BAB 13 : PAGI YANG GELAP KINI SUDAH TERANG

46 8 101
                                    

Berdekatan dengan tempat duduk Zul, kelihatan sebuah pemain piring hitam lama di atas meja.

Pemegang jarum (stylus) tiba-tiba mendarat pada piring hitam tersebut lalu berputar memainkan sebuah lagu.

Di kesunyian malam ini
'Ku datang menghampiri
Dirimu yang pernah berjanji
Sehidup dan semati

Kuingin bersama
Berbaring di dadamu
Lupakan khianat yang lalu

Di kekelaman hati ini
'Kan kutagih sumpah mati
Yang kau bisikkan ke rambutku
Melambai tanpa arti

Kuingin bersama
Berbaring di dadamu
Lupakan khianat yang lalu~♪

Pantas Zul mengalihkan piring hitam tersebut dari pemutarnya.

"Haih, waktu malam begini jugalah lagu sebegini dimainkan," ucapnya resah di dalam benak.

Yang lain hanya mengerling tajam pemain piring hitam lama tersebut. Abang James dan Zul pula sambung mengangkat pemain piring hitam tersebut dan dimasukkan kemas ke dalam stor di bahagian belakang villa.

Habuk dan sawang lelabah memenuhi stor tersebut yang sudah lama tidak dibuka oleh sesiapa. James sedikit bersin kerana alahannya pada habuk. Kelihatan banyak barangan lama yang tersimpan termasuklah beberapa buah potret wanita dan mainan-mainan lama seperti anak patung dan patung kuda masih tersusun rapi di dalamnya. Mungkin kerana sudah lama tidak diusik.

James sudah tahu bahawa perkara ini pasti terjadi, tangannya menyeluk dalam koceknya lalu mengeluarkan dua pasang sarung tangan buatnya dan Zul. Mereka pun menolak bersama-sama sehinggalah ia masuk ke dalam stor.

"Eh makan ruang sangat ni, kita alihkannya ke sebelah sana," terdengar perlahan ujaran si James pada Zul.

Sekali lagi mereka tabahkan diri mengangkat pemain piring hitam tersebut ke hujung sebelah kanan stor yang gelap-gelita tidak berlampu itu.

"PAK!"

Pemain piring tersebut sedikit calar pada bahagian atas kerna terlanggar sudut dinding stor. Zul hanya mendiamkan diri sahaja kerna dia tahu bahawa ianya adalah barangan antik dan jarang dijumpai.

Zul tersilap langkah, dia menapak selangkah ke belakang dan terus jatuh tersungkur menimpa tangga lalu masuk ke suatu ruangan.

"PAM!" Zul terjatuh menghempap lantai lantas menggemakan seluruh ruangan stor.

Teringin untuk James mencari Zul yang tiba-tiba hilang dari sisinya tetapi keadaan yang gelap-gelita ini menyukarkan pandangannya untuk mencari Zul. Dia terus berlari keluar untuk mengambil lampu suluh, yang lain hanya berasa aneh melihat James berlari sebegitu seperti ada sesuatu yang tidak kena. Jantung Emelly berdegup kencang.

Lengannya terguris sedikit sewaktu jatuh menimpa bucu tangga. Sakitnya itu membuatkan dia langsung tidak menjerit. Perlahan dia mengorak langkah, bangun dari jatuh terlentang di atas lantai lama yang berhabuk. Pakaiannya ditepuk kasar bagi menghilangkan debu-debu yang menghinggap di pakaiannya sewaktu jatuh terlentang di atas lantai tadi.

Peluhnya berjurai keluar membasahi dahi kerna terlalu resah. Dia tidak pernah nampak akan ruangan bawah tanah yang sangat luas di villa ini. Ini ialah kali pertamanya. Obor api menghiasi setiap penjuru dinding serta-merta menerangi ruangan tersebut yang asalnya gelap-gelita.

Mulutnya tidak berani bersuara walau sepatah kata sekalipun sehinggalah James datang turun ke arahnya. Pandangannya serta-merta beralih pada Abang James.

"You okay?"

Zul mengangguk perlahan tanda semuanya masih baik-baik sahaja. Hatinya masih curiga akan hal di sebalik kisah ruangan bawah tanah ini.

PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)Where stories live. Discover now