Bab 8

1.1K 43 285
                                    

Dengarkan lagu sakitnya tuh di sini. Harap semua terhibur.

Zarif Idham melangkahkan kakinya memasuki rumah banglo tiga tingkat milik keluarganya. Tujuannya hanya untuk ketemu mommynya satu-satu orang yang boleh menolongnya  mendapatkan Cinta Aulia.

Dengan tidak memberi salam Zarif memasuki banglonya dengan wajah mencuka.

Bedeboom.....

Zarif membuka daun pintu banglo dengan kuat.

"Allahuakhbar.... Zaf... dah kenapa dengan Zaf ni...? Bila zaf sampai ? Tak bagi tau mommy pun zaf nak balik. Salam pun kemana," tegur Datin Ramona pada Zarif anak kesayangannya.

Datin Ramona sedang berehat di sofa sambil menilik majalah wanita . Mak Datin ni memang suka bab fesyen dan kecantikan diri. Kononnya hendak menjaga hati Dato', takut cari yang lain. Terperanjat dia bila Zarif membuka pintu macam nak roboh.

" Mommy... tolong Zaf mommy. Zaf tengah sedih ni! Zaf tak tau nak minta tolong dengan siapa lagi. Mommy kena tolong Zaf" terjah Zarif pada mommynya.

"Zaf nak mommy tolong apa ni? Cuba duduk dulu dan terangkan kat mommy masalah Zaf. Ni balik daddy tau tak?" tanya Datin Ramona .

"Zaf tak bagi tau daddy pun. Zaf baru saja sampai," bohong Zarif.

Pada hal dah berasmaradana dengan Diana di apartmentnya. Sajalah tu nak bohongi mommynya.

"Mommy, Cinta dah permainkan Zaf. Dia lebih memilih si Iman tu dari Zaf. Zaf sedih lah mommy."

Waah Zarif ni. Bila pulak Cinta permainkan dia. Dah memang Cinta tak luahkan pun perasaan pada dia. Perasan betul si Zarif Idham ini.

"Perempuan kampung tu lagi. Zaf  memang sukakan perempuan tu ke?
Mommy rasa lebih baik zaf lupakan aje si Cinta tu. Nanti mommy kenalkan dengan anak kawan mommy yang setaraf dengan kita," ujar mommynya.

"Zaf tak nak.... kalau mommy tak nak Zaf ke luar negara , mommy kena buat sesuatu agar Cinta jadi milik Zaf," ugut Zarif pada mommynya lagi. Dulu pun pernah diugut mommynya.

"Hish... degilnya Zaf ni. Apa agaknya yang istimewa sangat kat gadis kampung tu," bisik hati Datin Ramona.

Kerana sayangkan anak tunggalnya itu, dia terpaksa jalankan muslihatnya nanti. Hanya Dato' Farhan saja harapannya kini.

Di kampung Mawar......

Cinta sedang menolong Iman di kolam ikannya. Semenjak beberapa hari ini , Cinta sentiasa bersama Iman. Macam belangkas aje. Di mana Iman berada di situ lah adanya Cinta. Sampai tak boleh nak tutup mulut makcik dan pakcik bawang kat kampung itu.

"Hooi Esah..... aku tengok budak Cinta tu bukan main lagi ke hulu ke hilir dengan si Iman tu," kata Cik Timah salah seorang kak bawang yang terkenal di kampung itu.

"Tu la aku pun perasan jugak. Agaknya si Yam tu takde mata ke? Sampai apa yang Iman tu buat tak ditegurnya," kata Cik Esah pula.

"Kalau anak aku, dah lama aku kerjakan. Jangan nak malukan aku," potong Cik Timah lagi.

"Eh... celah mana pulak datang anak kau ni. Setau aku kau tak pernah kawin pun. Agaknya kau ni dah jadi pelupa ke?" Cik Esah selamba mengenakan Cik Timah. Termalu Ciku Timah.

Sebenarnya Cik Timah ini andartu kat kampung Mawar . Lupa lah tu status diri dia.

"Kau ni Esah, aku ni bukan taknak kawin kau tau tak? Ramai yang nak kat aku ni tapi aku yang tolak. Takde Chemistry la..."

Waah sampai keluar bahasa omputih nya segala. Pada hal takde siapa pun  yang nakkan mulut puaka si Timah itu.

" Ya lah apa-apa ajelah.Malas aku nak layan cakap besar kau tu."

Jangan Menangis Sayang (Completed)Where stories live. Discover now