Bab 13

474 48 238
                                    

Dengarkan lagu dari Nadia. Salam untuk kekasih.

Cinta telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah kolej swasta di ibu negara.
Bersetuju dengan Zarif setelah kecewa dengan keputusan Iman Harith. Nekad Cinta untuk ke kota metropolitan dan meninggalkan semua insan yang disayanginya.

"Kau dah habis fikir ke Cinta untuk ikut Zarif ke ibu kota tu?" tanya Farah yang masih berharap Cinta tidak membuat keputusan  yang bukan dengan rela hatinya.

"Dah Farah. Ini adalah keputusan yang boleh merubah hidup Cinta. Lagipun dari dulu Cinta memang berharap dapat melanjutkan pelajaran lagi," ujar Cinta. Kali ini dia nekad dengan keputusannya.

"Kau memang nak tinggalkan abang Iman? Kau memang tak Cintakan abang Iman lagi ke?" tanya Farah lagi.

Merenung tajam Cinta memandang Farah. Macam dia pula yang bersalah.

"Kau ni Farah bercakap seolah Cinta pulak yang bersalah. Kau tau tak yang abang Iman sikit pun tak menghalang Cinta? Cinta ni macam menangguk di air yang keroh aje," kesal Cinta.

"Hish... kau ni Cinta... aku tanya ajelah. Kau ni asyik bad mood aje sekarang ni. Ya lah ikutlah abang Zarif kau tu. Anak orang kaya. Abang Iman tu apalah yang ada. Cuma pemuda kampung yang miskin dan hina," sindir Farah.

"Apa yang kau merepek ni Farah... takkanlah Cinta nak merayu kat orang yang tak sudi kat Cinta lagi," marah Cinta.

"Errrrr... aku ni bukan apa. Aku sayang kat kau Cinta. Kita kan membesar bersama. Aku takut kau tersalah pilih. Lagipun kau bukannya biasa berada kat bandar besar tu."

"Aku ni risau kau tau tak Cinta. Harap pilihan kau ni adalah yang terbaik," ujar Farah lagi.

Takut pula Farah yang Cinta akan berkecil hati dengan kata- kata dia. Memang pun dia rasa tak puas hati sekarang tapi taknak Cinta terasa hati.

"Terima kasih Farah. Cinta akan sentiasa ingat segala pertolongan kau kat Cinta," balas Cinta.

Farah hanya menganggukkan kepala tanda mengerti. Dalam hatinya berdoa agar Cinta bahagia dengan siapa aje yang menjadi pilihannya .
Walaupun masih berharap Cinta tetap dengan Iman.

"Kalaulah kau tau Cinta , abang Iman lah yang banyak berkorban untuk kau... pasti kau takkan memilih si Zarif badut tu," bisik hati Farah yang tak pernah senang dengan Zarif.

Iman yang sedang termenung memikirkan Cinta yang akan meninggalkannya itu hanya mampu berserah saja. Kalau itu yang terbaik buat Cinta kenapa dia harus melarangnya. Teringat Iman kata- kata Farah petang tadi. Bermain di benaknya apa yang diberitahu oleh Farah.

Farah datang berjumpa dengannya petang tadi. Dia tidak ke kolam ikannya kerana masalah kesihatan yang sering mengganggu. Teringat dia akan kata- kata Farah tu.....

"Abang Iman...tadi Farah ke kolam ikan tapi abang Iman takde. Tu yang Farah datang ke rumah abang ni."

"Abang kurang sihat Farah... abang tak berdaya nak ke kolam ikan hari ni," ujar Iman yang kebetulan sedang termenung di pangkin rumahnya.

"Abang Iman sakit ke? Farah tengok semakin kurus abang Iman ni. Dah ke doktor ke?" tanya Farah mengalahkan DSP yang sedang menyoal siasat. (Hehe)

"Farah tak payahlah risau. Abang cuma demam biasa aje. Mungkin cuaca yang tak menentu sekarang ni," ujar Iman yang cuba menyembunyikan perkara yang sebenarnya.

"Ya lah... Farah cuma risau tengok keadaan abang Iman,"

"Abang... Farah nak bagi tau abang. Cinta akan ikut Zarif ke Kuala Lumpur esok. Abang taknak halang Cinta ke?"

Jangan Menangis Sayang (Completed)Where stories live. Discover now