Bab 25. Tamat

1.7K 68 298
                                    

Dengarkan lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu..😭😭

Tanah kubur yang masih merah disentuh perlahan. Terasa Bergetar tangan menyentuh kehangatan tanah kubur yang masih baru itu. Surah Yasin dibaca perlahan dengan rasa sebak agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Airmata mula merembes kembali bila membaca nama yang terpahat pada  batu nisan itu. Nama yang banyak mengajarnya erti kasih sayang, cinta dan rindu. Setiap kenangan mula bermain di mindanya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Walaupun perit rasa hati, dia redha. Dia tetap redha.

"Cinta jom kita pulang. Kesian baby Faiz kat rumah dengan Mak Yam" ujar Farah . Dia kerap menemani Cinta selepas kematian Iman ,suami kesayangan Cinta.

"Nah, sebelum tu siram air ni pula!" beritahu Farah sambil memberi Cinta jag yang berisi air .

Perlahan-lahan Cinta menyiram tanah kubur yang masih merah itu. Setiap titis air yang jatuh ke tanah itu bagaikan titis airmata yang turun membasahi pipinya. Airmata masih mengalir mengenangkan suami yang amat disayanginya.

Pemergian Iman amat dirasai oleh Cinta. Lelaki yang sentiasa berkorban demi setianya terhadap dirinya. Tiada lelaki sebaik Iman yang akan ditemuinya lagi.

"Isk... isk... isk... Allah!!! Cinta tak kuat Farah . Kenapa secepat ini abang Iman tinggalkan Cinta. Kenapa ujian yang berat selalu aje menimpa Cinta?" Tangisan Cinta masih berlagu di tanah perkuburan itu.

Farah turut mengalirkan airmata. Dia juga turut sedih dengan pemergian Iman. Iman yang selalu menceriakan hidup orang lain walaupun dirinya sendiri dalam kesedihan.

"Cinta, dahlah tu. Jom kita balik. Hari dah mendung ni. Kau pun masih dalam pantang lagi. Kesian Faiz," ajak Farah lembut.

Bagai tersedar yang dia mempunyai tanggungjawap terus bangun. Dipimpin oleh Farah menuju ke kereta.

              ♥️♥️♥️♥️♥️

Zarif meraup mukanya beberapa kali. Angin yang bertiup mendamaikan suasana langsung tidak mendamaikan hatinya. Termenung panjang memikirkan apa yang terjadi dalam hidupnya kini. Dia terfikirkan daddynya. Wajah daddynya yang beriak tegang sudah lama tidak dipandangnya. Terasa ingin mati sahaja ketika ini. Banyak dosa dia dan mommynya .

"Ya Allah aku lalai selama ini Ya Allah! Ampunkan dosa hambamu yang hina ini, Ya Allah. Isk... iskk...isk..." teresak-esak Zarif menangis mengenangkan dosa dan kesilapan yang dilakukan selama ini.

Terbongkar rahsia yang dipendam oleh mommynya selama ini betul- betul membuat dirinya terasa hina. Lebih hina dari seorang Iman Harith. Rupanya setiap detik kehidupannya adalah milik Iman Harith.

Lebih menyedihkan bila Diana kemalangan pula dalam keadaan mabuk. Kemalangan yang menyebabkan Diana lumpuh. Tidak dapat menerima apa yang terjadi pada dirinya Diana beberapa kali cuba ditenteramkan oleh keluarga dan pihak hospital. Zarif sempat menziarahi Diana tapi dia tidak mahu berjumpa dengan Zarif dan semua orang.

"Arghhhhhhh..." bergema suara Datin Ramona menyedarkan lamunan Zarif.

"Mommy!!!." Zarif meluru ke bilik Datin Ramona bila terdengar raungan mommynya.

Terkejut Zarif melihat bibik yang sudah terlantar di lantai dan mommynya yang sedang memegang sebilah pisau.

"Pergiiii!!! Aku kata pergi!!! Ha ha ha..." Ketawa Datin Ramona seperti orang gila.

"Ya Allah mommy... apa yang dah terjadi ni mommy?" Zarif sedih melihat keadaan mommynya.

Datin Ramona seperti hilang akal selepas rahsianya terbongkar dan Dato'Farhan menceraikannya dengan talak satu. Zarif anak mangsa rogol dirinya oleh lelaki yang tidak dikenali. Untuk mengelak dari malu dia memfitnah Mak Yam dan menggoda Dato' Farhan sehingga Dato' Farhan mengahwininya.

Jangan Menangis Sayang (Completed)Where stories live. Discover now