Bab 18

580 47 198
                                    

Farah tidak dapat menerima segala yang berlaku pada Cinta. Terasa kuat debaran dan menggigil rasa badannya ketika ini. Andai Zarif wujud di depan matanya ketika ini, mahu rasanya dia lunyaikan si Zarif tak sedar diri itu. Cinta hanya menangis menyesali apa yang terjadi. Iman di sisi turut bersedih.

"Hish ... kenapalah dia buat kau macam ni Cinta? Kenapa tak report polis aje?" marah Farah.

"Aku tak taulah Farah. Lagipun dia orang tuduh aku buat maksiat dengan orang lain."

"Abang Zarif langsung tak mengaku perbuatan dia. Dato' pula menuduh
Cinta nak kikis duit dia." Tersedu-sedu Cinta menceritakan segalanya.

Iman hanya menggenggam penumbuknya tanda geram dengan keluarga itu. Dia akan pastikan nasib Cinta terbela.

"Aku dari dulu memang tak percaya
mamat badut tu. Anak dengan Mak sama aje penipu." Farah melepaskan kemarahannya.

Kesian sungguh dia dengan Cinta. Kenapalah manusia seperti haiwan harus wujud di dunia ini. Takda langsung sikap belas kasihan terhadap orang lain.

Mak Yam yang berada di sebalik jendela turut berasa sebak namun dia cuba menepis perasaan simpatinya ketika ini.

"Sudahlah Cinta, jangan menangis lagi.  Kau tidak keseorangan. Kami semua ada bersama kau. Jaga kandungan kau elok-elok," pesan Farah. Namun dia berasa susah hati andai orang kampung mengetahui tentang cerita sebenar terutama dua wartawan kampung Mawar.

Iman yang sedari tadi mendiamkan diri mula bersuara.

"Farah... tolong jaga Cinta sebentar. Abang ada hal sekejap . Nak ke pekan berjumpa klien," ujar Iman.

"Abang Iman, Farah ingat nak ke pekan juga. Boleh Farah tumpang tak?" tanya Farah yang seperti tahu ke mana tujuan Iman sebenarnya.

"Errr... tapi Cinta..." tergagap Iman.  Yelah takkan nak tinggalkan Cinta dengan Mak Yam yang bersikap dingin tu.

"Abang Iman, Farah...pergilah... jangan risau. Mak Yam kan ada.
Tinggalkan Cinta dengan Mak Yam aje ya?" Cinta terpaksa walaupun tahu Mak Yam tidak menyukainya.

Iman hanya mengangguk walaupun  hatinya berbelah bahagi untuk meninggalkan Cinta dengan uminya.
Takut juga kalau uminya menghalau Cinta. Ya Allah berat sungguh dugaan yang perlu mereka hadapi.

Farah dan Iman bersedia untuk bergerak pergi, namun terbantut dengan ketibaan tiba- tiba Mak Yam.

"Hrmm... entahlah Farah, itulah percaya sangat dengan orang bandar tu. Mereka tu guna duit aje nak rosakkan anak orang," sindir Mak Yam. Matanya sempat mengerling Cinta yang menunduk kerana tahu dia disindir Mak Yam.

"Lain kali fikir dulu, ni dah jadi macam ni tak ke menyusahkan orang lain," sambung Mak Yam lagi.

Cinta yang mendengar tidak dapat menahan malu dan sedih, terus berlari masuk ke dalam bilik dan menangis. Terbayang nasib yang bakal dia alami nanti.

"Umi janganlah cakap macam tu. Cinta pun tak nak benda tu jadi, " lembut suara Iman menegur uminya. Takut derhaka pula.

Farah yang mendengar turut kasihan dengan Cinta.

"Hah... kata Iman dan Farah nak ke bandar... pergilah... Tak apa, jangan risaukan umi dan Cinta kat rumah, " kata Mak Yam.

Mak Yam gembira melihat Iman dan Farah bersama. Mungkin dulu Mak Yam suka Cinta, tapi keadaan sudah berubah. Bagi Mak Yam sekarang, Farah lebih sesuai dengan anaknya Iman.

Mereka bertolak dengan keyakinan Mak Yam dan Cinta tidak akan apa-apa di rumah.

Pergi Farah dan Iman, Mak Yam mula membebel. Rasa sakit hatinya pada Cinta perlu diluahkan sekarang.

Jangan Menangis Sayang (Completed)Where stories live. Discover now