BAB 22

5.1K 301 2
                                    

Al mengintai dari pintu biliknya. Dipandang kiri kanan setelah memastikan Dannish tidak ada, kaki diatur melangkah keluar.

"Nah boss kunci" Al mengambil dua kunci kenderaan tersebut dari anak buahnya.

"Thanks"Setelah bayangan anak buahnya hilang. Badan dipusingkan ke belakang. Terkejut bukan main dia bila Dannish merenung nya tajam sambil bercekak pinggang.

"Erm eheh tepi sikit boleh?"Dannish berganjak ke tepi. Al berdesup berlari masuk ke dalam.

Nafas ditarik.

"TUNKU AZZAKY ALYSSA EZHAR!!! BERAPA BANYAK KALI ABANG NAK PESAN JANGAN BERLARI!!"meninggi suara Dannish akibat geram dengan perangai Alyssa.

Dannish mengejar Al yang sudah melarikan diri.

"Ampunn!!"mohon Al bila Dannish dapat menangkap nya.

"Tak ada ampun bagimu, kenapa keluar huh? Abang dah pesan kan jangan pergi mana mana nanti jahitan dekat perut terbuka. Memang degil kan"geram Dannish dibuatnya dicantum kedua tangan kecil Alyssa.

"Sorry. Ni haa ambil ni"bibir dimuncungkan ke arah tapak tangannya.

Dannish mengambil dua kunci tersebut.

"Kunci kereta dengan motor siapa ni?"soal Dannish.

"Takkan dah lupa. Abang sendiri yang nak kan"mata dijulingkan ke atas.

"Al, abang bergurau ja kenapa Al ambil serius?"nafas dihela perlahan.

"Alah ambil jelah bukan mahal pun"Al  terkekeh dan masuk ke dapur.

Dannish meraup wajahnya. Sabar jelah dengan budak ni.

"Abang tahulah duit Al tu berlimpah ruah tapi eish abang gurau je sayang"

"Sokeyh, ambil ja sebagai sedekah ehehe lagipun nanti Al tak tinggal sini dah"tutur Al sambil memasukkan keropok ke dalam mulutnya.

"Apa maksud Al? Tak tinggal sini?"Dannish melutut depan Al.

"Tak ada apa"Dannish menjongket keningnya. Gadis ini ada simpan sesuatu darinya.

"Al, boleh abang tanya? Tapi abang nak Al jawab jujur ya"gadis tu mengganguk.

"Siapa Al sebenarnya?"bibir bawah digigit perlahan.

"Please Al jawab soalan abang. Siapa Al sebenarnya sehingga kan perut Al kena tikam. Abang perlu tahu"jelas diwajah Dannish seolah berharap.

Al melepaskan nafas berat.

"Kalau Al bagitahu apa abang nak buat? Kalau Al bagitahu sekalipun kemungkinan abang akan benci Al dan halau Al keluar"Dannish mengeleng.

"Kan abang dah cakap abang akan terima Al walau macam mana sekalipun"digengam erat tangan kecil Al.

'just tell him honey'

Jelas suara Azz fikirannya.

"Al... Al sebenarnya ketua Demon Mafia"kepala ditundukkan apabila Dannish merenung nya bagai tidak percaya.

"Ha ha ha tak kelakar Alyssa benda ni tak kelakar"Dannish bangun sambil tergelak hambar.

Dilihat gadis tu mengeleng.

"Al tak tipu"Dannish tergamam.

"Tak, abang tak percaya yang Al adalah Azz leader Demon Mafia. Tolong cakap dekat abang yang Al bergurau" namun gadis tu mengeleng.

"Tak, Al tak bergurau. Al terjebak dalam dunia gelap ni masa umur Al 15 tahun selepas kematian bonda dan ayahda Al. Kemalangan bonda dan ayahda Al bukan kemalangan biasa tapi dirancang. Masa umur Al 17 tahun, Al dah jumpa siapa bunuh parent Al dan Al dah bunuh dia. Al ingat lepas Al dapat bunuh dia, Al boleh keluar dari dunia gelap tu tapi tak boleh. Musuh terlalu ramai. Ma..maafkan Al."air matanya mengalir ke pipi putihnya.

Kepala ditundukkan.

Dannish tergamam. Jadi selepas kematian bonda dan ayahda gadis tu. Al banyak menderita?.

Dannish terus memeluk Alyssa erat. Diusap perlahan bahu gadis tu.

"Abang minta maaf sebab dera Al, pukul Al layan macam sampah. Abang minta maaf abang tak sangka yang Al lagi terseksa."ditekup pipi Al dan dilap air mata gadis tu.

"Shh jangan nangis, abang ada dengan sayang. Don't worry abang terima sayang even sayang mafia sekalipun"ditarik Al ke dalam pelukannya.

"Ab.. abang tak marahkan Al?"soal nya.

"Takk, abang tak marahkan Al pun. Jangan nangis okeyh nanti mata bengkak lepastu selsema"pujuk Dannish.

"Senyum sikit" Al tergelak kecil.

3. AZZAKY ALYSSA [C]Where stories live. Discover now