Dengarkan lagu dari Crossfire Realiti dan fantasi. Khas untuk semua.
Datin Ramona tersenyum senang bila suaminya berjanji akan cuba mencari jalan penyelesaian untuk masalah Zarif.
"Baru padan muka kau Mariam. Aku takkan biar anak kau buat anak aku derita," kata Datin Ramona dengan senyuman sinis terukir di bibirnya. Dia pasti suaminya akan mengotakan janji yang dibuat.
Pagi itu dengan gembira Datin Ramona memujuk anaknya.
"Dah, Zaf jangan bimbang... mama pasti papa akan buat sesuatu untuk bantu Zaf dapatkan budak kampung
itu," Datin Ramona memberi keyakinan pada Zarif."Ya ke mama...?" Zarif bertanya dalam kegembiraan.
Zarif terus menikmati sarapan paginya. Terbayang di mata yang Cinta akan menjadi miliknya.
"Putih mata la kau Iman... Budak kampung nak berlawan dengan aku."
Zarif tidak habis- habis menghina Iman .Menghampiri tengahari , kereta Dato' Farhan menjalar masuk ke perkampungan yang mempunyai kisah lama hidupnya. Mata terus memberi tumpuan pada jalan kampung yang agak tidak elok. Berlopak dan berdebu.
Melepasi sebuah rumah sederhana besar. Rumah kayu yang masih elok terpelihara dengan kawasan sekeliling yang agak luas. Banyak pokok kelapa dan buah- buahan di sekeliling rumah itu.
Dia meneruskan lagi perjalanan kerana dari maklumat yang diberi oleh Zarif, Iman pada waktu begini pasti di kolam ikan. Dia menuju ke kolam ikan itu.
Iman sudah selesai dengan semua kerja di kolam ikan. Berehat sebentar di pondok tepi kolam itu.
"Uhuk... uhuk... uhuk..." batuk Iman semakin menjadi dan kerap.
Sudah sakit otot perut dan dadanya menahan batuk. Lantas dia mengambil minuman yang dibekalkan . Milo suam. Iman tidak kisah dengan batuknya. Masih berupaya tersenyum melihat hasil ternakan ikannya yang menjadi. Membawa pulangan yang lumayan juga bila kelmarin sebuah restoran datang untuk mendapatkan bekalan dari kolamnya.
Seseorang menghampirinya.....
"Ehem... assalammualaikum..." Dato' Farhan memberi salam.
Iman agak terkejut dan berpaling....
"Ayah..." bisik hatinya.
"Waalaikumussalam..." jawap Iman bangun dan cuba menghampiri Dato' Farhan.
Dia menghulurkan tangan tapi di pandang sepi oleh Dato' Farhan.
Malahan Dato' Farhan membuang pandang ke arah kolam ikan. Iman menjadi serba salah."Ayah , duduk lah kat pangkin ni" pelawa Iman.
"Aku bukan ayah kau... jadi tak perlu berayah dengan aku," angkuh suara Dato' Farhan.
Dia tidak bergerak pun dari tempat dia berdiri itu. Di pohon ceri hutan yang merendang , memberi keteduhan dari pancaran matahari.
Mendengar penolakan panggilan itu, Iman amat kecewa. Iman pasti itu ayahnya . Iman tahu uminya wanita solehah.
"Aku datang ni bukan saja-saja" Dato' Farhan mula berbicara tujuan asalnya ke situ.
Iman hanya mendiamkan diri dan mendengar.
"Kau dengar tak?" geram pulak dia dengan sikap berdiam diri Iman.
"Dengar Dato," jawab Iman perlahan.
"Aku datang sebab seorang budak perempuan, Cinta nama dia" terus terang Dato' Farhan.
"Kenapa dengan Cinta?" gusar Iman.
"Aku tak suka dengan sikap kau yang hendak berebut dengan Zarif. Zarif sukakan Cinta," angkuh sungguh Dato' Farhan .
YOU ARE READING
Jangan Menangis Sayang (Completed)
Romance*Cover Akim. @Maqdrix Mengisahkan pengorbanan seorang pemuda terhadap kekasihnya. Pengorbanan yang akhirnya menjadi duri kelukaan buat dirinya yang setia. Aku ingin menjadi udara agar bila aku tiada lagi di sisimu , kau akan tetap merasa kehadiran...