"K-kenapa"
Perempuan tua berjubah hitam lusuh itu tadi terus pudar dari pandangan sebaik sahaja kami semua menoleh ke dia.
"Mana perempuan tua itu tadi?" Danial pelik.
"Entahlah, yang penting sekarang perempuan tua itu sudah tiada," ujar Alif untuk menenangkan Danial.
"ARK!!...ARK!!...ARK!!" Kedengaran kicauan beberapa kawanan burung gagak di langit. Hari sudah mulai gelap.
"Sudah gelap ni, mari kita masuk van, kita bertolak sekarang," suara Arissa lirih.
"T-tapi ini bukan tempat tadi dan ini pun bukannya lebuhraya yang kita lalui selepas bergerak dari lapangan terbang tadi," rintih si Zulaika.
Berladung si air mata aku melihat perempuan yang tergantung itu. Aku seperti tidak dapat menahan tangisan tersebut. Tidak tahu mengapa.
"Kalau kita gerak pun, apa gunanya. Kita masih tidak tahu jalan keluar dari sini. Apa yang engkau fikirkan Arissa," luah Zulaika marah. Suaranya bergetar.
"Sekurang-kurangnya kita tidak akan melihat tempat ini lagi. Di dalam van, kita boleh tenangkan diri," tingkah Arissa.
"Van? Engkau nak kita duduk sahaja disini sementara van tidak bergerak melepaskan minyak mengurangkan enjin," sambung Zulaika tidak tahan.
Arissa terkedu mendengar kata-kata yang dikeluarkan dari lidah seorang perempuan 12 tahun itu. Dia menghembus nafas laju.
Tangisan Alif semakin bertambah. Semakin banyak darah mengalir dari leher perempuan dewasa yang tergantung tersebut. Jantungnya mula berdegup laju. Danial terus menoleh ke arahku. Kerut di dahinya.
"A-a-alif, kau okay tidak ni?" Danial menyoal resah.
Aku menjerit histeris lalu tersungkur jatuh ke tanah tidak sedarkan diri. Perasaan semua orang mula semakin gundah mula semakin resah.
Di RnR Senawang...
"Aduh, kenapa aku call Arissa dia tidak angkat-angkat lagi ni," geram Shaf. Sudah banyak kali dia menelefon tetapi tidak diangkat-angkat juga.
"Dia sibuk kot tu," sampuk Didi untuk menenangkan dia.
"Tapi masalahnya, kami semua van kedua dengan van ketiga dah sampai sini. Dia orang sahaja yang masih belum sampai," terang Kak Amirah Husna.
"Cuba kau telefon James, dapat tak?" Sambungnya.
"Tak dapat weh Amirah, aku dah telefon dia banyak kali sudah," nafi Kak Zaidatul Husna.
"Ke mana dia orang pergi?" Fikir Shaf dalam benaknya.
꒰⑅ᵕ༚ᵕ꒱˖♡
Sementara yang lain sedang sibuk memeriksa Alif sewaktu dia jatuh tersungkur tadi, Arissa sempat membuka telefonnya. Jam 1845 ditunjukkan di lock screen nya.
YOU ARE READING
PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)
Mystery / ThrillerBERMULALAH sebuah kisah apabila sekumpulan kawan talian akhirnya diajak untuk berjumpa dan membuat sebuah perjalanan. ❝Apa kata kita buat trip!❞ Aku menaip dengan sekuat hati untuk mengalihkan pandangan mereka ke skrin gajet. Satu demi satu mesej d...