Bab 19

614 47 247
                                    

Lagu Penghujung  Cintaku. Pasha feat Adelia. Dengarkan  ya. ❤❣♥️

Iman risau dengan keadaan wajahnya yang lebam dan bengkak itu. Takut akan menimbulkan kemarahan uminya terhadap Cinta lagi.Risau kalau uminya tahu yang kecederaan dirinya disebabkan membela Cinta. Dia akan sedaya upaya melindungi Cinta. Itu tekadnya sekarang.

"Kita nak buat apa ni abang Iman? Dah lah Mak Yam membenci Cinta. Farah risau kalau Cinta jadi mangsa mulut orang kampung kita," jelas kerisauan Farah ketika ini.

"Farah... abang dah nekad. Abang akan memperisterikan Cinta. Itu saja yang dapat menyelamatkan Cinta dari cacian orang kampung kita."

Farah terkejut bila Iman memberitahu keputusan untuk memperisterikan Cinta. Risau tapi bersyukur kerana nasib Cinta pasti akan terbela. Lagipun Farah yakin hanya Iman sahaja yang dapat membahagiakan Cinta.

"Ya Allah... betul ke ni abang Iman? Abang Iman tak ragu-ragukan dengan keputusan abang ni? Macam mana pula kalau Mak Yam membantah?" Farah masih risau dengan penerimaan Mak Yam nanti.

"Itulah yang merisaukan abang. Abang akan cuba pujuk umi dan harap umi dapat menerima Cinta" itulah harapan Iman sekarang.

Farah hanya menganggukkan kepala. Harapannya agar Mak Yam berlembut hati menerima Cinta. Ini semua disebabkan Zarif . Sakit hatinya tak hilang lagi dengan kejadian tadi. Kalaulah dia lelaki, pasti sudah makan penumbuk si Zarif tak guna itu.

"Takkan kita nak biarkan jantan badut tu bang? Farah geram sangat dengan dia tu. Biadap dan perangai pun dah macam syaitan" marah Farah.

"Dahlah Farah. Kita ni ibarat mentimun. Bila-bila aje akan berkecai disebabkan pisau yang tajam tu," ujar Iman kesal.

Akhirnya mereka sampai juga di depan rumah Iman. Farah yang memandu kereta Iman keletihan dan meminta diri untuk pulang. Dia tidak mahu masuk campur dengan perbincangan Iman dan Mak Yam nanti. Andainya Mak Yam mengusir Cinta ,dia akan memujuk keluarganya untuk menerima Cinta tinggal bersama mereka.

Iman yang menapak ke anak tangga rumahnya berasa hairan dengan keadaan sunyi sepi di dalam rumah itu. Terdetik hatinya ketika ini . Takkan Cinta dihalau oleh uminya. Bermacam rasa bermain di hatinya ketika ini, sambil menapak anak tangga rumah mereka.

"Ya Allah. Takkan Cinta dihalau umi," bisik hati Iman.

Memberi salam ,namun tiada yang menjawap salamnya membuatkan hati Iman semakin bergolak.

Melihat ke setiap penjuru rumah,
namun tidak kelihatan susuk tubuh uminya dan Cinta.

Tiba- tiba Iman terdengar seperti suara orang sedang ketawa di dalam bilik Mak Yam. Menuju ke bilik uminya dan seperti tidak percaya bila melihat Cinta sedang bergurau mesra dengan Mak Yam. Digosok matanya beberapa kali. Ya lah takut pula tersilap pandang.

"Umi..." itu saja perkataan yang keluar dari mulut Iman.

"Ehhh... abang Iman dah balik? Kenapa dengan muka abang Iman ni??" terkejut Cinta bila melihat wajah Iman yang lebam dan membengkak. Begitu juga dengan Mak Yam.

"Ya lah... kenapa dengan anak umi ni? Anak umi bergaduh ke?" tanya Mak Yam pula.

"Ehh... takde apalah umi, Cinta. Nanti Iman ceritakan. Umi dan Cinta jangan risau ya?" Iman cuba menenangkan dua orang wanita yang disayanginya.

Seusai menunaikan solat Isyak, Iman mengambil peluang menceritakan segalanya pada Cinta dan Mak Yam. Tidak perlu dia menyembunyikan lagi apa yang terjadi. Cinta hanya menangis mendengar apa yang diceritakan Iman. Mak Yam pula cuba menenangkan Cinta. Sedih pula hatinya melihat nasib yang menimpa Cinta.

Jangan Menangis Sayang (Completed)Where stories live. Discover now