Bab 21

674 59 207
                                    

Dengarkan lagu Andainya Aku Pergi Dulu.

Iman Harith sedar dari komanya. Kepenatannya menyebabkan dia pengsan beberapa hari. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkannya. Hanya semangat yang kuat sahaja yang dapat membantu Iman meneruskan hidupnya kini. Kansernya semakin merebak. Hanya doa dan keajaipan yang diharapkan selepas ini.

Suasana sayu dapat dirasai ketika ini. Cinta menghampiri suaminya.  Tangan suaminya diraih dan dicium.

"Sejak bila semuanya ini, abang?" bergetar nada Cinta di dalam tangis.

"Sejak abang menderma buah pinggang abang sayang." Perlahan Iman membalas.

"Dah lama dah ya?" Cinta bersuara lagi .

Iman hanya mengangguk perlahan. Hanya dengan senyuman sayu di wajahnya.

"Kenapa abang sanggup berkorban macam ni sekali buat Cinta? Kenapa abang tipukan Cinta yang Zarif berkorban untuk Cinta sedangkan abang yang melakukan semuanya untuk Cinta?" Ditumbuk lembut dada suaminya beberapa kali. Airmata masih merembes di pipi.

Iman hanya memandang sayu tingkah laku isterinya.

"Cinta... abang tak bermaksud nak menipu sayang.  Abang buat macam tu kerana abang tau pengakhiran abang. Lagipun abang rasa Zarif boleh bahagiakan sayang," lembut bicara Iman.

"Abang menyesal sayang. Zarif rupanya bukan yang abang sangkakan. Maafkan abang sayang," tutur Iman kesal. Menitis airmatanya ketika ini.

"Boleh tak Cinta nak terus berada di sisi abang? Jangan serahkan Cinta kepada sesiapa selepas ini?" pinta Cinta.

Airmata yang bergenang sekali lagi menitis di pipi Iman Harith. Iman pantas merangkul erat tubuh isterinya ke dalam dakapan. Dua tubuh itu bersatu bagai ada rasa cinta yang terlalu kuat.  Kali ini airmata sedih bercampur bahagia di hati keduanya.

"Woiii, dahlah tu. Kat sini pun kau orang nak bersweet ya? Jom, farah ada bawa makanan ni. Lepas makan bersweet lah balik ya?" Farah yang cuba menceriakan suasana.

Dia dan Mak Yam yang baru sampai membawa makanan untuk Cinta. Cinta yang setia menunggu Iman. Enggan pulang kerana kerisauannya terhadap Iman.

"Iman macamana nak?" jelas kelihatan sayu di wajah ibu tua itu. Sekarang apa yang terlintas di fikirannya memberi semangat yang kuat buat Iman.

"Alhamdulillah umi ,Iman rasa sihat sikit umi." Beritahu Iman.

Dalam dua tiga hari lagi ,jika kesihatan Iman beransur pulih, dia akan dibenarkan pulang. Doktor ada menyarankan proses kimoterapi tapi Iman menolaknya.  Puas dipujuk oleh  Mak Yam dan Cinta tapi Iman meyakinkan mereka yang dia akan menjalani proses rawatan itu kemudian. Terfikir juga akan dirinya untuk berubat secara tradisional.

        ♥️♥️♥️♥️♥️

Diana masih lagi ligat menari bersama Dato' Borhan teman lelaki yang baru sebulan dikenalinya. Muzik yang rancak itu melekakannya. Tidak dihiraunya Dato' Borhan yang rakus meraba tubuhnya. Diana tidak peduli. Lagipun lebih dari itu dia sudah alaminya. Berada dalam pelukan Dato' Borhan mengasyikkan jiwa perempuannya.

Zarif tidak berada di kelab malam hari ini. Mungkin takut akan bebelan Dato' Farhan. Diana menggunakan peluang ini untuk bersama Dato' Borhan. Dia tidak akan melepaskan Zarif. Lelaki itu juga bagai lubuk emas baginya.

"Baby...jomlah rehat dulu. I dah penat," Diana menarik tangan Dato'Borhan. Terasa panas walaupun suasana begitu dingin.

"Kita balik, I dah mengantuk ni." Diana mengajak Dato' Borhan pulang.

Jangan Menangis Sayang (Completed)Where stories live. Discover now