Malam semakin sunyi di Bandar Hilir. Telah tiba masanya untuk kami semua pulang ke villa semula.
"Semua dah ada kan?" Toleh Kak Humairah seraya menyoal sejurus sahaja tiba di pintu van.
"Dah," balas semua serentak.
"Baiklah, masuk," ujarnya pada semua ahli van ketiga.
"Pastikan tiada apa-apa barang yang tertinggal ya!" Beritahunya buat kali terakhir sebelum menutup pintu van.
"Sebelum itu mari kita baca doa," sengaja Kak Humairah mengingatkan mereka semua.
"بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ."
"Aamiin," ucap semua serentak.
Di dalam van pertama...
"Weh sedap betullah makanan tadi tu, aku rasa macam nak makan lagi!" Zul merindukan rasa makanan yang dimakannya di restoran tadi.
"Bukan kau seorang sahaja," tingkah Danial akan kata-kata Zul itu.
"HAHAHAH, Alhamdulillah syukur dapat makan makanan sebegitu, bukannya selalu kan," balas Zul kembali.
Arissa melihat jam tangannya.
"Aku rasakan, balik ni aku tidak mahu tidur awal. Aku ingin menikmati malam di villa buat seketika waktu," keluh resah si Arissa dari tempat duduknya di belakang.
"Ikut kaulah Ari, kita orang boleh saja," selamba aku membalas dengan nada yang agak malas disambung dengan bunyi menguap.
Terdengar suara dering telefon dari telefon milik Arissa. Dia pelik lalu mencapai telefon tersebut. Panggilan diangkat.
"Hello, Assalamualaikum?" Sapa si Arissa.
"Waalaikumussalam, hai cantik!" Balas si pemanggil.
Arissa mengerutkan dahi apabila mendengar kata-katanya.
"Huh," ucap benaknya.
Pemanggil tersebut rupa-rupanya ialah crush kepada Zulaika. Matanya membulat besar setelah mengingat semula perkara tersebut.
"Weh Zulaika," bisik Arissa.
Dia membalikkan skrin telefonnya rapat kepada diri Zulaika tidak ingin yang lain tahu akan hal itu.
"Eh," cepat-cepat dia mencantas telefon tersebut dari genggaman Arissa.
"Iya kenapa?" Suaranya tiba-tiba menjadi lemah-gemalai.
"Ih menyampah," kerut kening Arissa dengan mimik muka seperti ingin memuntahkan sesuatu.
Zulaika yang sedang berada di dalam panggilan bersama dengan kesayangannya itu hanya menjeling Arissa menyampah.
"Kau tunggu sampai villa nanti aku hempuk kepala kau dengan kuali," nada marahnya membuak-buak di hati. Hanya sekadar mengucap di hati, dia tidak ingin pihak lain mendengarnya bersumpah.
"Okay lah, selamat tinggal ki-"
Terus dia memutuskan panggilan tersebut. Dia sudah puas mendengarnya mehamun seperti tanda cinta.
Arissa masih memandangnya pelik. "Kenapa crush kau menelefon aku?"
iPhone milik Arissa itu pun dihulur semula. "Kau ingat tak yang aku pernah bagi kau nombor telefon crush aku dekat engkau?"
YOU ARE READING
PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)
Mystery / ThrillerBERMULALAH sebuah kisah apabila sekumpulan kawan talian akhirnya diajak untuk berjumpa dan membuat sebuah perjalanan. ❝Apa kata kita buat trip!❞ Aku menaip dengan sekuat hati untuk mengalihkan pandangan mereka ke skrin gajet. Satu demi satu mesej d...