BAB 18 : BUKIT

26 3 43
                                    

KEDATANGAN Laurens bagi Zubaidah sudah semakin dekat. Satu-persatu penduduk Kampung Tanjung Singa dibunuh iaitu kampung yang berdekatan dengan rumah agamnya juga Villa d'Opie. Selang beberapa hari, mukim seterusnya akan dijadikan sasaran supaya tiada seorang pun lagi yang akan hidup di tanah Alor Gajah ini.

16 Oktober...

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya telah berkunjung tiba. Kak Humairah bercadang untuk membawa mereka semua mendaki sebuah bukit yang tidak jauh dari villa yang mereka diami.

Bilik kedua masih tidak lekang dengan keriuhannya setiap kali mereka ingin ke mana-mana.

"Kau dah tahu nak bawa apa?" Irdina menyoal Emelly yang ketika itu sedang membelek-belek beg tangan miliknya.

"Mestilah aku tahu. Kau tidak tengok ke akan senarai yang telah diberi itu?" Emelly dengan selambanya membalas.

Irdina keliru lantas mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar. Dia membuka sebuah notifikasi yang bertuliskan senarai barang yang perlu dibawa. Irdina hanya mengangguk perlahan.

"Weh, ada sesiapa nampak aku punya tudung dak? Warna biru, baru sahaja tadi aku letakkan ia disini," celah Zulaika secara tiba-tiba yang membuatkan Irdina dan Emelly terus menolehkan kepalanya.

"Tak nampak pula," Emelly membalas.

"Aduhai, waktu genting sebeginilah baru tudung aku ni hilang," Zulaika sambung merungut seorang diri. Dia memicit dahi memikirkan apa yang perlu dia lakukan.

"Zulaika," seseorang memanggil namanya. Dia menoleh.

"Ha bagaimana Arissa, kau dah jumpa?"

"Ada dekat bawah katil kau, mungkin ada yang tak sengaja jatuhkan," terang Arissa. Zulaika hanya memasang telinga.

Zuhayra masih belum berhenti mendengar lagu dengan earphone sementara yang lain sedang sibuk mencari dan memasukkan barang-barang ke dalam beg.

"Zuhayra, kau dah---habis letak semua barang ke. Makanan, minuman?" Arissa menyoal dengan nada separa kuat untuk menyedarkannya. Zuhayra yang agak tersentak dengan kekuatan suaranya terus menghentikan lagu dan membuka earphone tersebut.

"Aku kan dah kemaskan semua barang, dari semalam lagi aku dah buat," Zuhayra tersenyum sinis.

"Dah tu kalau kau dah siap kenapa kau duduk tercegat di sini lagi mengapa, pergilah turun bawah!" Sengaja Arissa menggertak. Pantas Zuhayra mengangkat begnya dan terus keluar. Yang lain hanya menggelengkan kepala.

"Apa pandang-pandang? Buatlah kerja kau," arahnya dengan nada separa kuat setelah melihat bahawa Emelly dan Irdina berhenti mengemas barangan mereka kerna memandang Arissa yang sedang terpaku disitu.

Terus mereka menundukkan kepala takut akan nada suara Arissa yang garang itu. Sedangkan berbisik dengan Emelly juga Irdina tidak berani untuk melakukannya. Irdina menelan air liurnya dalam.

Arissa sambung mengemas barangannya lalu memasukkan ia ke dalam beg.

"Macam sedikit sangat sahaja botol air mineral yang aku bawa ni," ucapnya di dalam benak. Dia mengorak langkah keluar dari dalam bilik tersebut menuju ke dapur.

Emelly dan Irdina menghembus nafas lega kerna akhirnya tidak lagi berdepan dengan singa tersebut.

Potret Cathelinen yang tergantung megah di tepi katil mereka dipandang tajam oleh Emelly. Tiada secalit senyuman pun dihadiahkan. Seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Perbualan Kak Humairah dan Didi tentang perjalanan mendaki bukit terhenti apabila Arissa datang menerjah mereka di hadapan.

"Didi, kau dah siap letak semua barang ke?" Arissa mulai menyoal. Didi mengangguk perlahan. Kak Humairah tersengih.

PERJALANAN KAMI SEMUA (HIATUS)Where stories live. Discover now