Bab 14

509 42 351
                                    

Dengarkan lagu dari Arrow sendu di hati mu rindu di jiwa ku.

"Abang Imannnn!!!!" Secara tiba- tiba
Cinta terjerit.

Zarif yang sedang memandu di sebelah terperanjat lalu membrek keretanya . Nasib tidak ada kenderaan lain di hadapannya. Dia menepuk pipi Cinta.

"Cinta... Hei Cinta kenapa niii!!!" Zarif yang sedang memandu terkejut bila Cinta tiba- tiba terjerit memanggil nama Iman.

"Astaghfirullah... kita kat mana ni abang Zarif...?" tanya Cinta bila dia tersedar yang dia bermimpi yang Iman kemalangan.

Zarif tidak  mejawap pertanyaan Cinta. Dia tidak suka mendengar nama Iman disebut Cinta. Walaupun sekadar mimpi, itu membuktikan yang Cinta masih tidak boleh melupakan Iman Harith. Sakit hatinya ketika ini.

Cinta yang melihat perubahan airmuka Zarif segera meminta maaf.

"Abang Zarif ... Cinta minta maaf... sebenarnya Cinta..."

"Sudahlah Cinta... abang taknak dengar apa-apa lagi pasal mamat tu. Boleh tak Cinta lupakan aje dia? Sekarang ni Cinta kan bersama abang." Zarif terasa hati dengan sikap Cinta.

"Maafkan Cinta... Cinta janji takkan sebut nama abang Iman lagi," janji Cinta.

"Ya Allah... Macamana aku boleh nak lupakan abang Iman? Maafkan Cinta abang Zarif. Terpaksa membohongi abang ," bisik Cinta dalam hati sambil memandang wajah Zarif di sebelahnya.

Pemanduan selama dua jam, akhirnya sampai ke destinasi yang dituju. Sebuah rumah banglo tersergam indah di depan mata membuatkan Cinta merasa kagum. Perasaan malu dan takut silih berganti. Bermacam telahan yang bermain di benaknya ketika ini.

"Benar ke abang Zarif nak aku belajar di kolej atau jangan-jangan aku dijadikan orang gaji dalam rumah dia," fikir Cinta yang mula berasa ragu dengan keputusan yang dibuatnya.

Zarif yang melihat Cinta seperti berfikir sesuatu cuba mendekati Cinta dan menarik tangan Cinta. Cinta seperti terjaga dari mimpi menepis tangan Zarif. Dia masih lagi ada maruah yang perlu dijaga. Tak suka orang menyentuhnya sesuka hati.

"Ehemmm... taknak masuk ke dalam rumah abang ke? Takkan nak tercegat kat sini aje?" tegur Zarif.

Cinta hanya mengangguk dan mengikut langkah Zarif masuk ke dalam banglo yang tersergam indah dan mewah itu.

Menggigil juga kakinya untuk memijak lantai banglo yang berkilat dan bersinar seperti cermin.

"Assalammualaikum ...mommy... oo mommy... Zaf dah balik ni..." salam diberi Zarif untuk mommy tercinta.

Datin Ramona yang terdengar suara anak kesayangannya meluru ke depan. Rindu pada anaknya yang jarang ditemuinya.

"Anak mommy dah balik? Rindunya mommy pada Zaf," ujar Datin Ramona sambil memeluk dan mencium pipi Zarif. Seperti bertahun tak jumpa. Seperti anak kecil pula si Zarif dibuatnya.

"Ehhh mommy ni... baru bulan lepas Zaf balik. Takkan dah rindu pulak?" ujar Zarif yang malu pada Cinta.

Cinta memerhatikan drama dua beranak itu. Rasa macam dirinya tak wujud aje.Terkenang juga dia akan kedua arwah orang tuanya.

"Mommy sudahlah tu peluk Zaf ni... ini Zaf bawa balik Cinta...mommy kan dah kenal Cinta?" ujar  Zarif.

"Oo ...ada tetamu rupanya... maaflah... mommy tak perasan tadi. Zaf pun bukannya nak ingatkan mommy," helah Datin Ramona.

Sebenarnya sudah lama dia perasan Cinta, cuma buat-buat tidak tahu sahaja. Mustahil dia tidak nampak Cinta. Badigol betul mak datin ini.

"Apa kabar aunty...?" tegur Cinta sambil menyalam tangan Datin Ramona.

Jangan Menangis Sayang (Completed)Where stories live. Discover now