Al melangkah mendekati keretanya di kawasan parking tu agak sepi kerana sudah senja. Disebabkan cuti kerja nya bertimbun.
Nasiblah dia sudah memberitahu Dannish kalau tak mesti jejaka tu menangis lagi.
Baru saja Al mahu membuka pintu seseorang menyentuh bahunya. Kepala ditundukkan bila jejaka tu mahu memukul nya dengan kayu besbol.
Al bergelut dengan lelaki tu sehingga lah dia tersilap langkah pisau yang berada di tangan lelaki tu menusuk ke dalam perutnya.
"Argh"dipegang perutnya yang mengalir darah. Lelaki tu bergegas melarikan diri namun semasa berlawan tadi Al sempat meletakkan satu alat penjejak di baju jejaka tu.
"Erh"nafas Al menjadi temengah mengah dengan tenaga yang masih ada dia memecut laju pulang ke rumah.
Dannish yang berada di ruang tamu tidak senang duduk apabila Alyssa tiada depannya.
Dilihat pintu dibuka. Dia bingkas bangun.
"Sayang pergi ma..."terhenti percakapan dia apabila Al jatuh terduduk di lantai.
"Na."sambungnya.
"Sayang kenapa ni??"Dannish meluru ke arah Al yang memegang perutnya.
"Jangan tutup mata sayang."didukung Al secara bridal style ke keretanya.
"Ya Allah apa jadi ni sayang jangan tutup mata tau"digengam tangan kanan Al erat. Dipintas saja kereta yang menghalang jalannya.
Dannish mendukung Al masuk ke dalam hospital.
"SEBELUM AKU BUNUH SORANG SORANG LEBIH BAIK SELAMATKAN ISTERI AKU!"lantang suara Dannish.
Lantak lah isteri ke apa yang penting nyawa Alyssa.
Al ditempatkan di bilik kecemasan. Dannish yang diluar tidak senang duduk.
Dipandang telefonnya nak call mama papa ke tak? Nanti kena marah pula. Aduhh.
Namun didail nombor hairul.
"Kau datang Hospital **** sekarang sebelum aku bunuh kau"terjah Dannish tanpa memberi salam dan ditamatkan panggilan bergitu saja.
Terkebil kebil mata Hairul melihat skrin telefonnya yang gelap. Dengan cepat dia berlari ambil kunci kereta. Dia tknk mati lagiiii.
"Bro, siapa yang masuk hospital ni?"Hairul dan Ridhwan mendekati Dannish.
"Alyssa" Hairul dan Ridhwan duduk sebelah Dannish.
"Cuba kau cerita apa yang jadi sebenarnya?"soal Wan.
"Petang tadi dia bagitahu aku yang dia balik lewat sikit aku pun okeyh jelah lepastu bila dia balik ja dia terduduk depan pintu dengan perut berdarah"tutur Dannish diraup mukanya.
Pintu hospital diterjah oleh Dhira dan Dina mereka meluru ke arah Dannish.
"Kau dannish kan? Aku dina dan ni Dhira sahabat Alyssa. aku nak tanya macam mana Al boleh kena tikam?"soal Dina.
Mereka berdua dapat tahu Al masuk hospital kerna anak buah yang ditugaskan untuk awasi di kawasan rumah keluarga Al ternampak Boss mereka memegang perut sambil keluar dari kereta.
"Ak..aku tak tahu ta.. tapi macam mana korang tahu Alyssa masuk hospital dan kena tikam?"soal Dannish.
Dhira dan Dina berpandangan.
"Kau belum kenal siapa Al sebenarnya"kata dua gadis tu Serentak.
"Then bagitahu aku siapa Alyssa sebenarnya"Dannish mahu tahu siapa Alyssa sebenarnya hanya itu saja. Gadis tu seolah menyimpan sesuatu yang tak dapat diteka.
"Kitorang tak boleh bagitahu, kau perlu tanya Al sendiri"tutur Dhira.
Ridhwan yang melihat Dhira tu tidak berkelip mata nya. Cantik sungguh.
Dannish menekup muka nya.
Hairul yang sedari tadi merenung Dina tidak berkelip mata nya.
"Memang suka tenung anak dara orang eh?"bukan Dina tidak perasan yang jejaka ni sedang merenungnya.
"Eh ehem btw aku Hairul"Dina mengangguk saja.
"Aku Ridhwan"Dhira mengangguk.
Sejam mereka menunggu akhirnya pintu yang ditempat oleh Al dibuka.
"Ahli keluarga Alyssa?"Dannish bangun dari duduknya.
"Saya suami dia"balasnya datar. Yang lain mengemam bibir. Sejak bila Alyssa tukar status ni.
"Tikaman yang berada di perut Alyssa tidak terlalu dalam dan sudah selesai dijahit. Alyssa juga kehilangan banyak darah tapi nasib baik hospital kami menyediakan pack darah. Saya sarankan pada kamu supaya jangan bagi dia lakukan benda yang membuatkan jahitan di perutnya terbuka." Jelas doktor tersebut.
"Baiklah, terima kasih"Doktor tu menganguk dan melangkah pergi.
"Sejak bila kau jadi suami Alyssa ni?"Dannish menjeling Hairul dan diatur langkah masuk ke dalam wad Alyssa.
Tenang saja wajah gadis tu sedang tidur.
"Kau jaga lah Alyssa ya, kitorang perlu balik in Shaa Allah besok kami datang"kata Dhira sopan.
'alahai sopan santun nyee'getus hati Ridhwan.
"Kitorang pun kena balik nanti mama aku bebel pula btw jaga Alyssa baik baik"Hairul menepuk bahu Dannish.
Setelah 4 manusia tu keluar dari wad tersebut. Dannish menoleh ke arah Alyssa.
"Apa yang sayang sembunyikan dari abang?"digengam erat tangan Al.
YOU ARE READING
3. AZZAKY ALYSSA [C]
ActionTUNKU AZZAKY ALYSSA EZHAR Alyssa seorang gadis yang berwajah dingin dan tenang. Tapi siapa sangka disebalik wajah yang sempurna dia mempunyai sisi gelap dimana semua orang akan tunduk ke arahnya. Kehilangan orang tersayang dan perlu menjadi anak ang...