BAB 12 : KELAM MALAM

46 4 13
                                    

Mataku memberikan pandangan tajam terhadap James sambil memaparkan segaris senyuman sinis.

Gelas air anggurnya jatuh pecah menjejak ke tanah. Hanya satu perkataan yang dia mampu ucapkan sebelum air matanya jatuh berlinangan dan lidahnya pantas menjadi kelu.

"DIA?"

James melutut lalu jatuh rebah ke tanah. Terus Zul mendukungnya masuk ke dalam bilik sementara aku masih berada di sisi potret yang masih belum diketahui asal-usulnya.

"Allahuakbar," tutur dia di dalam benak sambil dia membaringkan Abang James di atas katil yang empuk itu.

Di bilik kedua...

Arissa melunjurkan luas kakinya di atas katil tidak memberikan ruang kepada sesiapapun yang ingin berbaring mahupun duduk di atas katil. Jam terus berdetik, dua pagi sudah lama pun berlalu sementara mereka masih berjaga sambil kesibukan membuat aktiviti masing-masing.

Emelly dan Irdina pula sedang menyuapkan coklat sambil memandang jendela bilik yang memaparkan pemandangan rumput hijau di kebun belakang yang tampak gelap di kala tengah malam ini. Tidak lekang di bibir mereka berdua jikalau tidak ada sebuah perbualan. Sehingga basah bibir mereka kerana petah berbual-kata.

The "Z" , Zulaika dan Zuhayra masih merenung nasib memikirkan apa yang ingin dibuat, tidak berhenti mereka mendongak memandang siling yang penuh dengan berbagai corak flora menghiasinya. Keluh mereka panjang.

Suara seperti kaca yang pecah menghentam lantai didengari hingga ke bahagian bilik perempuan di tingkat ketiga.

Radio lama yang dipasang di sebelah Arissa itu tadi ditutup olehnya seperti ingin mendengarkan bunyi kaca tersebut dengan lebih jelas. Dahinya mengerut.

"Kau ada dengar bunyi tadi, bunyi apa itu. Aku dengar kuat sekali," pertanyaan Arissa terus memecahkan lamunan mereka semua termasuklah si Zuhayra dan Zulaika yang masih belum berhenti merenung siling, kepala ditoleh mereka berdua.

"Bunyi?" Zulaika tidak sedar akan sebarang bunyi yang terlintas baru sahaja sebentar tadi, sibuk merenung nasib agaknya.

"Bunyi buah nangka jatuh agaknya," teka si Emelly menjawab persoalan yang sedang berlegar di fikiran Zulaika.

"Buah nangka, kuatnya?" Zulaika mula keliru.

"Mereka ada tanam buah nangka kah, tak pernah pula aku melihatnya," satu lagi pertanyaan terucap di bibir basah Zulaika.

"Aku pun tidak tahu, setiap ruangan kan lain-lain," kian masa berlalu, kian pula Emelly keliru.

"Cuba kita keluar," ujar Arissa ingin menyiasat punca bunyi tersebut. Hampir selangkah sahaja sebelum dia keluar dari ruangan bilik.

"Ish kau ni tak menyabar, biar aku ambil selendang aku sekejap," keluh Aisyah tidak ingin Arissa dan yang lain meninggalkannya sementara dia masih terkial-kial mencari kain untuk menutup rambutnya.

Anak tudung putihnya yang berada di atas meja solek lantas dicapai dia dan terus menyarungkannya di atas kepala. Selendang pula dia hanya sempat membuat gaya yang ringkas sahaja dan terus bergerak keluar.

Laluan ataupun dipanggil hallway di tingkat bilik mereka, tingkat ketiga terasa sunyi tanpa sebarang gangguan. Perempuan yang lain masih berada di dalam bilik masing-masing hanya menghiraukan bunyi tersebut.

Suara deritan pintu terdengar kuat dari tingkat bawah seperti engsel nya sudah lama tidak disapu minyak pelumas. "POM!" Seperti ada sesuatu yang terjatuh lalu terhempas ke bumi.

"Bunyi apa pula lagi ini, kita turun bawah sajalah," ujar Arissa tidak ingin mereka semua melengahkan masa.

"Aih, setahu aku buah nangka baru sahaja jatuh sebentar tadi, kenapa ia turun lagi..?" Emelly membisik soalan pada dirinya perlahan.

PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)Where stories live. Discover now