Bab 1

1.8K 92 88
                                    

Iman Harith melangkah masuk ke dalam hospital yang menempatkan Cinta Aulia. Masih terasa debaran kuat di jantungnya bila mendapat berita dari Farah yang Cinta Aulia mengalami kemalangan jalanraya bersama keluarganya. Lebih memeranjatkan apabila ibubapa Cinta meninggal dunia di tempat kejadian.Terbayang- bayang wajah Pak Rahim dan Mak Yati. Di dalam hati Iman sekarang hanya memikirkan Cinta Aulia.

Iman menghampiri wad yang menempatkan Cinta. Pintu bilik ditolak perlahan. Kelihatan Cinta sedang meraung dan meronta- ronta sambil ditenangkan oleh Farah rakan baiknya. Beberapa orang jururawat juga ada di situ turut sama menenangkan Cinta.

Kelihatan wajah-wajah cemas yang cuba menenangkan Cinta.

"Kenapalah bertimpa-timpa ujian yang Cinta perlu hadapi...," bisik hati Iman.

"Arghhhh!!! Cinta nak ibu. Cinta nak ibu dan ayah.Tolonglah lepaskan Cinta. Jangan halang Cinta. Cinta nak mati dengan ibu dan ayah.Cinta taknak hidup lagi. Cinta dah tak dapat melihat lagi, " tangis Cinta.

"Ya Allah, Cinta, jangan macam ni.Kau kena kuat. Apa yang terjadi adalah kehendak Allah. Pasti ibubapa kau bersedih kalau tengok keadaan kau macam ni." Farah cuba menenangkan Cinta. Dia mendakap cinta dalam pelukannya.

"Cinta nak ibu. Ibu selalu marahkan Cinta. Cinta janji tak akan merajuk lagi. Apa yang ibu suruh akan Cinta lakukan.Tolong lah kembalikan ibu Cinta. Ayah... Cinta akan rindu dengan ayah. Ayah selalu bela Cinta setiap kali ibu memarahi Cinta. Cinta akan rindu kat ayah dan ibu," rintih Cinta .

Iman yang melihat keadaan Cinta, tidak dapat menahan kesedihannya.
Mengalir juga airmata lelakinya. Iman menerpa ke sudut katil Cinta. Farah memberi ruang kepada Iman untuk memujuk Cinta. Mungkin Cinta akan lebih tenang kalau dipujuk oleh Iman.

"Cinta...." sebak suara Iman memanggil Cinta.

"Abang Iman, abang, " sahut Cinta. Tangannya menggapai memanggil Iman.

Iman tidak dapat menahan perasaannya dan terus mendakap Cinta. Farah memandang sayu melihat kedua sahabat baiknya itu.

"Abang... , Cinta dah takde sesiapa lagi dalam hidup Cinta. Ibu dan ayah dah meninggalkan Cinta. Cinta dah sebatang kara. Isk... isk... Cinta dah tak dapat melihat. Takde apa lagi yang tinggal dalam hidup ini. Kenapa Tuhan begitu kejam terhadap Cinta? Kenapa tak ambil saja nyawa Cinta? Cinta nak bersama ibu dan ayah,"

"Cinta, sudah lah tu. Abang Iman dan umi masih ada. Farah dan keluarganya juga ada.Kami semua masih ada untuk Cinta. Kami semua sayangkan Cinta. Jangan salahkan takdir Allah. Jangan buat ibu dan ayah Cinta bersedih di sana." Iman cuba menenangkan kekasih hatinya itu.

Sedangkan kalau dia berada di tempat Cinta, pasti dia juga tidak akan kuat untuk menghadapi dugaan ini.

Terasa basah baju Iman dengan airmata Cinta

"Harap Cinta akan berasa tenang selepas ini. Aku berjanji kepada diriku akan menjaga Cinta dan tak akan tinggalkan Cinta walaupun apa yang akan terjadi. Aku akan berkorban apa sahaja asalkan Cinta hidup bahagia," bisik hati Iman.

"Tidurlah ya Cinta...."  pujuk Iman perlahan. Dia cuba menenangkan Cinta.

"Abang, jangan pergi mana-mana ya. Abang tolong temankan Cinta ya." Perlahan suara Cinta.

"Ya Cinta, abang dan Farah ada kat sini. Abang temankan Cinta. Abang sayangkan Cinta," bisik Iman di telinga Cinta Aulia gadis kesayangannya.

Farah yang dari tadi, hanya mampu memandang dengan hati yang sayu. Mungkin Cinta diciptakan untuk Iman atau adakah kebahagiaan ini hanya untuk sementara sahaja?
Hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya.

Jangan Menangis Sayang (Completed)Where stories live. Discover now