BAB 2 : NUR AISYAH QAISARA

119 12 4
                                    

Aku melangkah mengikutinya sahaja. Tiba sahaja di bilik, terus dia memaparkan skrin laptopnya itu kearah mataku. Aku mesepetkan mata oleh kerana cahayanya itu yang sangat cerah. Apabila aku tenung, aku mula sedar yang dia ingin menceritakan tentang permainan Roblox iaitu permainan yang dia sudah main sejak tahun lalu. Aku hanya mampu mengangguk perlahan sahaja. Dia pernah bertanya kepada aku tentang ketidakfahaman arahan yang diberikan dalam permainan tersebut. Aku terdiam kerana tidak tahu ingin menjawab bagaimana.

Setelah beberapa minit, aku kembali semula ke dalam bilik lalu membuka iPad dan terus memasang bacaan riwayat Al-Quran juzuk satu kerana aku memang lemah dalam mengingat juzuk satu dalam Al-Quran ini. Kadangkala, aku juga merasa kesal kerana aku seperti mengambil mudah saja tentang bab ini. Aku mendengar lantunan ayat Al-Quran yang sungguh merdu itu sambil mengikutinya membaca. Aku membaca dan menutup Al-Quran untuk memastikan yang aku dapat menghafal juzuk ini. Satu saat, aku seperti terganggu seketika dengan bunyi kontraktor di luar juga bunyi di dapur kerana emak ketika itu sedang memasak. Untuk mencegah daripada mendengar kesemua gangguan itu, aku memutuskan untuk menutup pintu juga tingkap.

Setelah beberapa lamanya, akhirnya aku menumpukan juga pada subjek Hifz ini kerana pada awalnya aku asyik terganggu saja. Tiba-tiba, aku mendengar seperti suara azan berkumandang menandakan masuknya waktu Asar. Aku pun segera mengambil wuduk lalu solat Asar di dalam bilik. Setelah aku selesai solat Asar, aku terus mencapai iPad ku yang berada di atas meja itu untuk sambung mengulangkaji.

"Cuba kalau kita tengok SWA FAMILY, ada notifikasi terbaru atau tidak?" Aku bertanya kepada diri sendiri. Cap jariku diletakkan di belakang telefon untuk diidentifikasi lalu dibuka. Jari-jemariku terus tertumpu pada aplikasi Telegram untuk mencari notifikasi dari SWA FAMILY.

"Allahuakbar, 700 mesej. Sudah berapa lama kita tak buka telegram ni?!" Fikirku sejenak. Aku pun tanpa ragu-ragu membaca mesej secara satu-satu untuk tidak ketinggalan sesuatu kejadian.

Aku ini memang jenis orangnya tidak suka akan ketinggalan sesuatu tapi perkara ini pun terjadi atas faktor sikap aku juga kan. Aku pun tidak boleh salahkan sesiapa. Setelah 40 minit aku menghadap skrin telefon juga iPad, aku bercadang untuk berehat menenangkan mata buat seketika.

Kemudian, satu bunyi notifikasi terdengar dari telefon juga iPad ku. Aku pun bergegas naik tangga untuk ke bilik semula. Terpapar sebuah mesej dari Naisyah yang mengatakan bahawa dia sudah bosan duduk di rumah saja.

Nur Aisyah Qaisara, pada awal dia memasuki group SWA FAMILY ini, kami pernah memanggilnya Naisyah ataupun Aisyah Qai yang merujuk kepada Aisyah Qaisara. Nama gelarannya yang terkini ialah Najinjahhh ataupun secara penuhnya Najinjahhh Ottoke Ottoke. Gelaran itu mula diperkenalkan oleh aku sewaktu aku sudah bosan memanggilnya dengan nama Naisyah. Nama Najinjahhh terus terlintas difikiranku lalu ku taipnya di dalam group. Mungkin atas faktor aku yang terpengaruh dengan drama Korea Selatan, perkataan itu sudah ku bayang dan berlegar-legar di fikiranku. Popularnya nama Najinjahhh itu sampaikan satu kali, dia pernah meletakkan usernamenya itu menjadi najinjahhhottokeottoke ataupun sekarang yang telah diubah menjadi ottokeottoke. Perangainya itu suka membuatkan kami semua gelak ketawa. Dengan gurauannya, telatahnya dan cara mesejnya itupun sudah boleh mengukuhkan lagi perangai kelawakannya itu. Dalam hati aku rasakan yang sifat kelawakan ini sudah sebati dengan diri Naisyah.

Apa yang aku belajar dari cara si Naisyah itu bermesej ialah kalau dia bergurau, sememangnya dia akan bergurau tetapi jikalau dalam keadaan serius, sememangnya dia akan serius. Dalam mesej juga, aku nampak seperti Naisyah ini suka akan mencuba perkara baharu. Kalau perkara itu boleh dibuat, memang dari dulu lagilah si Naisyah itu akan buat. Menghantar mesej yang banyak dalam satu-satu masa? Naisyah lah ketuanya ataupun dulu juga kami pernah gelarkan dia sebagai Ratu Spam. Aku sendiri pun tercengang mengapakah mereka ingin memberikan Naisyah gelaran seperti itu tapi tidak apa-apa kerana aku pun setuju juga akan mereka. Ada juga segelintir ahli yang ingin keluar dari group tersebut, lantas Naisyah bertindak untuk menghalanginya dari keluar.

PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)Where stories live. Discover now