> chap . two

250 21 3
                                        

pagi.

sudah bersiap , hyunmin pun menuruni tangga dan menuju ke dapur untuk bersarapan dengan abangnya .

" haa hyun , dah bangun ? meh sini sarapan sekali , nanti lambat pula nak pergi sekolah " kata donghyuck , mengambil sekilas pandangan adiknya yang baru sahaja turun .

" wahh nampak macam sedapp je ~ kau ke yang masak ni ? " soal hyunmin , menatap makanan dihadapannya itu .

" yelaa , takkanlah hantu pula yang masak , kan ? " kata donghyuck dengan selamba .

" ceh ingatnya reti makan je , rupanya pandai masak sekali dia ni " ejek hyunmin sambil mencicip sarapannya .

" kang aku tarik balik rezeki kau ni kan , kebulur kau nanti " balas donghyuck tidak puas hati , menarik pinggan milik hyunmin .

" eh eh ! gurau jah abe , itu pun nak marah . cepat tua kang baru tahu " balas hyunmin tidak mahu kalah , menarik kembali pinggan miliknya untuk menyambung waktu santapannya , matanya merenung tajam ke arah abangnya .

donghyuck pun menggeleng kepalanya dengan perlahan , sudah masak dengan perangai adiknya seorang itu .

" dah selesai makan ? nak pukul 7 lebih dah ini . nanti tak pasal pasal kena denda , haa aku tak tahuu " bebel donghyuck .

hyunmin menilik jam di lengannya , terkejut dengan digit nombor yang terpapar pada skrin jam digitalnya , dia menyumbat semua makanan ke dalam mulutnya dengan cepat .

" uhuk uhuk ! " hyunmin menepuk nepuk dadanya .

" eh– haa itulah makan dengan gelojoh lagi , kan dah tersedak " donghyuck menghulur segelas air kosong kepadanya .

hyunmin dengan gelojohnya meneguk air kosong itu dengan laju .

sambil itu , donghyuck mengusap perlahan belakang adiknya itu .

" yelah , dah lambat nak buat macam mana lagi . eih aku pergi dulu , dah lambat dah ni " gelabah hyunmin , menuju ke pintu rumah dan memakai kasut sekolahnya .

" eh ! salam mana salam ? " jerit donghyuck .

" ouh lupa ! " kata hyunmin sambil menepuk dahinya .

dia berundur kembali untuk menyalam dan tidak lupa untuk menyium pipi abangnya sekali .

donghyuck pun tidak lupa untuk menyium dahi dan juga pipi kepunyaan adiknya sekali .

sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk bersalam kemudian mencium pipi dan dahi .

ibu bapa mereka yang menyuruh untuk membiasakannya perkara ini dari kecil supaya menyayangi antara satu sama lain .

ini tidak , selalu bergaduh sahaja dua anak ini , bergaduh pun tidak mengenal tempat , benda yang kecil pun mahu bergaduh .

" bye abang , hyun pergi ke sekolah dahulu . sayangg abang mwahh ! " jerit hyunmin , berlari keluar rumah .

donghyuck tersenyum manis , dia bersyukur kepada tuhan kerana dia memiliki adik seperti hyunmin .

────────────

hyunmin berlari pantas menuju ke sekolahnya sambil mencelik jam di pergelangan tangannya .

" haish tengok jam pun , dah nampak masa hadapan aku macam mana " rungut hyunmin di bawah nafasnya .

semasa hyunmin sedang berlari , ada seorang pelajar lelaki juga seperti mahu mengejar masa untuk melangkah masuk ke dalam sekolah sebelum pagar utama ditutup dengan rasminya , memintas hyunmin daripada sampingnya .

hyunmin yang berasa tercabar pun , turut menambah kelajuannya untuk memotong pelajar lelaki tadi .

dan akhirnya , hyunmin tidak dapat untuk memotong pelajar lelaki itu kerana dia sudah pun kepenatan dengan berlari tidak berhentinya dari tadi .

dengan itu pun , hyunmin sudah sampai di depan pagar utama sekolah .

𝘁𝗼 𝗯𝗲 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗶𝗻𝘂𝗲𝗱 .

selipar, jaeminTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang