LALUAN rahsia yang asalnya dikhabarkan oleh James itu mula dijadikan buah mulut semua insan yang menetap di villa itu.
"Jadi---adakah itu jalan yang pernah digunakan oleh orang-orang yang terselamat dari dibunuh oleh Laurens?" Aku bermonolog sendirian di kala jarum jam sudah melintasi pukul dua. Insomnia berat melanda aku kerna asyik terfikir akan perkara tersebut.
Tepat sahaja selepas kelopak mataku terpejam, Syed terus perlahan bangun dari katilnya dan bergerak menuruni tangga menuju ke dapur untuk mendapatkan secawan air.
Setelah beberapa tegukan, tampak sebuah sosok wanita berpakaian serba putih sedang berlari di kaki lima. Syed terus mengikuti sosok tersebut sehinggalah ke dalam stor. Matanya meliar mencari-cari sosok wanita tersebut sehinggalah dia terlihat sebuah tangga di hujung sudut stor yang menghubungkan dia dan sebuah ruangan bawah tanah.
Obor di setiap penjuru dinding menerangi ruangan tersebut. Potret beberapa orang wanita juga kelihatan digantung bersebelahan setiap obor yang ada.
Fikirannya penuh dengan seliratan tanda tanya memikirkan soal ruangan ini. Tidak sehingga lamunannya dipecahkan oleh bunyi kotak barangan yang jatuh dari tempat letaknya. Syed bergegas menuju ke arah punca bunyi tersebut. Tiada apa yang aneh, hanya sekadar kotak barangan yang jatuh sahaja.
Pantas dia bangun lalu meninggalkan ruangan tersebut. Terdapat suatu perasaan aneh yang menusuk jantungnya, Syed cuba untuk menentang tetapi perasan tersebut masih belum meninggalkan dirinya. Tanpa berfikir buat kali kedua, dia berjalan menaiki tangga untuk sampai ke stor. Sosok seorang wanita bertopeng putih datang membuntuti tanpa dia sedari.
Matanya fokus akan pandangan hadapan sehingga tidak menoleh walau sekalipun. Peluang diraih, wanita tersebut menikam Syed di perut. Berjurai darah mengalir keluar dari perutnya. Bingkas dia menoleh dan melihat sosok tersebut berada tepat di belakangnya. Syed tidak mampu berbuat apa-apa kerna tikaman tersebut semakin lama menyakitkan dirinya.
Syed mengerang kesakitan kerna tikaman tersebut yang semakin menembusi lapisan kulit hadapan perutnya.
"Jangan kau pernah jejakkan kaki di sini lagi."
Syed terjaga dari mimpi ngerinya. Keluh nafasnya berat seraya membasahkan bibir dengan mengucapkan kalimahNya. Dia meraba perutnya untuk melihat jikalau tikaman tersebut benar terjadi ataupun tidak. Hanya dia seorang sahaja yang terjaga di dalam bilik tersebut, sepi menyelubungi persekitarannya.
***
Mataku terus terkebil setelah melihat tamparan sinar mentari ke wajahku dari tingkap yang telah dibuka oleh Danial pagi tadi. Syukurlah aku tidak terlalu berasa mengantuk walaupun baru sahaja tidur pukul dua tadi.
Seawal tujuh pagi sejurus sahaja selepas Subuh, James, Emelly juga Wawa telah bergerak menaiki van ke kota untuk mencari sedikit santapan untuk dijadikan sarapan.
Mereka tiba di warung Uncle Kabir, tempat persinggahan yang pasti mereka tidak pernah lepas dari mengunjungi. Tanpa sebarang gangguan, Kabir terus datang menyapa mereka berdua. Si Wawa tersentak seketika.
"Mahu makan? Roti kosong ada roti tampal ada roti planta ada roti telur ada roti bawang ada roti kahwin ada roti pisang ada roti bom ada roti sardin ada roti ketayap ada roti tisu ada. Itu semua yang selalu dibuat sarapan lah, itu kalau kamu mahu goreng-goreng juga ada," petah Kabir mengucapkan semua kata tersebut.
Emelly menjatuhkan dagunya.
"Mi goreng 20 bungkus ya, kami bertiga akan makan disini sahaja," kata James. Kabir mengangguk patuh.
Sekian lama menunggu, hidangan juga minuman yang dipesan mereka bertiga telah sampai di atas meja.
"Emelly, sebelah kamu itu siapa kerna uncle selalu lihat kamu, James juga si Husna sahaja yang selalu datang sini membeli sarapan," tegur Kabir setelah melihat gadis bertudung hitam berpakaian putih duduk di sebelah Emelly.
YOU ARE READING
PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)
Mystery / ThrillerBERMULALAH sebuah kisah apabila sekumpulan kawan talian akhirnya diajak untuk berjumpa dan membuat sebuah perjalanan. ❝Apa kata kita buat trip!❞ Aku menaip dengan sekuat hati untuk mengalihkan pandangan mereka ke skrin gajet. Satu demi satu mesej d...