Dengarlah lagu dari Kristal Luahan hati . Khas untuk semua.
Cinta bangun dengan semangat baru pagi itu. Walaupun matanya nampak sembab , dia sudah menyediakan jawapan yang sebaiknya untuk Farah,
jika ditanya.Alunan muzik berbunyi lagi... ada panggilan masuk ke telefonnya awal pagi itu. Diambil dan dilihatnya skrin telefon .
"Zarif!" keluhnya.
Mengharapkan panggilan itu dari Iman Harith, namun hampa.
Pagi itu Cinta berbual dan melayani panggilan Zarif seperti biasa. Mengingatkan Zarif yang membiayai kos rawatannya itu, membuatkan Cinta melayani perbualan itu dengan baik.
"Cinta tak sihat ke... suara serak je ni?" begitu prihatin Zarif.
"Oh takde apa- apalah. Cinta baru bangun tidur ni." Cinta cuba berdalih.
"Nanti Zarif balik sana, kita jumpa ya Cinta. Zarif rindu pula pada Cinta." Zarif mula bermain kata-kata.
"Hmmmm..." hanya itu mampu Cinta suarakan.
Dia sudah kehilangan Iman Harith. Zarif pula banyak membantu. Jadi apa pilihan yang dia ada.
Usai membersihkan diri, Cinta keluar dari biliknya dan menghampiri ruang dapur. Kelihatan Farah , Mak Limah dan Pak Akop ada di meja dapur .
Sedang bersarapan."Eh Cinta, marilah makan," pelawa Mak Limah.
"Ha, dah bangun pun kau. Marilah bersarapan cepat," ajak Farah pula.
Cinta mengambil tempat duduk. Mula menceduk nasi lemak ke dalam pinggannya.
"Mata kau nampak bengkak sangat ni... kenapa?" Farah mula mengesyaki sesuatu.
"Tak ada apalah..." jawap Cinta, meneruskan suapan.
"Aku kenal kau bukan sehari dua. Berpuluh tahun tau tak ? Kita kawan dari kecil. Riak kau sikit aje aku dah faham," ujar Farah.
"Lepas sarapan, aku nak kau ceritakan pada aku apa masalah kau sebenarnya." Farah mendesak.
Selesai makan mereka keluar
ke kawasan luar rumah. Ada pangkin kayu di luar rumah itu. Sering menjadi tempat sembang mereka sambil menikmati udara segar."Kenapa ni... share la dengan aku." Farah mula bicara.
Bermenung sekejap Cinta. Kemudian memandang Farah dengan pandangan sayu.
"Farah... sebenarnya abang Iman jumpa Cinta petang kelmarin..."
terdiam sebentar Cinta. Hatinya mula hiba untuk meneruskan kata- kata."Dia kata apa..." Tidak sabar Farah .
Kepoh betul Farah ni.
"Abang Iman batalkan majlis tunang kami. Abang Iman tidak mahu Cinta lagi... isk isk isk." Cinta terus menyembamkan wajahnya ke bahu Farah. Hatinya terlalu sedih dan kecewa.
"Laaa... kenapa pula ni? Ada apa yang terjadi ke? Abang Iman dengan Cinta kan saling menyayangi." Farah hairan dengan apa yang terjadi .
"Itu yang Cinta tak faham." Berkata Cinta dalam tangisan.
"Abang Iman kata ,dia hanya simpati dengan Cinta selama ini. Dia kata orang lain lebih sayangkan Cinta." Sambung Cinta lagi.
"Abang Iman simpati je? Siapa yang abang Iman maksudkan?" soal Farah lagi.
"Abang Iman kata Zarif sukakan Cinta dan abang Zarif juga yang biayai kos rawatan mata Cinta dulu," kata Cinta lagi.
"Mana Cinta tahu semua ni? "
YOU ARE READING
Jangan Menangis Sayang (Completed)
Romans*Cover Akim. @Maqdrix Mengisahkan pengorbanan seorang pemuda terhadap kekasihnya. Pengorbanan yang akhirnya menjadi duri kelukaan buat dirinya yang setia. Aku ingin menjadi udara agar bila aku tiada lagi di sisimu , kau akan tetap merasa kehadiran...