Lagu Fitri Haris . Hanya Tuhan Yang Tahu. Dengarkan ya.
Farah menaiki tangga rumah dengan hati yang panas. Rasanya kalau minum air sejuk di dalam peti ais pun masih tidak boleh menyejukkan hatinya ketika ini. Mendidih saja darahnya melihat Cinta dan Zarif bergelak ketawa sedangkan ada hati yang sedang menangis.
"Suka nampak. Senangkan hidup kalau tak ada masalah ni," sindir Farah buat Cinta dan Zarif.
"Eh Farah... marilah minum sekali," pelawa Zarif.
"Rasanya air tu Farah yang buatkan? Tak payah nak ajak minum sekali. Tau lah Farah kalau nak minum nanti," sindir Farah .
"En Zarif ni bila nak balik lagi ni? Rasanya dah lamakan En Zarif kat sini," soal Farah bengang.
"Errr,errr...memang saya nak balik ni . Lagipun banyak kerja yang perlu saya buat," jawap Zarif tergagap-gagap .
"Eh, minah ni tak pernah nak buat hidup aku senang lah. Menyusahkan aku aje" bisik hati Zarif. Mau aje dia plaster mulut si Farah .
"Cinta, abang minta diri dululah. Abang pun banyak kerja nak buat kat resort tu. Nanti abang datang lagi ya? Kalau tak kerana Farah mahu esok pagi Zarif balik.
Seusai Zarif menuruni tangga, Farah mula ambil kesempatan untuk membebelkan Cinta.
" Cinta , ini aku nak tanya kau . Kau ni memang nak rapat dengan badut jantan tu ke?"
Tercengang Cinta mendengar pertanyaan Farah. Berkerut keningnya memandang Farah.
" Apa maksud kau ni Farah? Cinta dan abang Zarif tu takde apa-apa lah. Cinta anggap dia macam abang aje." Beritahu Cinta.
Melopong mulut Farah mendengar pengakuan Cinta itu.Tutup mulut tu Farah. Jangan sampai berulat dek telur lalat nanti.
"Jadi kau layan badut tu sebab nak sakitkan hati abang Iman? Betulkan?" Farah seperti tidak berpuas hati dengan pengakuan Cinta.
"Ya la ...Cinta masih sayangkan abang Iman. Cuma Cinta sakit hati abang Iman mungkir janjinya pada Cinta," ujar Cinta seikhlas hati.
Di sudut bawah rumah Zarif mengepal penumbuknya dengan hati yang penuh amarah.
"Jadi selama beberapa minggu ni kau sengaja gunakan aku, Cinta. Kau fikir aku ni lelaki bodoh yang boleh kau pergunakan sesuka hati. Kau tunggu apa yang akan aku lakukan nanti. Ini Zarif lah!," bisik Zarif dalam hati. Zarif sebenarnya belum beredar lagi masa itu.
Zarif Idham berlalu pergi dengan hati yang penuh rasa marah. Dia pasti takkan berdiam diri. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya ketika ini.
♥️♥️♥️♥️♥️
Iman sedang bersiap- siap untuk pergi ke kolam ikannya. Sudah lama kolam ikan itu terbiar disebabkan kesihatan Iman yang kurang memuaskan.Hari ini dia ingin melupakan segala kesedihan yang menimpa dirinya walaupun sukar untuk dia melupakan Cinta.
"Hukk, Hukk... Ya Allah janganlah apa-apakan aku ini. Kenapalah lemah sangat badan aku." Iman bicara sendiri dengan keadaan dirinya.
"Iman anak umi. Kalau rasa kurang sihat jangan lah ke kolam ikan tu dulu. Apa kata Iman upah aje budak kampung yang masih belum bekerja," kata Mak Yam yang risau dengan keadaan Iman.
"Hukk, hukk...umi jangan lah risau . Iman takda apa-apalah umi. Iman pergi sekejap aje. Nanti Iman pulang lah," ujar Iman yang ingin menenangkan hati tua itu.
Mak Yam amat risau dengan kesihatan Iman Harith. Itulah satu-satunya zuriat yang dia ada. Kalau ditakdirkan apa-apa terjadi kepada Iman , Mak Yam pasti tidak boleh hidup dengan tenang.Tiada siapa lagi yang Mak Yam harapkan melainkan Iman Harith jantung hatinya.
YOU ARE READING
Jangan Menangis Sayang (Completed)
Romance*Cover Akim. @Maqdrix Mengisahkan pengorbanan seorang pemuda terhadap kekasihnya. Pengorbanan yang akhirnya menjadi duri kelukaan buat dirinya yang setia. Aku ingin menjadi udara agar bila aku tiada lagi di sisimu , kau akan tetap merasa kehadiran...