"jadi tak plan yang aku bagi haritu?"tanya Hairul.
Sekarang mereka bertiga di Cafe. Nak lepak kelab selalu tak boleh juga. Mahu pekak dengar bunyi bising kelab tu.
"Tak menjadi weih orang yang aku upah mati kena tembak"
"Uhuk"tersedak Ridhwan.
"Serius lah weih? Macam mana boleh kena tembak?"soal Ridhwan.
Dannish menceritakan kepada kawan kawannya apa yang Alyssa memberitahu nya semalam.
"Lain macam dho"pelik. Itu yang dirasakan oleh ketiga jejaka tersebut.
"Kau biar betul Al? Dannish upah orang untuk rogol kau?" Al menganguk.
"Apa masalah si Dannish tu ha? Dia tak suka kau ke"Dina menghirup air nya.
"Aku rasa macam tulah"balas Al.
"Kau taknak balas balik?"tanya Dhira.
Al tergelak kecil.
"Kau nak aku upah 30 orang perempuan untuk dia ke?"terletus ketawa Dhira dan Dina.
"1 puas 30 tewas"senak perut dua gadis tu ketawa.
"Sejahat aku pun aku tak ada niat nak balas balik apa yang family aku buat dekat aku"Dhira dan Dina berpandangan.
"Dannish sepatutnya beruntung kau masuk ke dalam family dia kalau ada orang kacau family dia kau ada untuk back-up"gurau Dina.
"Amboi kau"dijeling ke arah mereka.
"Lepas apa dia dah buat dekat kau semalam kau nak stay situ lagi ke?"Dhira memandang sahabatnya sayu.
"Aku tak ada pilihan lain Dhira lagipun kalau dia nk seksa aku pun aku tak kesah"Dhira dan dina mengengam tangan Al erat.
"Kau kuat Al. Aku pasti nanti Dannish dapat terima kau"mereka berdua tersenyum ke arah sahabat baik mereka.
Al membalas senyuman Dhira dan Dina.
"Baru nak balik. Kau pergi mana?"Al menghela nafas perlahan.
"Keluar jumpa kawan"balas Al.
"Menjawab!!" Berkerut dahi Al. Tadi tanya.
Al diam menunduk.
"Asal diam?" Lahhh ni dah kenapa eish.
"Taknak menjawab"balas Al.
Dannish mengemam bibir nya ni sindir dia ke apa.
"Dah pandai sindir orang hah? Aku abang kau tau hormat sikit!"meninggi suaranya.
"Ok"kepala masih ditundukkan.
"BERCAKAP TENGOK MUKA AKU!"Tengkingnya.
Al mendongak memandang wajah Dannish.
"Tengok tengok apa?" Al mengetap gigi jantan ni memang cari pasal kan.
"Tadi suruh tengok"balas Al berani.
"Dah pandai menjawab siapa ajar? Balak kau?"dicengkam kuat pipi Al.
"Dah arh malas layan abang perangai terencat akal"hamik kau setepek dikasi. Al bingkas lari ke bilik sebelum singa tu mengamuk.
"ALYSSA!!! KURANG AJAR KAU KAN!"
Al yang berada di dalam bilik nya tergelak sehingga berair matanya.
"Huhhh cool Al"nafas ditarik terlebih dahulu.
Kaki diatur melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan solat Asar.
"Aduh lapar lah pulak"dilipat kain telekung nya dan diletak di atas katil.
Al melangkah turun ke dapur dibuka peti ais.
"Erm buat bihun goreng lah"tangannya lincah mengeluarkan bahan.
Dannish yang baru selesai mandi melangkah masuk ke dapur bila terbau aroma yang menyedapkan.
Timbul idea nakal dibenak fikiran nya perlahan lahan didekati Al dan dipeluk erat. Terkejut Al dibuatnya.
"Lepas lah!!"Dannish mengigit lembut cuping telinga Al .
"Semalam bukan main seronok peluk aku kan?"bisiknya sengaja mahu menyakat.
"Pernah makan sendok tak? Kalau tak pernah mai sini nak bagi"sendok di anggkat. Dannish menyerah.
"Garunkkk"Al menjulingkan mata nya dan dicedok bihun goreng ke dalam bekas.
"Kejap lagi aku nak keluar"katanya.
"Ok"Dannish berkerut dahi gadis ini tak bertanya banyak kah?.
"Taknak tanya ke aku pergi mana?"Al menjulingkan mata nya ke atas.
"Tak penting"Dannish mengetap gigi. Tak penting??.
"Kau memang saja kan?" Al mengeluh.
"Apa lagi?"soal Al malas.
"Tunggu kau kejap lagi"dia nekad mahu seksa Al malam ni.
Al mengeluh dia bangun dari duduknya dan mendekati sinki setelah siap dia melangkah ke bilik. Hilang mood makannya.
Dannish tersenyum sinis dia tahu apa nak buat.
YOU ARE READING
3. AZZAKY ALYSSA [C]
ActionTUNKU AZZAKY ALYSSA EZHAR Alyssa seorang gadis yang berwajah dingin dan tenang. Tapi siapa sangka disebalik wajah yang sempurna dia mempunyai sisi gelap dimana semua orang akan tunduk ke arahnya. Kehilangan orang tersayang dan perlu menjadi anak ang...