Terima lagu dari Luqman Faiz kepuraanmu.
Mak Yam berasa susah hati melihat Iman yang semakin kurus dan keadaan batuknya yang tidak berkurangan. Hari ini dia nekad memaksa Iman ke hospital. Risau hati tuanya melihat Iman yang terkurung dalam bilik . Sudah beberapa hari Iman tidak ke kolam ikannya.
"Ya Allah... panasnya badan Iman ni nak. Iman ... tolonglah dengar cakap umi ni. Kita ke hospital ya nak?" Mak Yam terkejut bila merasa dahi Iman yang panas itu.
" Ermmm... umi janganlah risau. Iman demam sikit aje umi," bicara Iman perlahan.
"Iman tak sayang umi ke? Iman nak tengok umi sedih? Kita ke hospital ya nak?" pujuk Mak Yam lagi.
"Iman sayang umi. Iman hanya ada umi saja. Baiklah... Iman pergi hospital lepas ni ya umi." Iman akhirnya akur dengan permintaan umi tersayang.
♥️♥️♥️♥️♥️
Iman Harith keluar dari bilik doktor dengan bermacam rasa di hati. Teringat dia kata- kata doktor mengenai kesihatannya. Rasa lemah seluruh tubuhnya bila keputusan yang diterima adalah sesuatu yang tak diduga sama sekali.
"Ya Allah, dugaan apa lagi yang harus aku tempuhi sekarang. Adakah ini hanya mimpi atau memang kebetulan untuk kehidupan hambamu ini?" bisik hati Iman dengan rasa sedih.
"Berilah aku kesempatan Ya Allah , agar aku dapat bersama lagi dengan umi yang aku kasihi. Umi tak punya sesiapa lagi. Kesiannya umi andainya sesuatu terjadi pada diri ku," rintih Iman Harith lagi.
Dia seperti tidak percaya bila doktor memberitahu yang dia menghidap kanser paru- paru tahap 3. Terasa dunianya gelap seketika. Lebih lagi memikirkan umi yang disayanginya itu.
Harapan Iman Harith agar dia dapat menghabiskan sisa hidupnya bersama umi tersayang. Risau bila memikirkan tiada sesiapa lagi yang ada jika dia pergi menghadap Tuhan yang Esa.
♥️♥️♥️♥️♥️
Selagi Cinta belum memberi jawapan yang dia bersetuju menjadi kekasih Zarif , setiap hari pula Zarif datang berjumpanya.
Zarif Idham terus berusaha memenangi hati Cinta Aulia. Hari ini dia membawa beberapa broucher berkaitan IPT untuk ditunjukkan kepada Cinta Aulia. Perbualan dengan Cinta beberapa minggu lepas membuatkan Zarif tahu rupanya cinta hatinya ingin meneruskan pembelajaran yang terkandas akibat masalah penglihatan dahulu.
Zarif Idham juga hadir dengan beberapa tawaran yang menarik buat Cinta Aulia.
"Abang Zarif... betul ke ni?" teruja dan gembira Cinta Aulia sambil melihat broucher berkaitan dari beberapa
Universiti yang dibawa oleh Zarif Idham."Betul Cinta... Cinta pilih lah yang mana satu Cinta suka... nanti abang uruskan pendaftaran dan juga pembiayaan sekali." Bersungguh- sungguh Zarif Idham.
"Tapi, Cinta rasa macam ambil kesempatan pula pada abang..." Cinta merasa serba salah. Dia belum pun pasti samada dia mencintai atau tidak lelaki itu.
"Apa pula cakap macam tu? Abang ikhlas menolong. Abang cintakan Cinta Aulia..." Zarif Idham membuat pengakuan lagi. Kali ini dia memang berterus terang.
Cinta Aulia merenung Zarif Idham lama. Cinta dan cita- cita datang seiringan. Adakah ini anugerah atau sememangnya dia bertuah.
"Abang boleh tak beri Cinta masa untuk berfikir dulu?" Cinta Aulia ingin berfikir dahulu. Dia tidak mahu buat keputusan terburu - buru. Iman Harith muncul dalam fikiran.
"Tak apa... Cinta ambillah masa untuk berfikir. Abang akan setia menanti jawapan cinta hati abang ni. Jangan fikir lama sangat ya? Sebab sesi pendaftaran untuk sesi kedua tahun ni hampir tamat," kata Zarif sambil menunjukkan tarikh pada broucher itu.
YOU ARE READING
Jangan Menangis Sayang (Completed)
Romance*Cover Akim. @Maqdrix Mengisahkan pengorbanan seorang pemuda terhadap kekasihnya. Pengorbanan yang akhirnya menjadi duri kelukaan buat dirinya yang setia. Aku ingin menjadi udara agar bila aku tiada lagi di sisimu , kau akan tetap merasa kehadiran...