BAB 15 : MINGGU PERTAMA (II)

27 3 45
                                    

WAKTU Zohor menjelang, mereka menumpang solat di bilik solat di belakang ruang tamu. Perbualan diteruskan kembali setelah mereka selesai menunaikan solat Zohor.

"Sama seperti apa yang dia pernah buat dekat aku dan seluruh daerah Alor Gajah pada empat puluh tahun yang lepas....."

"Oh iya, aku hampir terlupa pula," katanya sebelum berjalan menuju ke dapur untuk mengambil jag berisi air oren. Kami berenam akur dengan keputusannya walaupun berasa seperti sudah penuh di dalam perut ini.

Jag berisi air oren dibawa menuju ke meja di tengah ruang tamu disertakan dengan beberapa gelas cawan di dalam dulang. Perlahan dulang tersebut diletakkan ke atas meja kaca itu.

"Minumlah, aku ada banyak lagi perkara yang perlu diberitahu pada kau semua," pelawa si dia lalu mengajak yang lain untuk turut meminum air tersebut.

***

Sementara yang lain sedang asyik menonton televisyen, tampak mereka berenam baru sahaja pulang melalui gerbang utama. Sejurus sahaja langkah pertama mereka menapak, soalan terus berpusu-pusu dilontar.

"Kau orang pergi mana tadi, lama betul?" Soalan pertama dilontarkan dari bibir Danial. Aku hanya terpaku senyap.

"Tiada apa, cuma berjalan di luar," balas Kak Zaidatul Husna resah. Danial akur akan balasan tersebut seraya memberikan mereka sebakul buah. Pantas aku mencapai.

Buah epal digigit rangup.

"Eh, di mana Kak Amirah?" Arissa perasan akan ketiadaannya di villa.

"Pergi ke pasar raya ingin membeli beberapa barangan untuk makan tengahari," pantas Danial menjawab.

Suara deritan pintu kedengaran dari gerbang utama. Ianya Kak Amirah yang baru sahaja pulang membeli barang masakan untuk makan tengahari. Lengannya penuh dengan beg plastik yang berisi bahan-bahan masakan, sedikit daging dan beberapa buah.

Tanpa apa-apa halangan, dia terus menuju ke dapur. Kak Zaidatul Husna membuntutinya. Telingaku menangkap tajam sebuah bisikan seperti memanggil-manggil namaku.

"Kenapa Zul?" Balasku akan bisikannya dengan reaksi yang pelik.

"Boleh kau tunjukkan pada aku potret Sara, kau katakan bahawa ada sebuah bilik yang tersimpan potret Sara di dalamnya kan?"

Aku berfikir sejenak, mengingat kembali memori sewaktu dia mengajakku untuk memperlihatkan potret Sara kononnya berada di dalam sebuah ruangan.

"Tiada siapa yang ingin lihat potret tersebut tapi---kalau mung nak lihat juga, baiklah saya tunjukkan,"

Aku bergerak semula diikuti dengan Zul di belakang ke ruangan tersebut. Tepat sahaja sebelum tapak tanganku mendarat di tombol pintu, sebuah bunyi hempasan kuat terdengar dari dalam ruangan tersebut. Agak susah untuk tombol tersebut dibuka, giliran Zul pula mencuba. Akhirnya, ia terbuka jua.

Langkah pertama kami berdua di dalam ruangan tersebut, sudah tampak akan sebuah potret yang amat besar dan tinggi bertentangan dengan tempat kami berdiri.

Potret seorang wanita berpakaian merah jambu dengan selendang biru diletakkan di bahu sedang memetik bunga di taman terpapar di hadapan kami berdua sejurus sahaja masuk ke dalam ruangan tersebut.

Hanya bertemankan cahaya matahari yang masuk melalui tingkap, kami berdua menggagahkan diri untuk meneruskan penerokaan kami.

Penuh potret di setiap sudut di dinding sehinggakan tidak mampu untuk aku melihat kesemuanya.

"Alif," Zul seperti memanggilku seraya aku pun pergi ke arahnya.

"Potret ini pun boleh tahan besarnya juga, Johann Laurens Olivier ditulis namanya." Hidungku tidak dapat menahan darah yang mengalir keluar lalu membasahi daguku. Pantas aku menyeluk kocek untuk melihat jikalau ada beberapa helai tisu.

PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)Where stories live. Discover now