BAB 1

10.1K 371 9
                                    

"abang nak cakap sikit dengan adik ni. Abang harap adik tak marah lah eh"Tunku Adrian Ziyad memandang adiknya dengan pandangan berharap.

"Okeyh. Abang nak cakap apa?" Soal Al a.k.a Alyssa.

Adrian menarik nafasnya terlebih dahulu.

"Macam ni, abang sebenarnya perlu handle syarikat di London. Sebelum bonda dan ayahda meninggal diorang sempat serahkan surat dekat abang dan diorang nak adik jadi anak angkat kepada keluarga Dato Dahalan dan Datin Zunaidah"jelas Adrian tenang.

Al terdiam.

"Boleh kan adik? Lagipun dekat sini tak ada siapa boleh jaga adik. Kalau adik tinggal dengan diorang. Diorang boleh jaga adik hm?"diusap lembut pipi adiknya.

"Tak boleh ke adik ikut abang juga?"soal Al.

Alyssa hanya mempunyai seorang abang saja iaitu Adrian dan segala masalah yang dia hadapi Adrian lah menjadi tempat luahan nya.

"Tak boleh sayang, dekat sana abang busy tak sempat nak jaga adik lagipun ayahda ada wasiat kan adik untuk jaga AA MEGA HOLDING right?"lembut saja suara Adrian.

Al menganguk dan memeluk erat tubuh tegap abangnya.

"Nanti Al nak bergaduh dengan siapa"Adrian tergelak kecil diusap rambut panjang Al.

"Abang angkat adik kan ada, gaduh lah dengan dia"gurau Adrian.

"Eish taknak lah."disembam mukanya di dada Adrian.

"Adik dengar cakap abang ya, terima tentang ni abang nak adik hidup dengan kasih sayang dari ibu dan ayah"ditekup kedua pipi Al.

"Okeyh, tapi bila abang kena pergi london?"soal Al dengan mata merenung abangnya.

"Lusa"mencebik terus adiknya. Adrian tergelak kecil.

"Alolo jangan lah macam ni. Adik buat abang berat nak tinggalkan adik tau"dicubit cubit pipi adiknya.

"Erm"Adrian mencium kedua pipi gebu Al.

"Nanti dekat sana jangan buat hal tau. Sayang diorang macam adik sayang arwah bonda ayahda dan abang okeyh?"Al menganguk.
_______________________________________

"Bye abang jaga diri dekat sana tau jangan lupa kan adik. Ada masa call lah"Adrian mengusap rambut adiknya sebelum naik ke jet private keluarga nya.

"Yer adik nanti abang ada masa free abang call. Ingat tau jangan buat hal dekat rumah keluarga angkat Al nanti. Jaga diri baik baik abang sayang adik"dicium pipi Al lama.

"Abang pergi dulu bye assalamualaikum adikku sayang"dilambai tangan nya ke arah Al.

"Walaikumsalam bye"Al mengukir senyuman buat abangnya. Berat dia mahu berpisah dengan satu satunya abang yang dia ada.

Spek mata hitam dipakai dan wajahnya kembali dingin dan datar. Kaki diatur melangkah keluar dari airport untuk ke keretanya.

Kereta sport Lamborghini Aventador laju memecut di jalan raya.

"What serius lah kau perlu jadi anak angkat dekat keluarga Dato Dahalan?" Dhira menekup mulut seperti tidak percaya. Dhira atau nama panjangnya Tengku Nadhira Albrasya kawan baik Al.

Al menganguk malas.

"Kau nak kitorang cari tentang biodata keluarga diorang tak?" Tengku Aldina Fatini mengangkat keningnya berkali kali.

Al, Dhira dan Dina sahabat baik dari sekolah rendah dan sehingga lah harini mereka masih bersama. Bergaduh tu ada lah juga tapi tak boleh lama lama.

"Memang tu yang aku nak"tutur Al santai.

"Bila kau nak pergi rumah keluarga angkat kau?"soal Dina.

"Lepas korang dapat biodata keluarga dia aku akan pindah kesana"Dua gadis tu menganguk faham.

Dilihat jam sudah berginjak ke jam 5 petang. Masing masing bingkas bangun untuk pulang.

3. AZZAKY ALYSSA [C]Where stories live. Discover now