Perasaan gembiraku semakin berputik didalam hati, meletup-letup seperti bunga api. Mindaku berasa seperti sudah bebas. Aku meregangkan tangan untuk meluluhkan rasa lenguh juga tanda puas setelah tamat sahaja peperiksaanku ini. Tanpa rasa malu di hati, aku pun menjerit sekuat hati di luar tingkap memang perasaanku berasa puas ketika itu.
Aku berlari keluar ke ruang makan untuk mengambil pen penandaku yang tertinggal di bawah meja makan kayuku itu. Warna pen itu merah terang dan pen di sebelahnya pula berwarna hitam legam. Aku kembali ke dalam bilikku dan terus membulat tarikh 29 September itu. Aku membulatnya dengan warna merah supaya jelas, terang juga nampak dari pandangan jauh di katilku.
"Iya -- saya -- puas !" Dia sambil berkata dengan nada separuh menjerit. Tapi sebenarnya, jeritan yang kukatakan itu tidaklah terjadi pun. Aku hanya mampu membayangkannya saja kerna tidak mungkin untuk aku berasa lega setelah menghabiskan peperiksaan pertengahan tahun juga ada banyak lagi ujian yang masih belum aku hadapi.
"Abang," jeritan suara itu datang dari master bedroom. Aku pun segera menyahut. Rupa-rupanya itu ialah jeritan ayahku yang telah mengejutkan aku daripada dunia khayalanku tadi.
Jari telunjuk ayahku menunjuk ke arah tong sampah yang berada di hadapan mesin basuh itu. Plastik sampah yang berwarna biru itupun disimpul belitkan oleh tangan ayahku sendiri.
Tugas aku hanyalah untuk turun menuruni tangga dan terus meletakkan plastik sampah yang mengandungi berbagai sampah itu ke dalam tempat pembuangan sampah kecil di halaman rumahku.
"Agak-agak kita nak buat apa ya lepasni," fikirku sambil tersenyum sendirian. Mahu keluar rumah? Menonton filem di televisyen mahupun iPad? Tidur? Buat kerja sekolah? Banyak sungguh perkara yang terlintas di fikiranku ini. Aku kecelaruan.
Pukul empat petang, celaru juga keluh resahku berhenti setelah aku sudah memutuskan untuk membuka aplikasi Telegram dan bersembang bersama mereka semua semula. Maklumlah , oleh kerana kesibukanku dalam minggu-minggu peperiksaan ini sudah pastilah aku tidak mempunyai masa untuk semua itu.
SWA FAMILY :
Naisyah - Aku tahu yang sekarang ni kita sudah mula untuk bercuti lama kan?
Alif Irsyad (aku) - Haah
Danial - Betul
Naisyah - Jadi aku bosanlah kalau asyik duduk terperap didalam rumah sahaja! Sampai bila aku nak teruskan gaya kehidupan aku ini sebagai seorang remaja!
Alif Irsyad - Betul juga apa yang awak kata tu Naisyah. Awak rancanglah percutian itu dengan ibubapa awak , berkemungkinan mereka semua boleh tolong awak?
Danial - Aku setuju apa yang Alif katakan itu.
Naisyah - Emak juga ayah aku ini selalu saja sibuk. Tidak ada masa untuk mereka memenuhi kata-kataku itu!
Terus aku merasa sayu apabila membaca mesej yang baru saja dihantarnya itu. Aku menghela nafas perlahan. Apa kata jikalau kita sahaja yang pergi cuti bersama? Perkara itu berdesup pantas masuk ke dalam mindaku. Jari-jemariku sudah bersedia untuk menaip berdasarkan apa yang sedang aku fikirkan.
"Apa kata kit-" aku berhenti menaip. Gegendang telingaku fokus menangkap bunyi yang datang dari ruang tamu. Aku menjenguk perlahan dari belakang permukaan pintu.
Sebuah bayangan hitam berlari sepantas kilat di hadapanku. Juntaian helaian rambut hitamku yang menyentuh cermin mataku yang kotor itu terus menghayun laju. Yang aku rasa adalah seperti angin deras yang menyapu muka dan bahagian kecil rambut sahaja. Sememangnya aku tidak nampak.
Kembali ke SWA FAMILY...
"TING!" Bunyi notifikasi yang kuat itu menggegarkan telefonku sedikit. Gegaran tersebut juga menghasilkan bunyi getaran yang kuat atas permukaan meja papanku itu. Kornea mataku memandang tajam terhadap notifikasi yang dipaparkan di hadapan permukaan lock screen.
YOU ARE READING
PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)
Mystery / ThrillerBERMULALAH sebuah kisah apabila sekumpulan kawan talian akhirnya diajak untuk berjumpa dan membuat sebuah perjalanan. ❝Apa kata kita buat trip!❞ Aku menaip dengan sekuat hati untuk mengalihkan pandangan mereka ke skrin gajet. Satu demi satu mesej d...