilipat lalu dimasukkan ke dalam beg. Mereka semua pun terus menapak menuju ke tempat makan itu tadi.
꒰⑅ᵕ༚ᵕ꒱˖♡
"Weh Alif, kau nak makan apa?" Danial menyoal padaku. Aku sedang termenung jauh memikirkan apa yang ingin ku makan.
"Erm tidak apalah biar saya beli sendiri. Alang-alang itu mung nak beli makanan apo," aku hanya menolak ajakan Danial untuk membelanjaku. Instead, akulah yang akan belanja dia.
"Apa-apalah asalkan aku dengan kau sertakan air Teh O Ais Limau sekali," nasihat Danial ringkas sambil mengingatkanku akan minuman kegemarannya.
"Iyalah," aku hanya membalas ringkas lalu terus menuju ke kedai yang menjual hidangan nasi.
"Saya nak Nasi Goreng Daging dua ya," terang aku pada akak penjaga kaunter tersebut. Aku hanya tersenyum nipis. Sejurus kedua-dua nasi goreng sudah diletakkan di atas tray, aku pun menghulurkan beberapa wang kertas untuk bayaran.
Tray pun diletakkan di atas meja tempat dudukku bersama Danial lalu pergi pula ke kedai minuman di sebelah.
"Teh O Ais Limau dua," sambil menunjukkan isyarat dua di tangan.
Air Teh O Ais Limau aku dan Danial telahpun sampai. Wang dihulur untuk bayaran lalu terus segera menapak ke tempat duduk. Sudah tidak sabar untuk kami meminumnya. Teh yang manis bercampur dengan sedikit kemasaman memberikan rasa yang sungguh asli. Ais-ais yang timbul memenuhi ruang menumpatkan air sehinggalah tumpah beberapa titisan di atas meja. Kesejukan air yang mengalir masuk ke membasahi tekak yang kering. Berjalan melalui esofagus sehinggalah jatuh ke dalam perut lalu memenuhi beberapa ruangan yang masih ada sehinggalah kekenyangan melanda diri.
"AHHH," tekak kami berdua berasa lega setelah meminum air tersebut.
Nasi Goreng Daging yang dihidang memenuhi kesemua ruangan pinggan. Aroma daging yang sungguh lain daripada yang lain, menusuk masuk hidungku. Campuran sayur-sayuran dan rempah-ratus yang menambahkan selera kami berdua. Satu suapan sudu dimasukkan ke dalam mulut, semakin dikunyah semakin nikmat yang dialami. Tekstur daging yang tidak terlaku kenyal memudahkan kami untuk memakan dan menelannya dengan mudah.
"Bismillahirrahmanirrahim," satu suapan sudu dimasukkan. Rasa seperti sedang memakan makanan daripada alam kayangan sambil menikmati pemandangan bulan dan kejora di langit malam.
Tangis Danial terharu kerana tidak pernah merasa makanan sesedap ini di dalam hidupnya. Setelah beberapa suapan, aku juga akhirnya tidak dapat menahan tangisan terharu ku ini.
Aqil, Syed dan Zul yang duduk berhadapan meja denganku hanya memandang aku dan Danial keliru. Kami hanya tertawa halus lalu mengendahkannya.
"Haa Zuhayra, kau dah habis solat dah?" Arissa baru sahaja melihat kelibat Zuhayra di hadapannya.
Zuhayra hanya mengendahkannya sementara dia sedang asyik memesej kawan-kawannya di media sosial.
YOU ARE READING
PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)
Mystery / ThrillerBERMULALAH sebuah kisah apabila sekumpulan kawan talian akhirnya diajak untuk berjumpa dan membuat sebuah perjalanan. ❝Apa kata kita buat trip!❞ Aku menaip dengan sekuat hati untuk mengalihkan pandangan mereka ke skrin gajet. Satu demi satu mesej d...