Bab16

569 61 207
                                    

Lagu dari Agnes Monica.  Matahariku.Sab suka lagu ni...
Cantik Agnes Monica ❤

Cinta menangis teresak-esak. Semua tidak berguna lagi. Milik berharganya telah dirampas oleh Zarif lelaki yang dipercayainya selepas Iman. Menyesal pun tidak akan mengembalikan kesucian dirinya.

"Kenapalah abang Zarif sanggup buat Cinta macam ni... Apa salah Cinta kat abangggg...???" jerit Cinta.

"Kau tolak Cinta aku. Kau pura-pura terima aku. Sebab dalam hati kau tu cuma ada Iman Harith lelaki tak guna tu..." luah Zarif dengan rasa marahnya.

Zarif  mencampakkan pakaian Cinta. Sekarang dia puas hati sebab dapat apa yang dihajatinya. Kalau dia tak dapat Cinta, Iman juga tidak akan bersama Cinta. Takkan Iman nak bekas dia pula.

" Salin pakaian kau tu cepat. Dah lambat ni. Nanti membebel pulak mommy aku." Tiada lagi bahasa lembut sekarang ini. Hanya kau dan aku digunakan oleh Zarif. Jantan tak guna!

Cinta bangun menuju ke bilik air,menyalin pakaiannya. Masih dengan esak tangisnya.Cinta terpaksa berserah, kalau itu nasib yang harus dia terima. Nasi sudah menjadi bubur.

Di dalam kereta, Zarif hanya berdiam diri. Cinta pula melayan perasaan sedihnya. Kalaulah dia tahu ini yang akan terjadi, pasti takkan dituruti kehendak Zarif untuk ke bandar. Biar dia di kampung bersama Farah dan lelaki yang dicintainya, Iman Harith.

"Kau dengar sini... aku taknak kau bagi tahu sesiapapun apa yang berlaku. Kalau aku tau kau bocorkan rahsia ni, kau taulah nasib kau nanti.." ugut Zarif pada Cinta.

Cinta tidak membalas kata-kata Zarif. Hanya mengelap airmata yang masih bersisa di pipinya. Inikah lelaki yang dikatakan telah berkorban untuknya
sehingga dia sendiri yang terkorban maruah dirinya.

"Ya Allah... kenapa aku yang dipilih untuk hadapi semua ini...? Aku tak kuat..." bisik Cinta dalam hati.

          ♥️♥️♥️♥️♥️

Malam menjelang , kelihatan Zarif, Datin Ramona dan Dato' Farhan di meja makan menikmati makan malam. Hanya bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan kedengaran.

Datin Ramona sedang menahan marah bila Cinta hanya mengurung diri tanpa berbuat apa-apa kerja. Geram betul hatinya bila bibik beritahu Cinta tidak sihat. Baru pulang dengan Zarif takkan tidak sihat pula. Dasar gadis kampung pemalas dan tidak sedar diri. Datin Ramona membebel sendirian.

"Baru lepas makan nak ke mana pula ni Zarif? Tak tau nak duduk rumah pulak. Baru aje keluar dengan Cinta ,takkan nak keluar lagi. Kan Cinta tak sihat tu..." bebel Datin Ramona.

"Ehhh... bila pulak Zarif nak keluar dengan dia. Zarif nak gi kelab jumpa kawan-kawan Zarif. Nak jumpa Diana sekali..." ujar Zarif.

Tersenyum simpul datin bila mendengar nama Diana. Memang dia lebih suka Diana. Gadis seksi yang cantik. Pandai bergaya . Anak orang berada , memang sepadan dengan Zarif. Tidaklah malu nak kenalkan dengan kawan-kawan datin dia. Begitu sekali hinanya Cinta di mata datin.

"Eloklah tu... mommy rindu kat Diana tu. Bila Zaf nak bawa Diana jumpa mommy lagi? Rasanya dah lama dia tak ke sini," ujar datin lagi.

"Tengoklah nanti... Zaf bawa dia jumpa mommy nanti ya ! Okey mommy, Zaf pergi dulu... muahhh untuk mommy." Zarif berlalu pergi.

Cinta yang berada di pintu bilik dapur terdengar perbualan dua beranak itu. Seperti dirinya memang hanya sampah yang bila masa sahaja akan dibuang oleh dua manusia yang tak punya hati dan perasaan itu. Habis madu sepah dibuang. Kejam.

         ♥️♥️♥️♥️♥️

Dua bulan kemudian...

"Werkkk, werkk... Ya Allah, kenapa dengan aku ni...?" bisik Cinta sendirian.

Jangan Menangis Sayang (Completed)Where stories live. Discover now