"sunyi nya rumah ni bila abang tak ada"badan direbahkan di sofa. Bosan dia bila abangnya tidak ada kalau tidak boleh juga bergaduh.
"Nak masuk office terasa malas"katanya bersendirian.
"Tapi bukan aku ada meeting ke?"membulat matanya dan terus bangun ke bilik untuk bersiap.
"Lewat boss harini"tegur PA nya iaitu Farzana.
"Malas sikit btw harini ada meeting kan? Jam berapa"soal Al.
"Jam 10 dengan syarikat Kim Holding dan Moon holding"Al menganguk faham dan dibuat isyarat pada Farzana untuk keluar.
Gadis tu menunduk hormat dan melangkah keluar dari bilik bossnya.
Jari runcing Al lincah menaip di papan kekunci.
"Apa mama cakap ni?"Dannish bangun dari duduknya. Dia akan ada jadi abang angkat? What the..
"Yer Dannish kamu akan jadi abang angkat kepada Alyssa. Mama tahu dia sudah tahu tentang ni." Dannish meraup wajahnya kasar.
"Mama tak boleh lah bagi dia senang senang masuk keluarga kita entah entah dia tu nak harta kita ja"kata Dannish tidak puas hati.
"Dannish jaga mulut kamu. Papa kenal dia macam mana dia tu anak kawan papa"tegur Dato Dahalan bila anaknya berkata sebergitu.
"Ikut suka mama papa lah Dannish takkan terima dia dalam keluarga ni"Dicapai kunci motornya dan melangkah keluar.
"Haish macam mana ni bang?"Datin Zunaidah memandang suaminya sayu.
"Tak apa Zu, lama lama nanti dia terima lah tu"Isterinya mengangguk saja dia pun berharap yang anak lelaki nya ni dapat menerima Alyssa.
"Woo serius lah keluarga kau nak ambil perempuan tu jadi anak angkat"kata Hairul kawan kepada Dannish.
Dannish meneguk air cooke sehingga habis.
Bunyi bingit di kelab tu dia hanya mengendahkan saja.
"Entah dekat mama papa aku tu tiba tiba nak ambil anak angkat sedangkan anak sendiri pun ada"kawan kawanya hanya tergelak saja.
"Eh bro mana tahu perempuan tu lawa ke boleh kau ambil dia jadi girlfriend kau"Dannish menjulingkan mata tanda menyampah dengan kata kata Ridhwan.
"Memang tak arh aku nak ambil dia jadi girlfriend aku entah entah nak bolot harta keluarga aku ja" Ridhwan mengangkat bahu.
"Atau kau seksa dia ke sehingga dia tak ada pilihan lain selain keluar dari rumah tu amacam?"cadang Hairul.
Bibir Dannish mengherot ke kiri. Seperti menarik cadangan Hairul.
"Ada guna juga otak kau ni. Nanti aku cuba" Hairul tersenyum bangga.
"Ini hairul lah"ditarik salah seorang perempuan sehingga jatuh ke ribanya.
Dannish hanya melihat saja kawannya tu mendapat seekor ikan. Banyak perempuan disitu mahu mendekati nya tapi ditolak.
Mata Al tajam membaca apa yang tertulis di kertas tersebut.
"So how? Aku tengok biodata keluarga diorang okeyh ja"tutur Dina. Sekarang hanya mereka berdua saja. Dhira?katanya perlu teman bondanya pergi beli barang.
"Muhammad Dannish Zakri, asal aku rasa ada something yang tak kena dengan dia?"mata brown Al merenung mata Grey kawannya.
"Maksud kau?"berlipat dahi Dina dengan pertanyaan sahabatnya.
"Aku rasa macam ada yang tak kena dengan dia tapi aku tak tahu apa by the way thank for this"Dina menganguk saja.
"Most welcome"balasnya dengan senyuman.
YOU ARE READING
3. AZZAKY ALYSSA [C]
ActionTUNKU AZZAKY ALYSSA EZHAR Alyssa seorang gadis yang berwajah dingin dan tenang. Tapi siapa sangka disebalik wajah yang sempurna dia mempunyai sisi gelap dimana semua orang akan tunduk ke arahnya. Kehilangan orang tersayang dan perlu menjadi anak ang...