DIKALA jam telah menunjukkan jarumnya ke angka '12', semua yang di villa terus memejamkan mata. Sunyi...sangat sunyi... Hanya bunyi cengkerik di luar sahaja yang didengari. Emelly tidak mengikut teman-temannya naik ke bilik sebaliknya bercadang untuk sambung menonton filem kegemarannya di televisyen.
Sedang dia asyik menonton filem, dinding perutnya terasa seperti sedang dihiris asid amino; dia membuka langkah menuju ke ruangan dapur yang gelap-gelita itu, cahaya dari kamera telefonnya sahaja yang menjadi peneman. Lampu suluh mini dari kamera telefon itu pun disuluhkan pada setiap sudut almari yang pernah ada di dapur ini. Cari punya cari, akhirnya jumpalah juga apa yang diingini.
Haus pula mendatanginya. Tangannya pantas mengambil cawan dari rak atas lalu diisi dengan menggunakan penapis air Cuckoo. Bunyi aliran air yang mengisi dan memenuhi cawan itu kedengaran di setiap ruang dan sudut dapur. Tirai yang menutupi permukaan tingkap perlahan diselak olehnya. Tampak suasana kebun di belakang villa dan samar-samar sosok seorang wanita bertopeng putih yang sedang memegang sebilah pedang.
Mata Emelly membulat lantas ditutupnya tirai tingkap itu semula. Jantungnya berdegup kencang. Jari-jemarinya degil ingin menyelak tirai itu semula memastikan bahawa wanita tersebut sudah tiada.
"PRANG!"
Belum sempat dia menyelak tirai itu, kaca tingkap terus pecah berderaian kerna dihentam pedang. Jari telunjuk nya terguris mata pedang tanpa dia tersedar. Pantas si Emelly meninggalkan kawasan dapur dan berlari mendaki tangga menuju ke bilik di tingkat tiga.
***
Sunyi di kala itu. Masing-masing sudah enak dibuai mimpi. Namun, kesunyian tersebut dipecahkan dengan satu jeritan dari Arissa.
Dia muncul dalam mimpi.
"Aku tahu kau akan cuba sedaya-upaya untuk menewaskan aku.
Masing-masing tersedar dari lamunan setelah mendengar jeritan Arissa yang bergema di segenap ruangan.
"Ari, kau kenapa ni?" Zulaika gagahkan diri bangun dari katil lalu berjalan menuju ke katil Arissa.
"Itulah, apa yang terjadi dengan kau ni. Makin lama makin risau aku tengok kau," Irdina pula menegur.
"Aku-"
"PRANG!"
Suara seperti sebuah kaca yang pecah itupun telah membangunkan semua penghuni villa. Belum sempat Zulaika membuka langkah ke luar bilik, pintu telahpun dihempas Emelly. Riak wajahnya penuh dengan ketakutan. Cepat-cepat dia menutup pintu itu semula.
"To-tolong aku," bergetar suaranya sewaktu meminta pertolongan.
"Kau kenapa Emelly?" Arissa mulai menyoal.
"Kita-"
"-sudah tiada masa lagi" jawabnya diselangi dengan helaan nafas berat.
"Maksud kau?" Sekali lagi Arissa menyoal.
"Dia sudah datang, dia sudah memaklumkan kedatangannya," bergetar bibir Emelly sewaktu mengucapkan setiap patah perkataan.
"Ya Allah, apa yang kita kena buat sekarang," Irdina meluahkan rasa risaunya.
"Kita kena beritahu mereka yang lain, kita tak boleh biarkan mereka begitu saja," terang Emelly pada semua yang ada di dalam bilik.
YOU ARE READING
PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)
Mystery / ThrillerBERMULALAH sebuah kisah apabila sekumpulan kawan talian akhirnya diajak untuk berjumpa dan membuat sebuah perjalanan. ❝Apa kata kita buat trip!❞ Aku menaip dengan sekuat hati untuk mengalihkan pandangan mereka ke skrin gajet. Satu demi satu mesej d...