BAB 16 : PETANDA

31 1 59
                                    

PASAR RAYA Tesco di Alor Gajah kelihatan suram pada hari ini. Sebuah berita keluar yang menyebabkan penduduk lain tidak berani untuk berkunjung situ lagi untuk membeli barangan keperluan.

Zubaidah dan adik perempuannya mengendahkan sahaja khabar angin yang tersebar dari mulut-mulut penduduk lain lalu masuk ke dalam pasar raya tersebut.

"Kau tahu tak kenapa pasar raya ni jadi sunyi hari ini?"

"Aku pun tidak tahulah kak," balas adiknya seraya menongkatkan tangannya pada pemegang troli.

"Tapi kan kak, aku suka betul pergi membeli barangan keperluan harian disini. Bila aku masuk, aku teringat zaman kanak-kanak aku empat puluh tahun yang lepas," sambungnya lagi.

"Iya, reka dalamannya masih belum diubah. Hanya barangannya sahaja yang sudah berlainan sedikit," sengih Zubaidah di hujung kata.

Hanya beberapa orang sahaja yang masih kekal berada di dalam pasar raya tersebut sementara yang lain tidak berani untuk menjejakkan kaki lagi kerna sebuah berita.

Zubaidah ketika itu sedang membelek-belek tin yang berisi pes tomato tiba-tiba tersentak setelah mendengar sebuah bunyi barang yang terhempas. Adik perempuannya terus berlari ke arah punca bunyi tersebut.

Kelihatan rak dengan surat khabar terjatuh berselerak di atas lantai. Perlahan jari-jemari mengangkat setiap surat khabar lalu menyusunnya kembali di atas rak. Sebelum dia selesai menyusun kesemuanya, sempat dia mengambil dua naskhah surat khabar buat dirinya sendiri juga buat adik perempuannya, Salihah.

Muka depan surat khabar tersebut tampak seperti telah menangkap perhatian mata Zubaidah yang sedang dalam kesibukan. Dia tertumpu pada perkataan 'villa' yang ditulis.

-SPESIAL OKTOBER 2021!-

'KAITAN LAURENS DAN VILLA D'OPIE TELAH TERBONGKAR?!'

Bingkas si Zubaidah bangun lalu mencampakkan akhbar tersebut ke dalam troli. Tampak seperti rasa ketidakpuasan hati terpampang di wajahnya. Dia mendengus kasar. Adik perempuannya hanya memberikan pandangan aneh. Dia mula membuka surat khabar tersebut dan membacanya.

"Laurens?"

"Eh, cepatlah yang kau mematung kat situ sambil baca surat khabar kenapa?" Soal Zubaidah setelah melihat adiknya tidak menggerakkan langkahnya dari tempat yang sama sementara Zubaidah sudah jauh ke hadapan di bahagian buah-buahan.

Salihah hanya tersenyum pahit lalu membuntuti Zubaidah supaya tidak ketinggalan.

Sesampai di bahagian buah-buahan, beberapa buah epal dicapai Zubaidah lalu dimasukkan ke dalam plastik. Sesudah itu, beberapa gugus anggur dan rambutan telah menarik perhatiannya. Salihah terpaksa memegang troli sementara kakaknya sedang meliar mencari buah-buahan yang diperlukan.

Sementara menunggu kakaknya siap mengambil kesemua buah-buahan, dia menongkatkan tangannya pada pemegang troli lalu menyandarkan wajah padanya. Setengah jam berlalu, akhirnya si Zubaidah tiba di hadapannya dengan penuh bungkusan plastik buah di lengannya. Salihah terus menjatuhkan dagunya.

Kesemua plastik buah-buahan diletakkan ke dalam troli dan terus berjalan menuju ke bahagian kaunter. Wang kertas dihulur dan dipulangkan dengan beberapa sen baki.

"Zubaidah, banyak buah yang kau beli hari ini," tegur penjaga kaunter tersebut ramah.

"Mestilah, dah tua ni kena pentingkan kesihatan. Si Salihah itupun nanti aku akan paksa dia," tawa Zubaidah. Salihah menepuk geram bahu kakaknya.

PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)Where stories live. Discover now