Dengarkan lagu Kerna ku cinta kau
Cinta melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan suaminya. Sudah setahun suaminya koma selepas menjalani pembedahan kanser paru-paru. Sebenarnya dia pun baru tahu yang suaminya masih hidup. Selama ini ibu mertuanya merahsiakan tentang suaminya kerana permintaan dari suaminya sebelum masuk ke dewan bedah.
Rupanya selama ini dia menziarahi kubur salah seorang pemuda kampung yang meninggal dunia kerana kemalangan. Tiga bulan lepas baru Cinta tahu tentang semua itu, bila ke kubur seperti biasa dan ternampak batu nisan yang baru dengan nama Mohd Aiman bin Abdullah. Terkejut bukan kepalang Cinta pada masa itu. Kerana kejadian itulah Mak Yam memberitahu yang Iman masih hidup tetapi koma.
Zarif juga terkejut dengan berita Iman masih hidup tetapi koma. Patutlah bila dia mengusik Cinta tentang bernikah lagi, Mak Yam dan papanya sedikit marah.
Cinta menghampiri katil yang menempatkan Iman Harith. Dahi suaminya dikucup oleh Cinta.
"Abang... Bila abang nak bangun ni? Cinta rindukan abang. Bangunlah abang..." Air mata yang gugur di pipinya dilap dengan jarinya.
Tangan suaminya digenggam erat. Kepalanya dilentokkan ke dada Iman.
"Kalau abang nak tahu, esok genap setahun umur Faiz. Umi nak buatkan majlis doa selamat buat abang dan Faiz. Cinta berharap sangat abang ada dengan kami semua. Bangunlah abang. Kalau abang sayangkan Cinta, bukalah mata abang tu." Masih merayu pada suaminya.
Cinta terasa seperti ada jari jemari yang bergerak. Dia bangkit dari dada Iman Harith. Memang benar jari jemari Iman Harith bergerak. Tidak tunggu lagi Cinta membunyikan alat untuk memanggil jururawat.
Beberapa minit kemudian datang jururawat dan doktor ke bilik Iman. Cinta memberitahu pada doktor yang merawat Iman apa yang dilihatnya.
Doktor memeriksa Iman.
"Puan ... apa yang puan lihat itu ada kebenarannya. Pesakit sudah ada perkembangan yang baik. Kita tunggu beberapa hari lagi. Puan cuba lagi bercakap dengan suami Puan. In Syaa Allah, pesakit akan pulih dengan izin Allah. Puan bersabar dan terus berdoa." Sejurus itu doktor lelaki Melayu itu keluar dari ruang wad Iman.
Cinta menghampiri suaminya semula. Cinta nampak titisan airmata meleleh di pipi Iman. Cinta terus memeluk Iman dan air mata suaminya diusap lembut.
"Abang... Cinta tahu abang dengar apa yang Cinta katakan. Abang kalau dengar, tolonglah buka mata abang. Cinta rindukan abang. Cinta doakan abang akan sedar dan pulih seperti biasa." Sebak dan sayu terasa di hati Cinta.
Menjelang petang, Cinta meninggalkan wad Iman. Setiap malam dia akan datang semula menemani Iman Harith.
♥️♥️♥️♥️♥️
Majlis tahlil dan doa selamat berjalan dengan lancar. Cinta melepaskan lelah dan menghampiri Farah yang sedang duduk di bawah khemah. Farah yang sedang mengandung lima bulan. Tersenyum kecil Cinta melihat Farah yang sudah nampak wajah keibuan. Hilang brutal si Farah.
"Aku betul kagum dengan kau Cinta? Kuat semangat betul kau ni. Kalau aku dah rapuh juga dah ni. Aku doakan kau dan abang Iman akan bahagia hingga ke Jannah."
"Terima kasih Farah atas doanya. Aku sangat berharap agar abang Iman cepat sedar. Boleh berkumpul bersama keluarga."
Farah mengusap bahu Cinta. Dia juga sentiasa mendoakan kesembuhan Iman.
"Cinta...tu..." Mulutnya dimuncungkan ke arah Zarif yang menuju ke arah mereka.
"Aku bangun dulu lah. Aku ni memang tak habis elergik dengan mamat selenga tu." Farah bangun dari duduknya. Memang dia masih tidak menyukai Zarif walaupun Zarif sudah berubah dan berkahwin dengan Diana.
YOU ARE READING
Jangan Menangis Sayang (Completed)
Romance*Cover Akim. @Maqdrix Mengisahkan pengorbanan seorang pemuda terhadap kekasihnya. Pengorbanan yang akhirnya menjadi duri kelukaan buat dirinya yang setia. Aku ingin menjadi udara agar bila aku tiada lagi di sisimu , kau akan tetap merasa kehadiran...