Perlahan lahan mata dicelikkan dipandang siling putih tersebut. Al bangun dari baringannya.
Pintu dibuka oleh seseorang. Al menoleh melihat Dannish yang melangkah masuk dengan membawa dulang yang terdapat bubur,air suam dan ubat.
"Al, makan dulu eh lepastu makan ubat then mandi"Al hanya diam merenung bubur tersebut.
"Tak lapar"balas Al kerna dalam fikiran nya kuat mengatakan dalam bubur tu pasti Dannish meletakkan sesuatu.
Dannish mahu mengusap rambut Al tapi dihalang oleh gadis tersebut.
"Jangan sentuh aku"datar suara Al.
"Makan eh? Biar abang suap. Al demam ni"namun gadis tu tersenyum sinis.
"Tak payah nak acah caring sangat lah"balas Al kasar dan bangun ke bilik air. Lebih baik pergi kerja kesah apa dia sihat ke tak sihat.
Dannish meraup wajahnya kasar dilihat Al keluar dari bilik air dengan pakaian lengkap.
"Al nak pergi mana ni dengan demam"Al mengemaskan rambutnya.
"Kerja dari duduk dekat rumah ni bukan dapat apa pun dapat sakit ada la"bidas Al. Nak sangat dia jadi kurang ajar kan.
"Al, i am your brother so respect"Dannish sudah menggunakan kuasa abang nya itu yer anuck anuck.
"Ada nampak muka aku kesah ke? Tak ann dah tak payah banyak cakap"di ambil barangnya dan keluar.
"Adik, abang tak izinkan adik keluar!"Langkah Al terhenti.
"I dont care!"langkah disambung.
Dannish mengusutkan rambutnya.
"ARGHHH BODOH!!"nafasnya turun naik menahan amarah.
"Boss kenapa wajah boss pucat?"soal Farzana.
Al melihatnya datar.
"Tak ada apa"dilabuhkan punggung di kerusinya.
"Jadual"Farzana mengangguk dan membuka ipadnya.
"Erm jam 10 client dari Korea, jam 2 petang client dari Japan dan akhirnya jam 5 petang client dari Filipine" tutur Farzana.
Al mengeluh sebelum mengangguk nampaknya dia busy hari ini.
________________________________________"thank you for working with my company" Al meletakkan tangan di dada dan ditundukkan sedikit bergitu juga dengan client nya yang datang dari filipine.
"Most welcome miss Alyssa"katanya.
Al terfikir untuk berjalan jalan di mall terlebih dahulu.
Terjongket kening Al bila terpandang ke arah sepasang kekasih dan tak lain tak bukan ialah Dannish dan perempuan yang dia pernah tengok dekat kelab haritu.
Kaki diatur melangkah ke kedai tersebut kerna niatnya memang mahu ke kedai itu untuk membaiki jam nya. Services haa gitu. Ada ke orang services jam?😌 Lantak lah yer.
"You jam ni cantik tak?"soal Qalisha kepada kekasihnyaa.
"Yer yer cantik"balasnya malas. Cantik sangat sehingga duit dia lesap.
"Cantik macam i kan?"katanya gedik. Penjaga disitu menjulingkan mata tanda menyampah.
"Ya cik ada apa saya boleh bantu?" Al membuka jam nya dan diserahkan kepada pekerja tersebut.
"Tukar kaca dia ya"Lelaki tu menganguk dia membawa jam tu dengan berhati hati kerna jam itu sangatlah mahal dan import dari Filipine.
"Youu i nak jam macam perempuan tu juga"digoncang tangan Dannish.
"Apa you ni jam dekat sini pun ada kan"bengang dannish.
"Ala you i nak jam macam perempuan tu jugak atau you beli dari dia ke" banyak cekadak sungguh lah betina ni.
Dannish menoleh ke arah perempuan yang disebutkan oleh Qalisha tadi. Terkejut dia bila gadis tu ialah Al.
"Cik ni jam encik"Al mengambil dan dipakai jam tersebut
"Berapa harga jam ni eh?"soal Al dia menunjuk jam Rolex tersebut.
"60 ribu" Al menganguk.
"Ambil yang ini ya" ternganga Dannish bila Al mahu membeli jam tersebut.
"Sayang, i nak jam perempuan tu!"kata Qalisha matanya bersinar melihat jam ditangan gadis tersebut.
"Cik, boleh saya tanya jam dekat tangan cik ni berapa?"soal Dannish muka sehabis baik dikawal.
Al menoleh ke arah Dannish dan dilihat pula ke arah jam ditangannya.
"500 ribu" Terkejut Dannish dan Qalisha.
"You tipu kan? Takkan lah jam macam tu sampai 500 ribu"Al mengangkat bahu.
"Import from Filipine dan hanya orang tertentu saja yang dapat"senyuman sinis terukir di bibir nya.
"Kalau i beli jam you macam mana? I boleh bayar lebih dari harga asal dia" Dannish mengetap gigi perempuan ni memang nk kikis duitnya saja.
"Sorry miss jam ni tak jual"tenang Al berkata dan diserahkan kad bank nya pada pekerja tersebut.
Muka Qalisha cemberut dan Dannish pula melepaskan nafas lega.
"Thankyou, datang lagi" Al menganguk dan melangkah keluar dari kedai itu.
Jam itu dia beli khas untuk abangnya, Adrian.
YOU ARE READING
3. AZZAKY ALYSSA [C]
ActionTUNKU AZZAKY ALYSSA EZHAR Alyssa seorang gadis yang berwajah dingin dan tenang. Tapi siapa sangka disebalik wajah yang sempurna dia mempunyai sisi gelap dimana semua orang akan tunduk ke arahnya. Kehilangan orang tersayang dan perlu menjadi anak ang...