Aku berhenti seketika mengemas pakaian.
"Seperti ada sesuatu yang tidak kenalah," aku cuba mengingat kembali akan apa yang tidak kena. Telefon bimbit Huawei ku itu dicapai dari hujung meja. Membuka semula aplikasi Telegram.
"SWA FAMILY, SWA FAMILY, SWA FAMILY eh dimana SWA FAMILY ini, oh tidak apa sudah jumpa." Ibu jariku terus menatal untuk mencari SWA FAMILY sampailah jumpa.
SWA FAMILY ...
Naisyah - Tapi kan Kak Opie ... ?
Kak Opie - Kenapa ni?
Danial - Perjalanan ini ke mana ya?
Kak Opie - Oh iya! Akak hampir terlupa akan hal itu. Baiklah dengar sini...
Disebabkan korang semua ini sangat rapat, maka min akan memberikan cadangan untuk perjalanan ini. Min taja.
"Fuhhh," aku menghembus nafas keterujaan. Senyuman lebar terpampang luas di wajahku.
Alif Irsyad - Jadi, dimanakah iya?
Kak Opie - Di Villa.
Aku terperanjat membaca mesejnya itu. Mata coklatku membulat terus.
Alif Irsyad - Baiklah jadi sekarang ini sememangnya kita sudah tahu akan destinasi perjalanan kita semua tetapi bagaimana dengan jumlah yang ingin mengikuti? Sudah semestinya kita semua mahu ikut kan..? Jadi, apa kata jikalau kita menyenaraikan semua nama yang ingin ikut kerana jikalau perjalanan ini tidak dirancang pun susah juga. Berkata atas angin tanpa apa-apa perjalanan. Kan?
Mesejku itu telah mengalihkan mata mereka semua ke skrin. Begitu panjangnya pertanyaan dan cadanganku itu.
Senarai mula dibuat. Semua terus menyalin senarai dan meletakkan namanya satu-persatu. Senarai hanya akan dikira sehinggalah esok hari sahaja.
Malam ini, bulan mengambang penuh dan sedikit awan juga kabus menyusuri tidak seperti malam-malam yang selalu. Kelopak mataku memang berasa berat untuk ditutup kerana selalu terfikir akan bayangan hitam yang melintas laju dihadapanku itu petang tadi.
Sekarang ini, kornea mataku pula memandang tajam pada hujung bucu dinding bilik yang terdapatnya sebuah papan hitam kecil bersandar di situ. Perkara itu terus bermain-main di dalam fikiranku. Kelopak mataku terus terbuka sehinggalah merahnya warna di bahagian Sklera mataku itu.
Jarum pendek sudah melepasi angka 12 dan hatiku masih berat untuk melepaskan diriku dari tidur nyenyak malam ini. Tiba-tiba, aku tersedar yang aku masih belum mengisi nama ku didalam senarai perjalanan. Aku terus bergegas membuka iPad untuk mengisi nama ku ke dalam senarai perjalanan di SWA FAMILY. Akhirnya, aku pun habis mengisi nama ku di situ, aku menghela nafas perlahan.
1157 Pagi, Khamis, 30 September
[In reply to syed]
List nama SWA trip :
1 Kak Bedah
2 Kak Alifah
3 Cipah
4 Akak Tehlife ror
5 piqah
6 najinjahhh~~~
7 ttqq
8 Syafiqah
9 Kak Ikan
10 Isyah
11 Kak Nat
12 Kak Emelly
13 Shaf
14 Admin Anis
15 Admin Marsya
16 Amna
17 Syed
18. ina
19 Danial
20 Kak Wawa
21 Didi
22 Mami
23 Shuhada
YOU ARE READING
PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)
Mystery / ThrillerBERMULALAH sebuah kisah apabila sekumpulan kawan talian akhirnya diajak untuk berjumpa dan membuat sebuah perjalanan. ❝Apa kata kita buat trip!❞ Aku menaip dengan sekuat hati untuk mengalihkan pandangan mereka ke skrin gajet. Satu demi satu mesej d...