Dengarkan lagu Salam Terakhir.😭😭
Datin Ramona terpaksa menahan mata demi menunggu menantu pilihannya pulang.Jam menunjukkan pukul satu pagi. Hangat betul hati Datin Ramona ketika ini. Nak harapkan Dato'Farhan, asyik dengan biarkan aje. Sampai dah terpalit arang baru nak bersikap tegas.
"Hish... mana perginya si Diana ni? Dah pukul satu masih belum pulang lagi ni? Jangan sampai aku halau dia, baru nak panggil nama aku," bebel Datin Ramona geram.
Tiba-tiba pintu utama kedengaran terbuka. Terpacul wajah Diana dengan pakaiannya yang tidak cukup kain itu.
Langkahnya yang sedikit terhuyung-hayang apabila melangkah masuk ke pintu rumah . Kasutnya hanya dikuis dengan kaki dan disepaknya perlahan.
"Where have you been?" suara Datin Ramona yang menyentakkan dirinya.
"Mommy!!!. Kenapa mommy tak tidur lagi?" Diana bertanya gugup. Sedaya upaya dia cuba berdiri dengan betul.
"Kamu tak jawap lagi soalan mommy. Kamu dari mana ni?" Dengan perasaan marah Datin Ramona menghamburkan pertanyaannya. Sudah hampir tiga jam dia menunggu Diana di rumah.
Bila dihubungi langsung tidak berjawab. Sungguh sakit hatinya ketika ini.
"Errrr... well, Ana dari rumah kawan" kata Diana perlahan.
"Sampai lewat macam ni? Kamu minum ya? Apa nak jadi dengan kamu ni Diana? Jangan nak jadi perempuan murah pula?" marah datin lagi.
Diana yang mendengar perkataan perempuan murah dari mulut datin terkejut dan berang.
"Perempuan murah? Mommy tuduh Ana perempuan murah? Mommy dan daddy Ana pun tak pernah tuduh Ana macam ni. Apa hak mommy nak tuduh Ana ni?" geram Diana dengan mulut celupar datin. Sudahlah dia mengantuk. Balik rumah dapat bebelan datin perasan bagus.
"Kau dah lupa atau kau ni hilang ingatan? Sekarang aku ingatkan kau. Kau tu kawin dengan anak aku. Jadi dah tentulah aku berhak menegur kau!" Datin Ramona sudah mula menyebut kau dan aku sahaja. Dia takkan sama sekali menghormati Diana yang dirasakan terlalu biadap.
"Ha ha ha... Aduhai mommy ku sayang. Lain kali kalau nak cakap orang tu , tolong tengok diri sendiri. Pasti mommy dah lupa atau buat- buat lupa?"
"Apa yang kau cakap ni? Aku lupa apa pulak. Kau jangan nak biadap dengan aku ya Diana!" Angin datin sudah datang.
"Mommy ingat Ana tak tau ke? Mommy jangan nak tunjuk baik lah. Kalau daddy tau yang mommy ni lebih murah dari Ana, pasti mommy dah kena halau sekarang tau tak?" Diana mula membongkar rahsia datin .
"Errrr... apa yang kau cakap ni... jangan kau nak tuduh aku pulak. Jangan sampai kau yang aku halau dari rumah aku ni."
"Datin nak halau Ana. Silakan... Ana tak heran. Okeylah datin , kalaulah daddy tau yang Zarif tu bukan anak dia, agaknya bagaimana ya nasib datin. Ana tau yang Iman anak kandung daddy dan isteri dia di kampung tu difitnah oleh datin sebab datin nak hidup mewah."
"Sekarang datin bagi tau Ana siapa yang murah dan kejam? Ana dah mengantuk. Takde masa nak layan datin." Puas hati Diana dapat melepaskan sakit hatinya dan berlalu meninggalkan datin yang terkejut itu. Nasib Dato' Farhan di bilik. Fikir datin tanpa mengetahui dato' kebetulan keluar dari bilik bila terdengar suara datin dan Diana.
"Ya Allah. Betul ke apa yang aku dengar ni?Kenapa butanya hati aku ni dalam menilaikan keluarga sendiri. Berdosa aku pada Mariam dan Iman anak aku. Aku akan siasat perkara ni." Dato' cuba mengawal diri. Takut sakit jantungnya datang menyerang.
♥️♥️♥️♥️♥️
Farah sentiasa gembira sejak akhir-akhir ini. Mana tak nya , menjadi tunangan seseorang yang selalu dalam angan-angan. Kerana lelaki ini jugalah dia sering dimarahi Mak Limah dan Pak Akob. Selalu sangat membuat silap sebab angaukan Hadi bakal suaminya nanti.
YOU ARE READING
Jangan Menangis Sayang (Completed)
Romance*Cover Akim. @Maqdrix Mengisahkan pengorbanan seorang pemuda terhadap kekasihnya. Pengorbanan yang akhirnya menjadi duri kelukaan buat dirinya yang setia. Aku ingin menjadi udara agar bila aku tiada lagi di sisimu , kau akan tetap merasa kehadiran...