Cepat saja masa berlalu dan sudah lima bulan Al tinggal bersama Dannish di rumah tersebut. Jejaka tu melayan nya dengan baik tidak seperti awal dia masuk ke rumah tu.
"Al, jom pergi ambil mama dengan papa dekat airport"ajak Dannish. Gadis tu menoleh dan mengangguk.
"Assalamualaikum mama. Rindunyaa"diepeluk mama nya erat.
"Mama pun rindukan Al, macam mana tinggal dengan Dannish dia ada buat apa apa tak dekat kamu?"soal aunty Zu.
"Abang Dannish layan Al okeyh je ma"Al tersenyum nipis.
"Baguslah kalau Dannish layan kamu baik baik kalau tak papa boleh kurung dia dalam bilik stor"gurau Uncle Dahalan.
"Papa, apa ni?"cemberut wajah Dannish.
"Dah dah jom mama papa kita balik dulu mesti mama papa penat kan"Al menolong aunty Zu membawa barang manakala Dannish menolong Uncle Dahalan.
Setibanya di rumah, Al duduk di sofa ruang tamu. Mama papa nya naik ke bilik untuk rehat terlebih dahulu.
Dannish melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Al.
"Alyssa abang nak tanya ni" Gadis tu menjongket keningnya.
"Abang nak tanya apa?"Dannish mengemam bibir nya.
"Alyssa masih stay sini lagi ke? Bukan abang nak halau Al cuma abang tanya ja"kata Dannish.
Al tersenyum nipis.
"Al tak pasti lagi"jawabnya. Lagipula Adrian bakal pulang ke Malaysia untuk membawa dia tinggal di london.
"Hm Al, abang nak jujur sesuatu"Tangan digenggam antara satu sama lain.
"Sebenarnya abang.." Al masih setia menunggu.
"Abang sebenarnya suka kan Al"jujur Dannish dengan satu nafas.
Al terdiam.
"Abang tahu Al terkejut dengan apa yang abang cakapkan tapi jujur abang suka kan dekat Al masa pertama kali Al masuk keluarga abang. Memang Abang rancang untuk buat Al keluar dari rumah ni tapi makin lama abang buat macam macam dekat Al. Hati abang jadi tertarik dengan Al."Dannish berhenti seketika sebelum menyambung.
"Jujur abang cakap Al lain dari yang lain even abang pukul Al tengking Al. Al tak pernah nak marah abang semula even Al mafia Al tak pernah nak balas balik apa abang buat dekat Al. You are very interesting"Dannish bangun dari duduknya dan melutut di depan Al.
"Please, buka hati Al untuk terima abang. Abang nekad lepas mama dan papa pulang ke Malaysia, abang nak halalkan Al. Abang serius nak jadikan Al isteri abang. Can you accept me?"matanya merenung dalam mata brown Al dengan pandangan berharap.
Senyuman manis terukir di bibir Al.
"Al terima abang apa ada nya"Dannish tersenyum lega apabila tidak direject kalau tak broken dia dalam bilik.
"Nampaknya tak lama lagi kita dapat menantu"terkejut Dannish dan Al serentak mereka menoleh ke arah mama papa yang sudah tersenyum.
"Mama papa dengar ke?"soal Dannish. Pasangan suami isteri tu menganguk.
"Selamat, tak payah Dannish jelaskan dah ehe"dia tersenyum ke arah Al.
"Al, Adrian bila balik? Senang lah kami nak bincang dengan dia" Pasangan suami isteri tu duduk di sofa berhadapan dengan Al dan dannish.
"Katanya besok dia balik" mereka mengangguk.
"Abang Sayang garang tak?"bisik Dannish.
"Esok tengok lah sendiri "balas Al dia pun tidak tahu abangnya macam mana.
________________________________________Matanya melilau mencari susuk tubuh seseorang.
"Abang!!"Al meluru ke arah jejaka tinggi lampai tu.
Senyuman di bibir Adrian terukir apabila dia menangkap satu susuk tubuh adiknya.
"Hey my lovely sister"dipeluk adiknya erat.
"Abang nampak makin hensem"puji Al sambil mendongak. Abang dia tinggi ok. 187 nyah tertelan tiang agaknya.
"Adik pun makin cantik. Ni datang dengan siapa?"Al menunjuk ke arah Dannish yang mendekati mereka.
"Dannish"
"Adrian"
Mereka berjabat tangan.
"Jom abang"ditarik tangan Adrian untuk pulang. Dannish mengeleng kepalanya haish kena tinggal.
"Assalamualaikum" salam diberi oleh Adrian sebaik melangkah masuk ke dalam rumah Dato Dahalan dan Datin Zunaidah.
"Walaikumsalam, Adrian kan? Besar panjang dah kamu"Uncle Dahalan memeluk Adrian dan menepuk belakang jejaka tu.
"Uncle sihat?"Uncle Dahalan mengangguk.
"Al, tunjukkan bilik Adrian, dia mesti penat. Kamu pergilah rehat dulu sekejap lagi turun makan" Adrian mengangguk.
"Ad minta diri dulu" dua adik beradik tu naik ke tingkat dua.
"Abang rehat lah dulu ya, adik nak pergi tolong mama masak" Adrian mengusap rambut adiknya dan dicium pipi gebu tu.
Al melangkah turun mendekati mamanya yang sedang memasak.
Semasa di meja makan banyak mereka berbual kan sekali sekala bertanya tentang syarikat Adrian.
Selesai saja makan mereka semua berkumpul di ruang tamu untuk berbincang dengan Adrian tentang pernikahan Al dengan Dannish.
"Ada apa ni kena kumpul?"soal Adrian.
"Sebenarnya macam ni Adrian, Si Dannish ni suka kan dekat adik kamu Si Al ni dan dia serius nak jadikan Alyssa sebagai isteri dia." Adrian menoleh ke arah adiknya yang sedang menunduk. Takut barangkali kerna abangnya ni agak tegas.
Mata Adrian merenung tajam ke arah Dannish yang kelihatan gugup.
"Kalau Dannish mampu jaga Alyssa dengan baik saya izinkan tapi kalau Dannish naik tangan atau cederakan Alyssa saya tak teragak agak untuk minta Dannish ceraikan Alyssa"datar suara Adrian
Mereka semua menganguk.
"Jadi kamu setuju lah ye?"Adrian mengangguk dan tangannya naik mengusap rambut adiknya.
"Abang harap Dannish dapat jaga adik macam mana abang dan arwah ayahda jaga adik"Adrian tersenyum manis ke arah adiknya.
"Terima kasih"Al memeluk abangnya erat.
Dannish yang melihat tu mengemam bibir. Jangan cemburu Dannish tu abang dia.
YOU ARE READING
3. AZZAKY ALYSSA [C]
ActionTUNKU AZZAKY ALYSSA EZHAR Alyssa seorang gadis yang berwajah dingin dan tenang. Tapi siapa sangka disebalik wajah yang sempurna dia mempunyai sisi gelap dimana semua orang akan tunduk ke arahnya. Kehilangan orang tersayang dan perlu menjadi anak ang...