Bab 11

529 51 129
                                    

Dengarkan lagu dari Hakiem Rosli Tergantung sepi.

Iman Harith berasa teramat sedih dengan apa yang berlaku
antara dia dan Cinta. Kenapalah
bertimpa dugaan yang harus dilaluinya untuk hidup bersama bunga pujaan hati.

Apa yang dilihatnya semalam amat menyiksa jiwa dan perasaannya. Melihat Cinta dan Zarif Idham di supermarket semalam memang membuat hatinya hancur berderai.

"Ya Allah... kenapalah aku harus hadapi penderitaan ini? Adakah ini semua hukuman atas dosaku Ya Allah!" rintihan Iman dalam doa selepas solatnya.

Mak Yam yang mendengar doa Iman terasa sedih. Dia masih tidak faham kenapa anaknya harus bersedih sedangkan itu adalah pilihan Iman sendiri.

Mak Yam masuk ke dalam bilik Iman .

"Anak umi ni dah kenapa bersedih ni? Dari semalam umi tengok Iman termenung aje."

"Iman takde dosa apa pun nak... Iman anak yang baik. Umi tau tu.
Mungkin ada hikmah kenapa semua ni terjadi."

"Umi... maafkan Iman. Iman dah buat umi risau. Iman tak taulah umi, kenapa Iman sedih sangat. Rasa separuh jiwa Iman dah mati umi," sebak Iman berbicara.

"Jangan cakap macam tu nak. Umi ada untuk anak umi ni. Kalau boleh umi nak Iman bahagia nak. Kesian anak umi ni," pujuk Mak Yam.

Mak Yam mengusap belakang Iman. Dia juga turut bersedih di atas apa yang terjadi pada Iman dan Cinta. Pasti hati anaknya terluka sekarang ini, fikir Mak Yam.

"Uhukk... uhukk..." batuk Iman semakin kerap sejak akhir-akhir
ini. Kesihatannya juga semakin merosot.

Mak Yam berasa susah hati melihat keadaan Iman. Dah disuruh buat susulan di hospital tapi kedegilan Iman mengatasi segalanya.

"Iman... umi rasa elok Iman ke hospital aje nak. Batuk Iman tu semakin teruk umi tengok," ujar Mak Yam.

"Takde apalah umi. Cuma batuk biasa aje. Lepas makan ubat nanti baik lah batuk ni. Lagipun ubat batuk yang beli kat farmasi tu ada lagi," kata Iman.

Iman bukan tidak mahu ke hospital . Dia memikirkan uminya yang terpaksa bersusah payah kalau dia ditahan wad nanti. Lagipun uminya bukan kuat nak berulang alik dari rumah ke hospital. Kasihan uminya.

Begitu baiknya Iman Harith yang sentiasa memikirkan umi dan orang di sekelilingnya . Sanggup juga berkorban demi cinta hatinya.Namun ada juga manusia yang dengki dalam kehidupannya.

Di kedai Pak Mail pagi ni kelihatan dua susuk tubuh manusia yang memang rutinnya buat orang lain pedih hati.

Kalau bawang pasti mata yang pedih tapi kalau dah membawang tentulah hati yang pedih mendengarnya.

Tak lain tak bukan dua orang mak bawang besar Cik Timah dan Cik Esah otai yang memang terkenal dengan kelancangan mulutnya.

"Ehh Esah... aku nak tanya kau ni. Dari hari tu aku nak tanya tapi tak terbuka pulak mulut aku ni." Cik Timah dah mula mukadimahnya.

Pak mail hanya menggelengkan kepala melihat dua orang itu. Tak terbuka mulut konon. Kalau tengah membawang tu mulut terkatup terus baru padan muka dia, fikir Pak Mail. Risau dia bila melihat dua orang itu datang ke kedainya. Takkan nak halau pula. Lagipun mereka pelanggan tetap kedainya.

"Ini mesti kau nak tanya pasal Iman dan Cinta tu kannn? Aku sebenarnya nak cerita kat kau ni." Cik Esah pula dah mula buat perbentangan. Huhu.

"Kalau kau nak tau si Cinta tu aku tengok sekarang rapat benar dengan anak si Ramona tu," ujar Cik Esah lagi.

"Ehhhh... hari tu aku dengar kan Iman dan si Cinta tu nak bertunang? Tak jadi ke?" tanya Cik Timah pula.

"Tak jadilah tu. Lagipun kalau aku jadi Cinta eloklah pilih anak Ramona tu dari si Iman yang hanya kerja kampung aje." Cik Esah pula bersuara.

Jangan Menangis Sayang (Completed)Where stories live. Discover now