Prolog

2.1K 123 247
                                    

  Iman Harith seorang pemuda kampung yang tinggal dengan ibunya Mak Yam, setelah ayahnya berkahwin lain. Berkerja di kampung walaupun mempunyai keputusan yang baik dalam pelajarannya.Terpaksa menolak tawaran ke menara gading demi kasihnya kepada gadis yang dicintai. Sanggup berkorban apa sahaja, asalkan Cinta Aulia hidup bahagia.

   Cinta Aulia ,seorang gadis cantik tapi kehilangan kedua  penglihatan setelah terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa kedua ibubapanya. Anak yatim piatu yang terpaksa menumpang di rumah Farah rakan baiknya. Menjalin cinta dengan Iman Harith.
    
     Zarif Idham, berjaya dan mempunyai keluarga yang kaya. Seorang yang angkuh dan sombong. Lelaki yang turut mencintai Cinta Aulia. Ada pertalian darah dengan Iman Harith.

      " Biarlah aku berkorban demi kasihku pada Cinta . Semuga pengorbanan ini dapat menyinari kehidupan Cinta. Aku tidak meminta balasan di atas pengorbanan ini. Cukup lah Cinta mengingati diri ini dan menyimpan nama aku di sudut hatinya.."  Luahan Iman Harith

        "Iman dah fikir betul-betul nak buat semua ini? Ibu taknak nanti iman menyesal. Ibu bukan nak menghalang , cuma ibu takut terjadi sesuatu. Ibu tiada sesiapa lagi selain dari iman,"  bicara sedih  Mak Yam.

         " Terima kasih zarif sebab dah tolong Cinta. Cinta hargainya dan akan terima Zarif dalam hidup Cinta " luah Cinta Aulia.

           "Kau tak payah risau lah, aku akan menjaga Cinta sebaik mungkin. Tak payah nak ingatkan aku lagi.Satu aje yang aku harapkan, jangan kau tunjukkan muka kau depan Cinta lagi. Aku taknak Cinta tau rahsia ini.
Kalau kau dan ibu kau taknak susah, ikut cakap aku. " Zarif Idham

             " Kau memang tak kenang budi cinta. Kau akan menyesal, bila  suatu hari nanti kau tau apa yang Iman dah lakukan untuk kau. Dengar sini Cinta, kau akan menyesal dan bila penyesalan tu datang , ianya dah tak berguna lagi." luahan Farah.

Bersambung...

Sab unpublish cerite ini. Sab edit semula. Terima kasih.

Semoga anda semua sht sejahtera dan dilindungi Allah SWT selalu..Aamiin

Take care n staysafe ye ✌️☺️😍🌹

Jangan Menangis Sayang (Completed)Where stories live. Discover now