BAB 18

5.4K 292 11
                                    

"ayangg, nak keluar kejap oleyh?"Al menganguk.

"Pergilah jangan balik lewat sangat"dicubit pipi Dannish. Tersenyum jejaka tu.

"Oceyyy bubye"Al memandang Dannish sehingga dia hilang ditelan pintu. *Disebalik pintu.

"Hey bro lama tak lepak"Dannish melagakan penumbuk nya dengan Hairul dan Ridhwan.

"Amacam bro? Plan haritu menjadi tak?"Hairul menjongket keningnya.

"Of course lah menjadi"Dannish tersenyum bangga.

"Kan kitorang dah cakap kau manja dengan Al memang akan menjadi punya lah. Cerita lah sikit Alyssa buat apa dekat kau?"sengaja Ridhwan mahu mengetahui tentang sahabatnya dan gadis itu.

"Dia layan aku baik gila nak kata dia marah marah aku tak ada lah pula"pipi yang tidak gatal digaru.

"Jap aku nak teka mesti dia layan kau macam bayi kan AHAHHAHA"tergelak Hairul bila wajah dannish memerah.

Tak guna punya kawan dia punya teka tu tepat.

"Tentang Qalisha?"soal Ridhwan sengaja mahu mengubah topik. Takkan lah nak bahan Dannish ni.

"Malas aku nak cakap tentang dia dahlah kikis duit aku"hatinya tiba tiba panas bila bercerita tentang Qalisha.

"So malam ni nak lepak Kelab tak?" Dilihat sahabat mereka tu mengeleng.

Berkerut dahi Hairul dan Ridhwan selama ni bila diajak pasti Dannish hanya terima.

"Aku taknak jejak dekat situ lagi dah"Dia nekad untuk tidak menjejakkan kaki nya ke situ lagi.

"Jangan cakap yang kau taknak masuk situ disebabkan Alyssa"Hairul dan Ridhwan mengecilkan mata ke arah Dannish.

"Malangnya tekaan kau tepat"dua jejaka tu berpandangan.

"Acieee sahabat kita dah jatuh cinta pada Alyssa"usik Ridhwan disiku Hairul.

"Kann, rasa rasanya tak lama nk makan nasi minyak ni"sokong Hairul.

Memerah telinga Dannish bila diusik bergitu.

"Sebelum aku sumbat meja ni dalam mulut korang berdua better diam"dingin suara Dannish. Padahal mahu menutup malunya.

Hairul dan Ridhwan berdehem seketika dan beriak biasa.

"Tapi Alyssa tu dingin lah"kata Dannish tiba tiba.

"Maksud kau? Dia masih layan kau nak tak nak?"Dannish menganguk.

"Cuba kau tanya dia kenapa dia boleh jadi macam tak ada hati dan perasaan. Mana tahu dia terbuka hati untuk cerita dekat kau"Dannish mengaru pipinya.

"Aku cuba tapi kalau dia tak nak cerita?" Hairul mengeluh.

"Kalau dia taknak cerita, kau janganlah paksa dia macam dalam seminggu tu kau tanya lah. jangan kau tanya setiap hari mahunya naik menyampah Alyssa dengan kau nanti" kata Hairul panjang lebar.

"Hmm okeyh aku cuba"dihirup air nescafe nya perlahan.

"Tapi" Dannish menjongket keningnya. apa pulak dah ni.

"Kalau dia jatuh cinta dengan kau, kau jangan hancurkan hati dan perasaan dia. Orang yang macam ni bila dia dah sayangkan seseorang dia susah nak lepaskan. jadi kalau kau berjaya buka hati Alyssa yang batu tu maksudnya kau beruntung"tutur Ridhwan entah sejak bila dia pandai tentang ini.

"Wahh aku tak sangka kau bijak dalam hal macam ni even kau single"Ridhwan menjeling Hairul tajam.

"Aku pelatih bukan permain"terukir senyuman sinis di bibir jejaka tu.

"Apa maksud kau"soal Hairul blur.

"Tak ada apa" Dannish hanya melihat saja sahabat nya itu. Dia masih proses apa yang dikatakan oleh Ridhwan tadi.

Disebuah kelab yang bingit ada satu kumpulan mafia yang digeruni memasuki dalam kelab tersebut.

Aura yang dimiliki olehnya mampu menggetarkan saraf tunjang seseorang.

"Hey Kopeng"sapa Azz. Tak ada nama lagi buruk ke?.

"Hey Azz asal lu datang?"soalnya.

Kopeng adalah pemilik kelab tersebut.

"Lu kenal ini orang?"Azz menyerahkan satu gambar ke arah Kopeng.

Jejaka tu melihat dan tersenyum sinis.

"Semestinya, kenapa dengan dia?"

"Aku mahu dia dan ini duitnya"diserahkan satu sampul yang mengandungi 25Ribu.

"Weng bawa perempuan tu kesini!"arah kopeng pada konco nya.

Weng wengggg. AHAHAH.

Weng membawa Qalisha ke dalam bilik tersebut.

"Apa ni? Lepaskan I lah!"dia meronta ronta.

"Ini ada orang sudah beli you"Qalisha menoleh ke arah kanan terkejut dia bila Demon Mafia yang membelinya.

"Thanks Kopeng" jejaka tu mengangguk.

"Bawa dia ke markas"arah Azz.

Dua anak buahnya membawa Qalisha keluar dari kelab tersebut.

"Lepaskan I lah!!" Azz yang rimas tu menyuruh anak buahnya untuk menghentak Qalisha.

Bising sangat.

3. AZZAKY ALYSSA [C]Where stories live. Discover now