Bab 5

721 52 132
                                    

Seminggu sudah berlalu, Iman masih dipantau di hospital. Setiap hari Mak Yam akan menemani Iman.Tinggal seminggu lagi, Iman akan dibenarkan keluar dari hospital. 

"Rindu sungguh aku pada Cinta. Apa kabar agaknya Cinta ya...!" bisik hati Iman.

"Umi....macammana dengan keadaan Cinta? Cinta sihat tak umi,?" tanya Iman perlahan.

" Iman janganlah risau ya nak? Iman dah banyak berkorban demi Cinta. Sekarang umi nak Iman fikirkan tentang diri Iman pulak. Farah dan keluarganya ada menjaga Cinta," ujar Mak Yam.

"Esok Cinta akan membuat pembedahan mata kan umi? Iman harap sangat orang pertama yang Cinta lihat adalah Iman,"

"Iman jangan fikirkan sangat ya nak.Umi pasti Cinta juga tak sabar nak tengok Iman,"

"Nanti umi bawa Iman jumpa Cinta ya!" Janji mak Yam pada anak kesayangannya itu.

"Umi, tolong suruh Farah belikan bunga untuk Cinta. Tak sabar rasanya nak jumpa Cinta esok. " Teruja sungguh Iman. Lagi pun dah seminggu dia tak melihat Cinta.

"Baiklah nak, Umi akan suruh Farah belikan bunga untuk Cinta ya nak?" tutur Mak Yam lembut. Sayu hati tua itu melihat keadaan anaknya.

Ya Allah, kau berikan lah kebahagiaan buat anakku. Iman seorang anak yang baik," doa Mak Yam dalam hati.

♥️♥️♥️♥️♥️

Cinta termenung memikirkan tentang Iman . Sudah seminggu Iman tidak datang menemuiya. Ditanya pada Farah dan alasannya Iman ke bandar menguruskan kerjanya.

"Kenapa lah lama sangat abang Iman ke bandar tu. Dia tak ingat aku lagi ke?" bisik Cinta dalam hati.

" Assalammualaikum Cinta" tegur Zarif.

"Waalaikumsalam....abang Zarif ke tu?" 

"Ya Cinta, abang ni. Rindu pulak abang pada Cinta,"

Sudah hampir sebulan Zarif berada di kampung ini. Rudy sudah pun pulang ke ibu kota. Selama ketiadaan Iman , Zarif lah yg selalu menemani Cinta. Nekad benar Zarif ingin mendekati Cinta. Walaupun Farah tidak senang dia bertemu Cinta, namun Zarif tidak peduli.

"Hish, abang Zarif ni. Cinta hanyalah gadis buta yang serba kekurangan abang. Memang tak layak dengan abang. Lagipun hati Cinta ni hanya untuk abang Iman," ujar Cinta jujur.

"Iman mana pulak ni.? Takkan Cinta dah ada kekasih. Tak boleh jadi ni. Aku akan cari tahu siapa Iman ni.," bisik hati kecil Zarif.

"Abang ... Esok Cinta akan buat pembedahan mata. Cinta dah dapat pembiayaan untuk pembedahan tu!"

" Betul ke Cinta? Bolehlah abang temankan Cinta esok."teruja Zarif mendengar yang Cinta gadis idamannya akan dapat melihat semula.

Dari dalam rumah kelihatan Farah yang panas melihat Cinta dan Zarif. Kalau ikutkan hati nak sahaja dihalaunya Zarif tu.

                ♥️♥️♥️♥️♥️

Datin Ramona berasa gusar bila mendapat tahu yang Dato' Farhan akan ke Kampung Mawar untuk melihat Zarif di sana.

"Abang betul ke nak ke Kampung Mawar tu?"

" Ya lah, saya nak melihat betul ke anak awak tu dah berubah macam yang Rudy cakapkan. Buat kerja atau mengganggu anak dara orang?  Anak awak tu bukan boleh dijangka."

"Anak saya bukan anak awak ke?" geram Datin Ramona dengan kata-kata Dato' Farhan.

" Jangan kata awak nak mengintip janda awak tu! Ingat sikit perempuan tu dah curang dengan awak dan ada anak haram pulak tu."

Jangan Menangis Sayang (Completed)Where stories live. Discover now