Isi Tersirat?
Zul terus membaca isti'azah untuk melindungi diri mereka semua.
"A-a-aku Arissa lah," suaranya lirih. Takut mereka tidak percaya, Arissa terus mengangkat wajahnya.
"Bukankah kau sekarang sedang di hari ke-"
"Bukan, aku sudah tamat," tingkah Arissa sebelum sempat Zul melengkapkan ayatnya. Yang lain hanya memandang.
"Bagaimana engkau boleh tahu yang kami semua ingin menunaikan solat sunat Tahajjud?" Zul menyoalnya kekeliruan.
"Aku pun sebenarnya tidak berniat untuk bangun pukul tiga pagi tetapi apakan daya, saraf otakku tiba-tiba berhubung lalu memberitahu aku untuk bangun. Alang-alang aku sudah segar, aku hanya berfikir untuk beribadah. Aku turun lalu masuk ke dalam ruangan solat dan aku nampak kau orang semua sedang solat Tahajjud berimamkan Danial, jadi aku pun hanya mengikut sajalah. Awal pagi di awal bulan Oktober, aku ingin menjadi lebih baik," terangnya panjang. Yang lain hanya memasang telinga.
Kornea mataku tiba-tiba tertumpu pada surat dari tahun 1771 yang dipegang di sebelah tangan kanannya.
"Surat apa yang mu pegang itu?" Aku terus bertanya kepadanya tentang surat ini.
"Oh, surat ini aku jumpa di bilik di atas meja. Aku ingin baca surat ini tetapi lepas itu aku langsung tidak faham apa yang ditulis. Panjang isi nya, cuba kau orang baca," surat itu pun dihulur kepadaku.
Aku terus membuka gulungan surat tersebut. Isi panjang yang dikata Arissa itu hanyalah indah khabar dari rupa kerana..
"Tarikh?" Aku terdiam sejenak. Aku berasa pelik, dimanakah isi-isi panjang di dalam surat tersebut yang dikata oleh Arissa sebentar tadi.
1/10/1771
"Satu haribulan sepuluh tahun seribu tujuh ratus tujuh puluh satu. Hari ini satu Oktober kan?"
"Iya, tapi takkanlah yang kau orang nampak hanya tarikh sahaja," pelik si Arissa melihat mereka semua.
Terus Arissa mencantas surat tersebut dari atas permukaan karpet. Kerutan di keningnya tampak jelas. Sebelah kening diangkat ke atas. Matanya memandang tajam pada aku.
"Ma-macam mana boleh tiada pula ni?" Dia berasa keliru melihat surat tersebut yang isi kandungannya hanyalah sebuah tarikh yang bertepatan dengan tarikh hari ini. Setahunya sewaktu dia pertama kali membuka gulungan surat tersebut, ada ayat panjang ditulis yang seperti menerangkan sesuatu perkara.
"Waktu kau mula-mula buka surat itu, ada isi yang panjang yang tertulis kan? Kalau kau ingat cuba kau ceritakan kepada kita orang," ujar Aqil kerana sifat ingin tahunya semakin menguntum keluar.
"Yang aku ingat ada satu baris itu dia tertulis 'A Lady with a Black Long Sleeve Dress with Her Secret'. Itu sahaja yang aku ingat, perkara lain yang dia tulis adalah seperti pembunuhan besar-besaran ataupun ingatan aku pun sudah menjadi samar. Aku tidak terlalu ingat," cuba untuk Arissa mengingat semula apa yang tertulis pada surat tersebut sebelum ia bertukar menjadi sebuah tarikh tanpa sebarang penjelasan.
Aku berfikir sejenak seperti aku telah kenal akan perkataan 'A Lady with a Black Long Sleeve Dress with Her Secret' itu. Dari mana?
"Potret itu," semua terus menoleh ke arahku seperti ingin tahu lebih lanjut tentang perkara itu.
"Potret?" Danial menyoal.
YOU ARE READING
PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)
Mystery / ThrillerBERMULALAH sebuah kisah apabila sekumpulan kawan talian akhirnya diajak untuk berjumpa dan membuat sebuah perjalanan. ❝Apa kata kita buat trip!❞ Aku menaip dengan sekuat hati untuk mengalihkan pandangan mereka ke skrin gajet. Satu demi satu mesej d...