Emelly secara tiba-tiba kehilangan tawa riang. Dia hanya membisu seperti memikirkan sesuatu.
"Apa yang perempuan itu maksudkan, dia ingin bunuh aku ke? Mungkin hari ini malam ini kita dapat bergelak tawa riang tapi bagaimana pula dengan yang akan datang..." Emelly memandang tumbuhan di sekitarnya seraya bermonolog panjang dengan seliratan tanda-tanya.
"Emelly?"
"Emelly?" Teguran Irdina tidak terbalas. Jiwanya dilanda resah.
"Astaghfirullahalazim," mengucap si Irdina melihat keadaan Emelly yang agak aneh ketika itu. Lain daripada yang lain.
***
Sabtu, 9 Oktober..
HUJAN lebat melanda seluruh kota Alor Gajah. Petir kuat berdentum, angin pula bertiup kencang. Segala aktiviti di luar villa tidak dapat kami jayakan.
"Hari ini hujan agak lebat juga ya?" Soal Taqwa pada Cipah, Isyah, Emelly, Irdina, Arissa, Zulaika, Zuhayra dan Aisyah yang duduk bersama membentuk sebuah bulatan.
"Itulah, aku rasa sudah beberapa hari kita asyik dilanda hujan sahaja. Minta-minta hujan yang akan datang tiadalah seteruk seperti hari ini lagi. Aamiin," pinta Arissa pada yang Maha Esa.
Mereka semua berkumpul di bilik Taqwa iaitu bilik keempat untuk bersembang dan sedikit bercerita.
Bilik keempat bergelap, tiada lampu yang dinyalakan. Hanya sekadar membuka pendingin hawa sudah cukup memberikan ketenangan buat mereka. Satu-persatu cerita dibuka oleh bibir setiap seorang dari mereka semua akan pengalaman-pengalaman aneh yang pernah dialami.
Mata Cipah memandang tajam pada sebuah potret seorang wanita di dinding berdekatan dengan katilnya. Dia tersenyum sinis lalu menundukkan kepalanya.
"Aku ada satu cerita untuk dikongsi," tiba-tiba Cipah bersuara tanpa mengangkat kepalanya. Semua yang berada di dalam bilik tersebut terus memandangnya.
"Cerita apa yang ingin kau kongsikan?" Soal si Taqwa kepadanya.
Lengannya terus terangkat dengan sendiri seraya mengarahkan jari telunjuknya ke potret tersebut. Yang lain hanya mengikuti gerak-geri jari-jemari Cipah.
"Kenapa dengan potret tersebut?" Giliran Emelly punya menyoal.
"Dia yang merasuk aku, dialah pengantin tersebut," suara Cipah lirih.
"Pengantin, a-a-apa maksud kau. Pengantin rasuk kau?" Emelly dilanda kekeliruan.
Mata Emelly beralih semula ke potret tersebut. Kelihatan darah manusia yang segar menujah keluar dari mata, hidung, telinga juga perut wanita di potret tersebut. Pendarahan di tubuhnya membuatkan wanita tersebut seperti terseksa dalam masa yang sama juga dia tersenyum. Suara lirih seperti perempuan meminta akan pertolongan kuat terdengar di gegendang telinganya. Tidak sehingga wanita tersebut, Sara muncul di hadapannya dengan keadaan bajunya yang sudah lusuh dengan darah segar keluar menumpah ke lantai kerna tikamannya di perut.
Emelly bangkit dari tidurnya seraya menghela nafas berat. Titisan air mata tidak berhenti berjurai keluar dari birai kolam matanya. Irdina yang berada di sebelah terus memeluknya rapat. Irdina sering mengusap belakang badan Emelly untuk menenangkannya.
Di ruang tamu, kelihatan alat kawalan televisyen dicapai oleh Akak Zaidatul Husna dari atas meja. Saluran sentiasa ditukar olehnya sehinggalah suatu saluran yang memaparkan akan berita semasa menangkap perhatiannya.
YOU ARE READING
PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)
Mystery / ThrillerBERMULALAH sebuah kisah apabila sekumpulan kawan talian akhirnya diajak untuk berjumpa dan membuat sebuah perjalanan. ❝Apa kata kita buat trip!❞ Aku menaip dengan sekuat hati untuk mengalihkan pandangan mereka ke skrin gajet. Satu demi satu mesej d...